Halaman

Selasa, 21 Jun 2016

Hidangan 15 Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t
Menu semalam...tiba2 terlihat Kak Lina PG postkan stew daging. Memang dah tercari2 resepi nk bikin daging. Semalam pun dah balik lewat sebab mesyuarat. So pukul 5 baru boleh masuk dapur. Memang sangat sedap stew daging ini. Cheq da kongsikan di sini resepi.



Resepi Stew Daging
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber Fb Yuss Aisya (sila refer ke fb beliau ada step by step)

Bahan-Bahan
  • 1/2 kg daging - potog bentuk kiub (LiNa Pg gn dgg pejal+dgg tetel)
  • Sedikit baby potato (LiNa Pg gn kentang holland 4 biji)
  • 1/2 batang karot (potong baji)
  • 3 ulas bwg putih ketuk dan cincang
  • 1 labu bwg besar cincang
  • 1 bunga lawang
  • 1 inci halia (hiris nipis)
  • 1 kayu manis saiz kecikkk je
  • 2 helai Daun bay (kalu x de x pe tp agak kurang wangi)
  • 1 sudu besar tepung jagung / tepung ubi
  • 1 sdb kicap pekat manis
  • 2 biji cili kering (suka pedas letak lebih)
  • Sedikit daun bawang. 
  • 1 kiub ayam.
  • *jika anda guna periuk biasa tambahkan 3 biji kurma. - bijinya sahaja utk bantu lembutkan daging-LiNa Pg xletak pun)
  • minyak untuk menumis
  • Air
  • Garam dan gula/perasa
Cara-Cara

  1. Panaskan 1 senduk myk masak. Biar betul2 panas! Api besar ye. Masukkan daging separuh kuantiti dulu.Goreng daging hingga bertukar ke warna coklat/perang.Proses ni amat penting, iaitu browning process.Tujuan utk lock jus dlm daging. Supaya daging lebih berperisa. Angkat daging yg dah brown dan masukkan selebihnya utk proses yg sama. (Tambah minyak sedikit lg jika dah kering)
  2. (Jika minyak kurang) Masuk satu senduk minyak lg untuk menumis bawang dan Cili kering, kayu manis, bunga lawang, halia. Buat browning process utk bahan2 tumis ni pulak.
  3. Bila bahan tu dah brown, tolak ke tepi dan masukkan masukkan tepung. Kacau laju2 dan buat browning process juga. Atau dlm culinary disebut roux.
  4. Boleh masukkan bahan lain (daun bawang,daun bay,karot,kicap dan kentang) kecuali kiub ayam jgn masuk dulu. Kiub ayam masin. Ada garam. Kalau masuk awal nanti daging lambat empuk. Jika anda guna periuk biasa jgn lupa masuk biji kurma. Ingat tips ni tau
  5. Pastu blh masuk daging tadi.Kacau sebati.
  6. Masukkan 2 cawan air. Kiub ayam jgn masuk lg ye.Masa ni bau wangi
  7. Kemudian blh tutup pressure cooker dan set masa 30 min api kecik. Jika guna piyuk biasa set masa sejam setengah. Lepas tu baru masuk kiub ayam.Jika daging masih belum empuk.Tambah sedikit air dan renehkan hingga daging betul2 empuk.
  8. Sesuaikan rasa, tambah garam dan gula/perasa.Tutup api.Sedia dihidang. 

3 ulasan:

  1. Tulh hri2 msk idea pun kering...yg pnting idea msk utk anak2 tk kering..juadah ni pun nmpk segar. .boleh tiru...kn cheq da

    BalasPadam
  2. ye lah sdp ni, kak ruby pun nak tiru jgk lah hihihi.....

    BalasPadam
  3. Sedap kan stew ni..tiba² rasa nak buat pulak ari ni hehee...
    Tq sudi cuba

    BalasPadam