Halaman

Rabu, 13 November 2013

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

N3 kali ni plak berkongsi resepi kek kakak eisya yang ke3 yang dah lepas lama dah tp baru nk jumpa gambarnya. Kek kali ni adalah kek devil chocalate cake selepas melihat kek ni dalam blog kak ita masam manis. Sememangnya begitu moist dan sedap kek ni..patutla kak ita puji sangat2 kek ini. Cheq da buat kek ni masa ulangkali batrisyia yg ke3 pada cuti bln 5 yg lalu. Buat kek ni di cameron dan mkn2nya di kg. Kepada kak ita mohon copy resepi ni yea untuk rujukan masa akan datang.



DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
By: Shelly Kaldunski book on Cupcakes
Rujukan : Yatie
Dari blog: masam manis

Bahan Kek Coklat
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam


Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang ukuran 9 inc.
Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.

Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
Terakhir masukkan vanili estract.
Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Chocolate Ganache
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah


Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair
Angkat dan sejukkan

Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan. Ita masukkan dalam piping bag dan paipkan atas kek.
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat atasnya
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.
Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas  dapur.
Lap mata pisau dan potong.


2 ulasan:

  1. nape nama nyer gitu../ tp msti sedap kan

    BalasPadam
  2. Ontah la ana..copy paste jea resepi..dgr nama cam takut tp sedap..

    BalasPadam