Halaman

Rabu, 29 Jun 2016

Ramadhan 24: Majlis berbuka puasa di Semekar

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah tahun ni dapat lagi berbuka bersama2 dengan rakan2 sejawatan untuk majlis berbuka puasa pada tahun ini.
Memang seronok dan meriah berbuka beramai2.
Tahun lepas kami bersepakat masak sendiri menu hidangan utama tapi tahun ni disebabkan semua kesibukkan...menu utama ditempah iaitu Gulai kawah umbut pisang, ayam goreng, ulam ulaman, acar timum serta sambal belacan.
Manakala untuk kuih muih pula cikgu2 berpakat bawa apa ada..antaranya roti jala, bubur pulut hitam,kuih nona manis,kuih ulat bulu, buah-buahan dan banyak lagi. Tahun ni pun sambutan dari pelajar pun menggalakkan dari tahun lepas.
Kalau tahun lepas boleh tapau bawa blk tahun ni semua sold out...nasi jea yang lebih.


Masing-masing menunggu waktu berbuka...semuanya bersama family masing-masing. Tempatnya di kantin sekolah.



 Nilah kuih ulat bulu tu...blk sekolah terus gentel. Tak tahu nk buat apa. Alhamdulillah licin semuanya.


Selasa, 28 Jun 2016

Menu 22 Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
Menu semalam..mati kutu nk masak apa????. Last last teringat perkakas steamboat yang dibeli terperuk dalam air box. Menu tambahan goreng nasi goreng. Tapi anak2 memang suka makan mee instant dengan kuah tomyam. Memang ditambah2 oleh dua beradik tu jea mee yang dibuat.




Buat steamboat yang ala kadar jea...sekadar pelengkap berbuka.

P/s: Hari ni diadakan Majlis berbuka di sekolah. Jimatlah menu satu hari. Alhamdulillah

Isnin, 27 Jun 2016

Menu 21 Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
Semalam ada mood nk memasak nasi kerabu. Alhamdulillah dengan rezekinya.






Keropok dalam satu balang...senang goreng anak nk makan mudah.


Nasi kerabu kuning..memang puas hati...


Menu pelengkap roti john dan kuih akok. Air plak air tebu.

Ahad, 26 Jun 2016

Menu 20 Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
Sedar tak sedar dah pun berada di 10 terakhir Ramadhan. Malam 10 terakhir ni malam yang amat penting untuk bermunajat kepada Yang Esa. Semoga kita semua bakal mendapat malam lailatul qadar. In sha Allah.
Menu semalam...disebabkan suami turun so Cheq da malas la nk bikin yang susah. Semalam sekadar buat mee berkuah jea...anak-anak pun makan dengan lalu sekali sebab dah lama tak bikin mee sejak mengandung. Sebenarnya tak nk sentuh mee semasa mengandung tp semalam rasa la jugak sedikit.


Mee berkuah campak2 jea..stok daging jea ada..pah tu tambah telur. Suka tgk anak2 makan bertambah2.



Cheesekut ni plak bikin mlm sebelumnya. Saja teringin nk mkn tp yang geramnya bila buat kita jea lah yang makan. Anak2 memang tak layan.


Goreng ayam dan kentang ni untuk menambah menu jea. Beli yang instant jea dari Ayamas.
Minuman setakat semalam air kosong jea. Bila bersahur baru bikin segelas air manis.
Nk kena jg gula sebab nti 7 bln kena minum plak air gula untuk test kandungan gula kali ke2...huhuhu serik rasa.

Sabtu, 25 Jun 2016

Menu 19 Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
Memang semlm dah janji nk masak. Tak nak beli apa2 di pasar. Bils dengar anak member terkena keracunan makanan...baik lah memasak sendiri. Kalau beli pun dalam rm30 hingga rm40 tentu hbs. So semalam blk sekolah pun awal. Bkn nk masak beria pun simple2 jea. Menu-menunya ialah...

Semalam bikin telur masak merah. Tengok dalam blog Kak Pat Kitchen menayangkan menu ni.


Daging goreng garam kunyit.


Singgang bendi...kalau tak dimasak takut rosak plak. Dah seminggu dah beli tak terbuat-buat.


Mee hun goreng ni plak...Kak Siti yang bagi. Anak-anak makan mee hun jea. Yang lain tak dilayannya.
Minuman semalam sky jus jea. Malas terasa nk minum air manis-manis.

P/s: Hari ni nk bikin biskut raya lg..minggu depan dah blk kampung.

Jumaat, 24 Jun 2016

Menu 18 Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
Menu semalam. Disebabkan ada post mortem PT3 dan SPM bidang Kemanusiaan maka terasa malas plak nk masak. Lantas suruh cik hubby tapau jea kat pasar ramadhan. Disuruhnya beli sedikit dan yang perlu tp dibeli mcm2 sampai nk habiskan pun susah.
Antaranya


Nasi 4 rasa..nasi dibeli untuk anak2 sebab nk beli nasi ayam tak de plak dijualnya.


Nasi kerabu plak dibelinya di dua gerai yang berbeza. Selain tu ditambah plak dengan nasi kukus serta laksa penang. Kuih plak dibeli biji nangka dan murtabak. Tgk camana nk hbskan...last2 buat bersahur plak. Sayang kalau tak makan.


Kerabu perut ala thai ni plak Cheq da buat sebab dah perut dah direbus semalam lagi.


Air plak bikin soda herb bila terjumpa daun pudina yg di tanam di sekolah. Ambil 2 3 tangkai untuk buat soda ni tp kurang mendapat sambutan sebab manis plak rasanya. Anak2 semua lebih sukakan air masak.
Alhamdulillah hari ni rasanya nk masak sebab hari Jumaat blk awal cuma menunya belum tau lg..nti google dulu baru dapat idea.

Khamis, 23 Jun 2016

Menu 17 Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
Kebetulan semalam cuti sempena Nuzul Al-quran..maka siaplah bikin 2 jenis cookies iaitu almond crispy dan juga tart nenas gulung. Bermula seawal 10 pagi dan dapat siapkan dalam pukul 7 mlm. So untuk berbuka semalam...disebabkan termasak nasi lebih,suami minta buatkan nasi goreng jea. Nasi goreng pun nasi goreng biasa jea.


Nasi ni sebenarnya makan dengan ayam goreng segera blackpaper ayam mas tp masa ni ayam di dapur lg tak sempat nk snap. Sosej ayam mas tu pelengkap jea..sbb Si Haziq tu jea yg makan..kakak tak makan sosej.


Teringin nk makan samosa ayam...bikin lah cepat2 sebab dah nk hampir berbuka. Nasib semua sempat.


Kerabu pucuk paku ni plak diberi oleh Kak Ct..oklah rezeki di hari Nuzul Quran. Alhamdulillah.


Rabu, 22 Jun 2016

Menu 16 Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
Hidangan berbuka 16 Ramadhan
Masih lauk yang simple mimple...maklumlah bila sesi malas makan jealah pe yang ada. Bkn makan banyak pun..penggalas perut sajalah...


Semalam gigih la plak bikin mushroom sup sebab terliur dari blog kak ina yg menayang resepi mushroom sup ni. Buat2 dapat satu periuk dapat...pe lg bg kat jiran la kongsi2. Rupanya maknya yg mkn yg lain kurang berminat...pe2 pun sedap..


Ni sayur lemak sawi dengan sayur mayur yg lain.


Tiba2 jea terasa nk mkn fish cake masak pedas...terus bikin lepas blk sekolah pi kedai cari fish cake ni.


Yang kuih ni plak mutabak..popia sira merah dan satu butir nangka Klate dibeli di pasar ramadhan. Ni pun tak habis makan sampai ke sahur...jenuh terpaksa habiskan jugak. Tu yang malas nk membeli2 ni..takut membazir jea.


Selasa, 21 Jun 2016

Hidangan 15 Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
Menu semalam...tiba2 terlihat Kak Lina PG postkan stew daging. Memang dah tercari2 resepi nk bikin daging. Semalam pun dah balik lewat sebab mesyuarat. So pukul 5 baru boleh masuk dapur. Memang sangat sedap stew daging ini. Cheq da kongsikan di sini resepi.



Resepi Stew Daging
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber Fb Yuss Aisya (sila refer ke fb beliau ada step by step)

Bahan-Bahan
  • 1/2 kg daging - potog bentuk kiub (LiNa Pg gn dgg pejal+dgg tetel)
  • Sedikit baby potato (LiNa Pg gn kentang holland 4 biji)
  • 1/2 batang karot (potong baji)
  • 3 ulas bwg putih ketuk dan cincang
  • 1 labu bwg besar cincang
  • 1 bunga lawang
  • 1 inci halia (hiris nipis)
  • 1 kayu manis saiz kecikkk je
  • 2 helai Daun bay (kalu x de x pe tp agak kurang wangi)
  • 1 sudu besar tepung jagung / tepung ubi
  • 1 sdb kicap pekat manis
  • 2 biji cili kering (suka pedas letak lebih)
  • Sedikit daun bawang. 
  • 1 kiub ayam.
  • *jika anda guna periuk biasa tambahkan 3 biji kurma. - bijinya sahaja utk bantu lembutkan daging-LiNa Pg xletak pun)
  • minyak untuk menumis
  • Air
  • Garam dan gula/perasa
Cara-Cara

  1. Panaskan 1 senduk myk masak. Biar betul2 panas! Api besar ye. Masukkan daging separuh kuantiti dulu.Goreng daging hingga bertukar ke warna coklat/perang.Proses ni amat penting, iaitu browning process.Tujuan utk lock jus dlm daging. Supaya daging lebih berperisa. Angkat daging yg dah brown dan masukkan selebihnya utk proses yg sama. (Tambah minyak sedikit lg jika dah kering)
  2. (Jika minyak kurang) Masuk satu senduk minyak lg untuk menumis bawang dan Cili kering, kayu manis, bunga lawang, halia. Buat browning process utk bahan2 tumis ni pulak.
  3. Bila bahan tu dah brown, tolak ke tepi dan masukkan masukkan tepung. Kacau laju2 dan buat browning process juga. Atau dlm culinary disebut roux.
  4. Boleh masukkan bahan lain (daun bawang,daun bay,karot,kicap dan kentang) kecuali kiub ayam jgn masuk dulu. Kiub ayam masin. Ada garam. Kalau masuk awal nanti daging lambat empuk. Jika anda guna periuk biasa jgn lupa masuk biji kurma. Ingat tips ni tau
  5. Pastu blh masuk daging tadi.Kacau sebati.
  6. Masukkan 2 cawan air. Kiub ayam jgn masuk lg ye.Masa ni bau wangi
  7. Kemudian blh tutup pressure cooker dan set masa 30 min api kecik. Jika guna piyuk biasa set masa sejam setengah. Lepas tu baru masuk kiub ayam.Jika daging masih belum empuk.Tambah sedikit air dan renehkan hingga daging betul2 empuk.
  8. Sesuaikan rasa, tambah garam dan gula/perasa.Tutup api.Sedia dihidang. 

Jumaat, 17 Jun 2016

Menu ke-11 Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah menu ke 11 berpuasa. Malas nk bikin nasi..sebab suami berbuka di hotel kerana ada majlis perpisahan. Maka teringat godek2 resepi..jumpa lah dengan menu Mee hun sup utara. Alhamdulillah selamat menjamu selera smpai ke sahur.
Kongsi gambar jea lah yea.





Ini plak jemput-jemput malas pelengkap rasa sebab teringin nk makan.

Rabu, 15 Jun 2016

Alhamdulillah...Selamat Berpuasa

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah dah pun hari ke-10 kita menjalankan ibadat puasa. Tuan tanah plak lesu tanpa n3 di bulan yang mulia ini. Mana tak nya berpuasa di kampung selama seminggu menyebabkan badan keletihan. Buka puasa hanya air sahaja yang dipandang. Kini dah hampir 5 hari berpuasa di CH..air hanya 2 hingga 3 gelas sahaja pelengkap dari berbuka hingga bersahur.
Hari ini baru berkesempatan masukkan satu resepi sambal kentang dengan ikan bilis. Google resepi dari Che Nom..apa lg tu rasanya resepi yang boleh dicuba untuk hari ini. Cukup lah sekadar 2 lauk dan nasi bagi Cheq Da dan suami berpuasa. Nk lebih2 plak memang tak de orang yg nk makan.



Sambal kentang ikan bilis

Ditulis oleh : 
Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 30 minit
Jumlah Hidangan : 3 orang

Bahan-Bahan:

  • 3 biji kentang
  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 3 ulas bawang merah, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • gula secukup rasa
  • sedikit garam (untuk digaul bersama kentang)

Cara Penyediaan:

  1. Kupas kulit kentang dan hiris nipis. Pastikan anda potong senipis yang boleh. Gaulkan kentang dengan garam dan goreng kentang di dalam minyak panas. Masukan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat. Goreng sehingga garing, angkat dan toskan.
  2. Dalam minyak yang sama, goreng pula ikan bilis sehingga garing.
  3. Panaskan 1/2 senduk minyak masak yang baru (bukan minyak hasil gorengan ikan bilis) dan goreng bawang merah dan putih sehingga wangi.
  4. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan pula sos cili, gula dan sos tiram, masak seketika. Apabila sudah pecah minyak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan kentang goreng. Kacau seketika supaya sebati. Angkat dan sejukkan.
Tips:
Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tapi jangan terlalu manis nanti tak sedap pula.

Sabtu, 4 Jun 2016

Happy Birthday Kakak yang ke-6

Assalamualaikum w.b.t
Dah pun masuk 6 tahun kakak pada 26.05.2016 yang lalu. Pejam celik pejam celik tahun depan dah pun nk masuk darjah 1. Alhamdulillah kakak sentiasa diberi kesihatan yang baik. Suka menolong ummi bila ummi nya sibuk di dapur.
Kali ni buat sambutan di rumah mok ja jea. Si Adik plak tumpang siap2 walaupun hari lahirnya lmbt lg. Bkn apa takut ummi dah sarat xsempat buat plak untuk adik. Layan jea gambar depa. Terima kasih buat Mok Ja yang uruskan semuanya.







Nasib lah ummi boleh bikin kek sendiri..Alhamdulillah..

Khamis, 2 Jun 2016

Order 2016: Kek Kahwin 3 Tingkat

Assalamualaikum w.b.t
Berkongsi lg order daripada Kakak Cheq Da. Kek seterusnya adalah kek bertandang ke rumah pengantin lelaki pada 30.06.2016.
Pilihan warna kek seiringan dengan tema.







Kek yang dipotong oleh pengantin..gambar dari kakak.


Tak lupa bergambar bersama pengantin. Muka pun dah kembang semangkuk.