Halaman

Isnin, 26 April 2021

Ayam percik meleleh

 Assalamualaikum dan salam ramadhan...

Berkongsi menu semalam...ayam percik versi cheq da..versi mudah..bakar pun atas pan jea..




Bahan2 

1. ketul ayam yg potong 4

2. bawang merah 5 ulas 

3. bawang putih 2 ulas 

4. 1 batang serai 

5. sedikit halia 

6. sedikit kunyit hidup 

7. satu kotak santan 200ml 

8. sesudu lada kering kisar 

9. Garam dan gula dan sekeping asam keping

10. sedikit minyak

Caranya 

1. Bersih kan ayam dan kelarkan pada bhgan tertentu supaya cepat masak. 

2. Blendkan bhn no 2 hingga 6.

3. Asingkan bahan tersebut sedikit dan lumurkan pada ayam. Perap seketika.

4. Bakar ayam atas pan sehingga separuh masak.

5. Sementara itu, campurkan santan dan bahan kisar serta lada kering dan asam keping.

7. Panaskan atas api dan sentiasa kacau..campurkan sedikit tepung beras dan perasakan dengan garam dan gula. masak sehingga sedikit pekat.

8. semasa membakar ayam..sapukan bahan ni atas ayam dan bakar sehingga masak.

9. Selepas siap..curahkan kuah atas ayam tadi dan siap untuk dihidangkan.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan