Halaman

Selasa, 20 April 2021

Sotong sumbat telur bakar

 Assalamualaikum dan salam ramadhan.

Ahamdulillah hari ni dah masuk hari kelapan kita berpuasa. Apamacam menu berbuka, tapau ataupun masak sendiri. Buat masa sekarang, Cheqda masih lagi masak sendiri samada kuih muih atau pun lauk pauk. Bukan apa,suami kata tak lah pi tempat yang ramai orang..dalam keadaan sekarang sudah semestinya kita kena jaga diri sendiri.

Oklah hari ini, Cheqda nak sharekan menu yang dimasak semalam. Kebetulan suami bawa balik sotong besar..ngam2 berat sekilo seekor..reganya pun boleh lah tahan..dalam rm38, kalau cheqda pi pasar confirm tak beli sebab dengan harga tu dah dapat 2 ekor ayam dah..hahaha

Teman dah beli so kenalah masak..google google jumpa menu sotong sumbat telur bakar dengan sos thai.



 Nilah rupamya sotong besar tu..ni dah cuci bersih bersih.
 

Nilah bahan yang nak disumbat didalam sotong..dalam resepi ada dimasukkan isi udang tapi cheqda tak masukkan pun, tumis bawang putih dan potong kuib bawang besar, masukkan 3 biji telur dan masukkan daun sup dan juga daun bawang.

 
 Sumbatkan bahan-bahan tersebut di dalam sotong tadi..

Tutupkan atau masukkan kepala sotong kembali dan cucuk dengan menggunakan lidi. Cheq da gunakan lidi colek buah yang senderhana panjang.


Bakar atas pan biasa jea..api slow..last2..cheqda buka blk lidi untuk keluarkan kepala..takut tak masak la plak..


Ni rupanya yang dah masak...belum lagi dipotong-potong.



Menu semalam..anak lelaki memang gemar makanan jenis seafood..anak perempuan memang jenis tak minat dengan sotong so dirasainya sedikit sahaja. Untuk sosnya, Cheqda tumbuk kan cili merah besar dan cili merah kecik,bawang putih, kemudian masukkan sos ikan atau kicap ika. sedikit cuka dan juga garam serta gula. sedikit sos cili dan sos tomato. Disebabkan daun ketumbar xdop stok..cheqda hiriskan daun sup jea sebagai gantian.

Yang mana ingin mencuba bolehlah dicuba untuk menu iftar nanti..tak de sotong besar, sotong kecik pun boleh..janji sedap..


2 ulasan:

  1. sedap tuh, sotong masak apa pun sedap

    BalasPadam
  2. meriahnya sotong cheqda!saya ikut hari rajin ke malas, kalau rajin masak, malas beli hehehe

    btw saya follow cheqda, salam kenal ;)

    BalasPadam