Halaman

Isnin, 7 Mac 2016

Ayam masak Korea

Assalamualaikum w.b.t
Sekali sekala test makanan korea pun best jgk...tp bila buat anak2 tak makan pun...umi nya jgk yang kena habiskan. Terima kasih untuk resepi dari bonda.




Resepi Bonda

Resepi Ayam Goreng Pedas Korea
Bahan-Bahan:
ayam 8 ketul
tepung gandum 1 cawan
tepung beras 1 cawan
bikarbonat soda 1 camca teh
sebiji telur
1 sudu kecil black pepper
3 ulas bawang putih
sos tomato 4 sudu besar
serbuk cili/ cili kisar 2 sudu besar
bijan yang diigoreng tanpa minyak
minyak untuk deep fry
cuka (jika ada)
madu/gula
garam
Cara Membuat:
1. campur tepung gandum, tepung beras dan bikarbonat soda dan gaulkan.
2. Pukul telur bersama black pepper dan gaulkan ayam bersama telur. Golekkan ayam pada campuran tepung tadi dan goreng hingga kuning keemasan.
3. Kemudian, buat sosnya pula, tumbuk bawang putih dan tumis bersama cili kisar tadi hingga garing.
4. Masukkan pula sos tomato, cuka, madu/gula, garam dan gaul rata. Jangan campur air supaya kerangupan ayam lebih tahan lama dan tidak berair.
5. Kemudian, masukkan ayam yang digoreng tadi ke dalam sos yang dimasak. Gaul rata hingga sos menyaluti seluruh ayam yang ada dan tabur bijan.

5 ulasan:

  1. salam cheqda
    macam ayam masak merah jugak ni kan cuma di goreng ayam nya dgn tepung
    boleh lah try jugak mana tau anak kaknoor suka hehee

    BalasPadam
  2. sedapnya... rangup pedas manis sume rasa ada

    BalasPadam
  3. wah! rupa dia pun dah menarik, belom makan lagi... mesti sedap..

    BalasPadam
  4. sedapnya.. cara masak pun mudah.. ye le asik ayam masak merah aje kan kali ni kita gi korea plak ...

    BalasPadam