Hari ini walaupun hari minggu..sangat lah rasa bermalas-malasan. Bangun seawal pukul 6.15 pagi ingat nk menanda kertas percubaan...bila buka skrip cukup 5 orang tanda dah mula malas..hihihi
Oklah godek2..terus bikin nk buat pancake untuk anak2 pagi ni..maka terjadi lah hasilnya..
Memang sedap dan lembut pancake ini...resepinya dari cni..http://ceriteraibu.blogspot.my
Bahan-bahannya:
(7 keping saiz sederhana)
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu fresh milk/low fat
1 biji telur
1 sk baking powder
1 1/2 sb gula
2 sb minyak jagung / majerin
Cara membuat:
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk.. Kacau sehingga sebati.. Pastikan tiada tepung yg berketul2..
2. Panaskan non-stick pan.. tuangkan satu senduk kecik bancuhan tepung tadi ke dalam kuali.. biarkan seketika..
3. Bila pancake tu nampak berbuih2 sikit, terbalikkan pancake..
4. Ini lah hasilnya bila diterbalikkan pancake tu.. kaler coklat2.. biar seketika dalam 1 minit kemudian boleh angkat..
5. Ulang langkah 2-4 sehingga bancuhan tepung abis.. SIAP!!
sesekali bersarapan gaya omputih sedap jgk ek kak
BalasPadam