Halaman

Selasa, 22 Disember 2015

Mee Hun Bakso...

Assalamualaikum w.b.t
Mee hun bakso dibuat semasa birthday suami yang lepas. Pi di kedai tgk ada bakso segera. Terus beli untuk hidangan istimewa. Anak-anak suka makan mee hun dengan kuah sup jea. Bakso diorang memang tak nak makan. Si kakak tu memang lah jenis tak suka lauk pauk..hot dog ker..fish ball ker semua tak makan. Yang perhabihkan bakso ni ummi dan baba jea la.
Terima kasih kepada penyumbang resepi. Share di sini.



Mee hun Bakso
Dari dapur: Dapur Diva Meletop

Bahan-bahannya :

1 bungkus bihun, dicelur dengan air panas dan ditoskan
1 cekak daun sup, hiris halus
1 cekak daun bawang, hiris halus
Bawang goreng

Bebola daging =>
800 g daging lembu kisar ramly
1 biji bawang besar*
10 ulas bawang putih* 
*bahan tumbuk lumat
2 sudu makan lada putih kisar
1 sudu makan lada hitam kisar
2 biji putih telur
2 sudu makan tepung ubi
Garam secukup rasa

Kuah bakso =>
2 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
1 inci halia*
*bahan kisar halus
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
200 g daging lembu kisar (buat rencahnya), nak pakai tulang pon boleh, pakai daging tetel pon boleh
1 batang lobak merah, dibelah dua dan dipotong kecil
3 batang saderi, potong kecil
2 sudu besar lada putih kisar
2 sudu besar lada hitam kisar
1 sup bunjut
5 sudu makan kicap manis
10 ulas cili api, tumbuk kasar
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Sambal kicap =>
1 genggam cili api
Kicap manis secukupnya (kalau nak pekat, sikit kicapnya)
1 ulas bawang putih
3-4 biji jus limau kasturi

Cara membuatnya :

1. Masak kuah bakso : Panaskan minyak secukupnya dalam periuk. Masukkan bahan kisar, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, cili api, sup bunjut dan daging rencahnya. Bila dah wangi, masukkan air secukupnya dan kisap manis. Masukkan juga lada hitam dan putih. Biar hingga menggelegak. Bila hampir menggelegak, masukkan lobak merah dan batang saderi.
2. Bebola daging : Campur kesemua bahan dan gaul sehingga rata sebati. Untuk mengelakkan tangan melekat, sapu tapak tangan dengan minyak sambil membulat-bulatkan bebola. Bebola yang dibulatkan terus dimasukkan dalam kuah bakso. Bebola sudah masak sekiranya ia terapung. Perisakan kuah dengan garam secukup rasa. Biar menggelegak selama 5 minit dan boleh tutup api.
3 Sambal kicap : Kisar semua bahan dan masak atas api sehingga menggelegak, tutup api.
Bolehlah menghidangkan bakso anda, dihias dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan