Halaman

Selasa, 31 Disember 2013

Entry terakhir 2013 dan selamat tahun baru 2014...

Salam bersua kembali dengan n3 kedua pd hari ni. Maklumlah esok kan dah masuk tahun baru kena la wish untuk semua pengunjung blog MKSnya kan. Alhamdulillah aktiviti berblog tahun ni lebih banyak jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Banyak kongsi serba sedikit minat cheq da dan cheq da uploadkan untuk tatapan masa akan datang.

  
Selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014. Alhamdulillah dengan anugerahNYA..Cheq Da masih lg boleh bernafas di bumi Milik Ilahi ni. Tahun 2013 banyak kejayaan dan banyak juga kegagalan hidup. Cuma kita sebagai manusia sentiasa perbaiki kan hidup kita akan kita lebih sabar mengharungi dunia yg semakin mencabar ni. Cabaran fizikal dan mental semestinya.

Untuk hari terakhir ni juga..tahniah cheq da ucapkan kepada adik ipar cheq da yg telah pun selamat sampai di bumi United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran dalam peringkat PHD. Diharapkan tabah menghadapi kehidupan di sana setelah banyak masalah yg dihadapu sebelum dapat ke sana. Adik cheq da pula melanjutkan di UKM..jd terpaksa la berjauhan dengan isterinya selama 3 tahun ni. Tak pe la..muga2 ke2nya berjaya dlm hidup mereka. Ptg tadi sempat lg berwhatsap dengannya setelah baru sampai di sana..


Ini lah gambar yg diwhatsap tadi..tanya jgk su yik mana hilangnya janggutnya..katanya kena buang..kalu tak kena caj..he3..mcm2 bila dh berada di lain tempat yea. 

Oklah sekian lah n3 untuk tahun ni...semoga dapat bertemu kembali di tahun hadapan
IN SYA ALLAH

mini popia homemade...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nampaknya kejap ada,kejap xde n3 terbaru. Bukan apa sibuk dengan urusan rumahtangga ni menyebabkan masa untuk membuat n3 baru sentiasa tertangguh. Hari ni merupakan hari terakhir 2013. Tahun 2014 menanti dengan pelbagai cabaran yg bakal dilalui.Semoga tahun 2013 memberikan kebahagiaan kepada kita semua dan tahun 2014 memberikan semuanya terbaik untuk kita..termasuklah suruhan Allah yang Maha Pencipta.

Oklah berkongsi pula untuk hidangan ni adalah mini popia yg dibuat semalam. Sampai naik kematu rasa buntut2 cheq da kerana seorg diri membuatnya. Suami plak mesyuarat kali pertama di sekolah dan balik kira2 jam 6 baru sampai di rumah.

Sebenarnya terlintas untuk membuat mini popia ni sebab nak hbskan sambal ikan yg dibeli pd bulan puasa yg lalu. Daripada duk membazir elok dibuat snack cam ni sebab confirm yg tukang perabisnya ramai nanti..he3.

Ini la rupanya mini popia yg sudah digoreng. Alhamdulillah dspat dlm satu bekas..nanti boleh dibuat lg sebab masih ada lg baki sambal ikan yg diberikan oleh kakak Cheq da.

Mini popia
By:Cheq da

Bhn
1. Satu paket kulit popia
2. Sambal ikan secukupnya
3. Tepung gandum dan air untuk dibuat gam popia
4. Minyak untuk menggoreng

Cara
1. Potong kulit popia kepada 9 bahagian. Setiap satunys empat segi.
2. Buat satu persatu letakksn inti sambal dan gulung seperti gambar di atas. Sapukan dgn sedikit gam tepung untuk melekat.
3. Masukkan dlm bekas kedap udara dsn simpan semlman di dlm ais box.
4. Esoknya boleh digoreng dan sejuk boleh dihidangkan.

Selamat mencuba.

Khamis, 26 Disember 2013

Mesyuarat pertama 2014..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nampaknya kembali bersua buat semua pengunjung blog memoriku selamanya Cheq Da. Lama tul rasa tak update blog. Bkn tiada cerita terbaru tapi kekangan waktu di samping sedikit kesakitan ujian Allah menyebabkan Cheq Da terasa malah nk mengupdatekan blog ini. 

Masih terasa kesakitan mata yg dialami oleh Cheq da satu family dan juga adik beradik yg lain. Kira cukup family yg besar kami dijangkiti dengan ujian Allah ni. Sepatutnya Cheq da naik bertugas untuk menyiapkan analisis PMR pd 19hb yg lalu tapi disebabkan mata bengkak dan berair menyebabkab cheq da tidak dapat bersama2 dgn rakan su yg lain menyiapkan analisis ni.


Hari ni pula merupakan mesyuarat kami pertama bg sesi 2014. Maeyuarat yg dimulakan kira2 jam 9.00 pagi ni tamat pd jam 2.00 ptg. Banyak maklumat baru disampaikan oleh pentadbir sekolah dan ucapan tahniah kepada semua guru kerana krputusan PMR pada tahun ini meningkat dengan 6 orang mendapat semua A. Peratusan jatuh sedikit berbanding tahun lepas tapi dari segi GPS meningkat. Bagi Cheq da berasa berpuas hati kerana daripada jumlah pelajar kelas hujung hanya seorg pelajar jea gagal menjadikan peratusan untuk subjek B.Melayu tidak mendapat 100%.Alhamdulillah.


Berdasarkan buku perancangan tahun 2014 ni..tugas Cheq Da sebagai setiausaha peperiksaan Pmr dikekalkan cuma status untuk jawatan ni ditukar kepada su pbs maklumlah ura2 Pmr telah dimansurkan. Dan juga buat pertama kalinya jawatan sebagai penyelaras sukan dan permainan telah diberikan kepada Cheq Da di samping dengan tugas2 sedia ada sebelum ini. 

Namun diharapkan prestasi tahun ni lebih lg bersemangat daripada tahun lepas..Semekar Selamanya..

Rabu, 11 Disember 2013

Cik Mek Molek

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bila duk di kampung ni..rajin plak ke dapur. Maklumlah anak2 buah ramai dan asyik nk makan jea. Petang semalam,Cheq da buatkan kuih cik mek molek..sejenis kuih yg popular di Kelantan. Malukan la kalau orang Kelantan tak tahu masak kuih ni kan. Bahan asas untuk membuatnya adalah ubi keledek. Tambahan plak..masa blk dr CH hari 2,Cheq da beli agak banyak juga ubi keledek madu ni. Apa lg kita layan yea. Resepi ni adalah resepi sendiri Cheq da.


Cik Mek Molek
By:Cheq Da

Bahan2
1. 10 biji ubi keledek
2. 1 1/2 cawan tepung gandum
3. Sedikit gula untuk dibuat inti
4. Minya

Caranya:
1. Rebus keledek sehingga empuk
2. Tumbuk keledek hingga lumut
3. Gaulkan bahan keledek dengan tepung gandum
4. Jadikan doh 
5. Ambik sedikit bulatkan dan letakkan gula ditengah2 doh dan tutup dan bulatkan memanjang.
6. Goreng dengan api pelahan sehingga masak
7. Siap utk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

Selasa, 10 Disember 2013

Conney Dog..yummmy

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah masih lg boleh bersua pd petang ini.
Hujan di langit sejak semalam masih belum berhenti..agak2nya petanda untuk banjir gelombang kedua. Jadi bila dah hujan tak dapat ke mana2, banyak menu yg perlu dicuba. Untuk petang semalam Cheq da buatkan conney dog sebab dah lama nk membuat. Alhamdulillah sedap juga digandingkan dengan hot dog. Cuma Cheq Da gantikan daging kisar ini dengan ayam kisar sebab ibu Cheq Da tidak boleh makan daging. Untuk resepinya pula..cheq da copykan dari blog kak yatie sinar kehidupanku..sedap dan boleh cuba lagi untuk masa akan datang.
Bahan-bahan ( 10 biji )
400 gm daging kisar
3 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sdk serbuk lada (chilli powder)
3/4 sdk lada hitam - kisar halus
3/4 cawan sos tomato
1/4 cawan air
1 sdk garam
1 sdk gula
serbuk perasa secukup rasa
10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
10-12 biji sosej / frankfurter
Cara-cara
SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan letakkan sos td diatasnya.
Bolehlah dihidangkan.

Ahad, 8 Disember 2013

Kuih Koci Labu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Apa khabar pagi ni?.Cuaca di kampung hari ni nampaknya masih redup tanda2 hujan nk turun. Nasib la semalam membasuh baju dan sempat plak baju kering. Ok lah hari ni nk cerita tentang kuih koci labu yg dibuat semalam. Buat di kampung bersama2 dengan ibu Cheq da. 


Sebelum ni menang tak pernah makan lagi kuih koci labu ni. Masa jiran ke tempat kenduri di daerah Banting,Selangor..dia la yg menyatakan bahawa sedap kuih koci jika dibuat begini. Jadi kebetulan ada lg sebiji labu..ibu Cheq da cuba la buat semalam. Ternyata memang sedap la dan warna labunya pun memang cantik.


Resepinya plak tak de la sesukar mana..cuma perlukan beberapa asas untuk dibuat kuih koci sahaja. Kami juga meletakkan inti kacang hitam yg telah dibuat terlebih dahulu oleh ibu Cheq da. Di sini cheq share resepi mengikut kesesuaian sahaja. Jika nk sedikit boleh dibuat sedikit dan jika nk banyak perlulah ditambahkan adunannya.

Kuih Koci Labu
By: bonda cheq da

Bahan
1. Setengah biji labu
2. 500 gm tepung beras pulut
3. Inti kacang hitam yg telah dibulat2kan sbg inti
4. Air
5. Daun pisang untuk membalut kuih koci

Cara
1. Labu dihiris nipis2 kemudian diblender supaya halus.
2. Campur bhn blender tdi dgn tepung dan uli sampai menjd doh koci.
3. Selepas itu ambilkan doh td masukkan inti kacang ditengah2 dan balut dgn daun pisang.
4. Kukus la selama 15 minit.
5. Siap untuk disediakan.

Selamat mencuba


Sabtu, 7 Disember 2013

Nasi kerabu bonda..pilihan sarapan pagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seronok betul bila dah berada di kampung. Bila bangun pagi,sarapan dh tersedia ada disediakan. Biasa ibu Cheq Da tidak suka membeli makanan pagi sebaliknya dia lebih suka memasak untuk anak cucunya. Jadi menu hari ni ada nasi kerabu. Ni ada lah menu pagi yg favorite selain daripada nasi lemak. So apa lg poskan gsmbar jea la yea..menu resepi lain kali yea..layan set sepinggan lengkap nasi kerabu ibu Cheq Da.


Khamis, 5 Disember 2013

Tempahan yang lalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tempahan-tempahan lama yg terlepas pandang diuploadkan dlm blog ni. Layan yea..


2 biji kek 700g cotton cheesecake dengan topping blueberry dan juga mini chocolate indulgence. Terima kasih kerana sudi menempah.

Rabu, 4 Disember 2013

Banjir oh banjir..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah semalam selesai sudah mengawasi peperiksaan spm 2013 dengan paper B.cina dan B.Tamil paper terakhir bg semua pelajar Smk Ringlet..Cameron Highlands.

Syukur jgk sebab hari ni pun kami sekeluarga telah berada di kampung. Bertolak semalam dari Ch,hujan dan kabus tebal menyukarkan suami memandu kereta.

Balik ke kampung plak,hujan lebat tak berhenti2. Memang la kalu dah musim kan. Kebanyakan di kebykan tempat telah dinaiki air. Bila dh musim ni nk basuh bj p jd malas..tkt tak kering..tambah2 kalu berada di kg ahli keluarga plak ramai..berebut plak nk memcuci baju dan berjemurkan. Sesi persekolahan akan bermula penghujung bln 12 nti jd boleh duk di kg lams sedikit tp kena bergilir2 la plak dengan rumah mentua. Nk bercuti hujan2 ni jd malas la plak. 

Ok la sebelum mengomel lebih2 dlm n3 tanpa sebrg resepi ni..rasanya lmbt cikit la n3 pasal mknan ni. Cheq da selitkan dengan gmbar semlm di YNZ Agrofarm yg terletak di Taman Sedia CH. Niat di hati nk pergi menjamu makanan tengah hari tapi bila smpai dh lewat..semua lauk dh hbs..kena bergerak cari kedai lain la plak. Layannn...







Sabtu, 30 November 2013

Kenangan itu indah..

Assalamulaikum dan salam sejahtera..
Hai lama rasanya tak update blog..bkn apa asyik cibukk jea walaupun gap mengawas exam tak ke mana2. Gambar masakan yg diambil plak duk dlm dslr nk malah plop Cheq da nk mentranferkannya dlm laptop..biasa la dulu..tgk apa gambar yg ada dlm hp ni. Godek2 pun godek jumpa kek tempahan pertama yg ditempah oleh Cikgu Leman utk birthday anaknya..anak p dh besar dah p,4 tahun lepas. Kisahnya nk menempah sebab masa cheq da buat open house 2 dia dtg 1 family. Cheq da buat kek coklat la nk topup2 makanan yg ada. Seminggu lepas dia suruh buat kek birthday anaknya. 

Masa tak tau apa2 pasal berat,deco dan mcm2 lg la. Hentam cromo jea sbb orang harap jea. Bayaran p ambik modal jea sbb tak tahu ambik mahal takut orang ksta mahal plak kan. Jadi bermula dari situ,cheq da belajar dan belajar pasal kek ni..sehingga la ambik order sampai sekarang..ni p atas permintaan saja..cheq da tak letak kat kedai tau..buat dari rumah. Alhamdulillah sepanjang terlibat dengan aktiviti sampingan ni,rezeki semakin bertambah dan juga 
cheq da sememangnya minat dlm dunia masakan ni.
Sekarang kalu ada tempahan,cheq da sedaya upaya akan berikan yg terbaik walaupun kadang kala penat dengan kerja di sekolah tp cheq da tetap enjoy. Masa mendeco ibarat masa utk melepaskan tension. Ok lah ni serba sedikit catatan cheq da utk kenangan nti.

 Ini la kek pertama yg ditempah kek coklat moist..masa ni deco cam hampeh jea..berat p dlm 2 kilo stgh..deco bunga2 jea..nama pun tak reti nk tulis lg masa ni.

Yang ni plak buat cupcakes..suka2 jea buat tulis jea nama anak..masa ni baru nk belajar2 sendiri jgk mendeco..cam hampeh jgk kan..he3

Ok lah yang ni plak..buat masa birthday kakak fi kg..guna creamwell..nampak hampeh jgk kan tp ok la cikit..hahaha..masa ni mak cheq da tunjuk cara cikit2 sbb dulu p masa2 muda2 dia p agak pandai mendeco..katanya guna royal icing.

Pe2 pun kalu semuanya minat semangat kita akan semakin bertambah untuk belajar n belajar.
Ok la 2 jea n3 kenangan pd hari ni.

Rabu, 27 November 2013

Nasi Goreng Ladna

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni n3 pasal nasi goreng. Hari ni berkongsi pula nasi goreng lakna. Layan..


Nasi goreng Ladna ala Cheq Da

Bahan Nasi goreng

1. Semangkuk nasi dingin
2. 4 ulas bawang putih
3. 3 ulas bawang merah
4. 2 sudu cili giling
5. Minyak untuk menumis
6. Sedikit kicap
7. Garam

Cara:
Goreng la nasi mcm goreng yg biasa anda goreng

Bahan untuk kuah lakna
1. 3 ulas bawang putih
2. 3 sudu besar sos tiram
3. Sayuran carrot,bunga kubis,sawi dan cendawan
4. Air rebusan ayam
5. Sedikit ayam yg dipotong kuib
6. Sedikit tepung jagung

Cara:
1. Masukkan minyak
2. Masukkan bawang putih yg ditumbuk
3. Masukkan ayam,Sos tiram dan air rebusan biarkan mendidih..
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
5. Masukkan sayuran dan biarkan mendidih
6. Bila masak tuangkan di atas nasi td.

SELAMAT MENCUBA..

Selasa, 26 November 2013

Tempahan Hokaido Pn. Khor lagi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
N3 untuk hari ni pula berkongsi dengan tempahan hokaido yg diorder oleh puan khor untuk anaknya dibawa ke tempat lawatan bersama2 dengan lawatan sekolahnya. 56 biji semuanya. Enjoy yea.




Yang ni plak dibuat lebih untuk makan2..



Isnin, 25 November 2013

Bubur Jagung

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hasilan jagung yg diberi oleh cikgu Asri dibuat bubur sbb dah agak boring kalu mau direbus sahaja. Sebenarnya Cheq da antara peminat bubur jagung yg setia jika dibandingkan dengan bubur kacang. Rasanya yg lemak2 manis membuatkan mesti merasa jagung ni sekiranya ada stok jagung madu ch ni.
Ok lah n3 yg agak lewat kerana kepenatan menjaga spm dan bila blk buat plak aktiviti rumah. Resepinya pula cheq da suka pelbagai supaya kita akan tau byk versi nti..layan k..



BUBUR JAGUNG
0leh: Kak Besah

Bahan-bahan ( seperiuk besar )

  • 10 tongkol jagung - hiris biji2 jagung utk pisahkn dari tongkol nya.
  • santan pekat dari 2 biji kelapa
  • gula melaka + gula pasir secukup rasa
  • 1 sudu makan mumbung tepung jagung - dibancuh bersama santan
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan sagu biji yg kecil2(cheq da gantikan dengan segenggam beras pulut)
  • 5 helai daun pandan, dicarik & disimpul (tak letak no stok)

Cara-cara

  1. masukkan biji2 jagung bersama air agak2 jagung tenggelam.masak hingga mendidih. biar dlm 5 minit. pastu masukkan biji sagu, biar hingga sagu separuh kembang.(step ni tak buat,cheq da rebus dahulu jagung bersama2 dengan beras pulut dalam 15 minit)
  2. masukkan daun pandan,santan & gula. sentiasa kacau supaya x pecah minyak. setelah mendidih 2,3 minit, tutup api. jgn risau jika sagu belum kembang betul.
  3. tutup periuk dgn penutup, tp renggangkn sikit supaya x termeluap n cpt basi. semasa proses menyejuk, sagu akan terus kembang sempurna.
  4. sedap dimakan panas @ sejuk p/s; akk suka tambahkn sedikit susu cair semasa hendak menyajikan.. brtambah enak rasanyer..

Ahad, 24 November 2013

Kek Pisang Kak Besah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masih tak jemu2 dengan juadah pisang kan. Kali ni biking lg kek pisang dengan menggunakan resepi Kak Besah. Cuma kali ada tambahan coklat chip yg begitu membangkitkan kesedapan kek ni. Cheq da buat dlm satu adunan memang puas hati dengan hasilnya. Mula nya ingat nk buat 2 adunan ingatkan dapat cikit jea tapi bila dah adun 2 memang la hasilnya sangat memuaskan.
Bila ke pasar tempoh hari,tgk pisang duk bergantung tambahan plak pisang mas la plak..jd beli la utk dibuat kek pisang ni. Tambahan plk dlm blog umi cupcakes duk tayang resepi ni..so buat la untuk mkn2. Cheq da bwk ke tempat jaya exam sementara kami menanti kertas yg seterusnya boleh mkn2 dulu mengisi kekosongan perut yg sememang berkeroncong..he3..apa2 layan jea la n3 hari ni.



 Kek Pisang Kak Besah
Scroll dari: Umi Cupcakes.blogspot.com

Bahan-bahan ( seisi keluarga )

  • 3 cawan tepung gandum(300g)
  • 2 cawan pisang lecek/lenyek
  • 1 1/4 cawan minyak masak(230g)
  • 1 cawan gula pasir(200g)
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 sudu makan (1 1/2 penutup botol soda tu) bicarbonate soda
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Lenyek pisang masak dgn gelas plastik.(jgn di blend,nanti x nampak jalur2/urat2 pd kek = x cantik)
  2. Campurkan bicarbonate soda ke dalam pisang; lenyek lagi hingga pisang berbuih. jika soda berketul,ayak dgn penapis teh trus kdlm pisang. bagi yg tak biasa dgn carani, boleh ayakkan bicarbonat soda tu dgn tepung.
  3. Blend telur & gula (guna blender cili je) hingga berbuih & gula hancur .pastu masukkan minyak & blend dlm 5 saat.lepastu campurkan bahan yg diblend td dgn pisang,gaul dgn senduk akhir sekali campurkan tepung sambil digaul sebati.jgn di blend.guna senduk saja.
  4. Masukkan kedalam acuan yg telah disapu minyak @ majerin, serta telah dipanaskan terlebih dulu. bakar lh dlm suhu 180'c selama lebihkurang 40 mnt.
  5. Yg dlm gambar ni,saya potong semasa masih suam,so x nmpak coraknya.jika dibiar betul2 sejuk @ beberapa jam,kek akn bertambah gelap dgn jalur2 pisang yg ketara....
  6. Selamat mencuba.. insyaallah x kantoi...
  7. # cara memasukkan sodabicarbonate tu boleh juga dgn mengayakkannye brsama tepung #

Sabtu, 23 November 2013

Apam Beras @ Nasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Biking apam ni sebab ada lebihan nasi dan sayang la plak nak membuangnya.
Cheq da buat apam ni dalam 2 adunan dan hasilnya amat la banyak. Jadi selepas siap membikingnya pada waktu malam,paginya plak dibawa ke tiga tempat iaitu rumah pengasuh, ke sekolah hubby dan sekolah cheq da utk makan. Tapi malangnya nyoir tak sempat nak dibeli sebab perancangan agak lewat..jadi bawa gni jea la. Resepi dari blog Kak Yati..Sinar Kehidupanku..layan..


APAM BERAS
sumber: Blog Sinar Kehidupanku
 Bahan-bahannya.
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 1/2cwn gula pasir
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.


Jumaat, 22 November 2013

Tempahan lagi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tempahan yang agak kalut yang diterima..
Terima order malam sabtu,baking sabtu malam,deco hari Ahad petang dan delivery pagi isnin.
Terima Kasih kepada Sk Brinchang kerana masih lagi sudi menempah sempena Hari Kanak-Kanak. Mulanya nak kan tarikh lain..pah 2 confirm plak tarikh lain,nasib tak ke mana-mana,kalu tak sure tak sempat dengan jumlah yang begini. Apa2 terima kasih.

 6 biji kek span dengan pelbagai perisa 

 Kek span manggo dengan manggo filing

 Kek span coklat dengan filing blueberry

 Kek span vanilla dengan peach filling

 Kek span kopi dengan biskut oreo filling

 Kek span oren dengan oren filling

Kek span pandan dengan peach filling


Khamis, 21 November 2013

Tempahan: Black Forest For Hanim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kembali pun ke n3 tempahan. Untuk kali ni Cheq da menerima tempahan yang agak semput bagi Cheq da sebab mak Hanim iaitu cikgu yang tinggal bersebelahan dengan rumah cheq da datang ke rumah dalam puk 1 tengah hari meminta buatkan kek untuk birthday anaknya pada hari tersebut. Disebabkan tempahan pada hari tersebut agak banyak,Cheq da takut tak sempat tapi memandangkan permintaan Cheq da gagahkan juga dan berjaya menyiapkan kira2 pukul 7.00 malam bersama dengan deconya sekali. Tepat puk 8.00 malam suami yang delivery kek ke rumahnya sebab dia buat sambutan untuk meraikan birthday anaknya ni bersama2 keluarganya. Harap puas hati la yerr...



Terima kasih kerana sudi menempah dengan Cheq Da..
Harap puas hati dan tak serik untuk order lagi.

LAMB CHOP...

Assalamualaikum dan salam bersua kembali.
Kadang-kala bila tak sibuk boleh menaip new post dengan dirangkumkan dengan 2@3 n3 sekaligus dan dibuat draf sebelum dipublishkan dalam blog. Ni kalu cheq da tak sibuk tapi kalu sibuk alamatnya bersawang lah juga blog ni tanpa n3 yang terbaru.
 Untuk kali yang seterusnya plak..Cheq da postkan pula lamb chop yang dibuat tempoh hari. Suami cheq da sememangnya meminati daging kambing ni dan dia la yang belikan daging kambing frozen ni sewaktu kami ke giant tempoh hari.
 Duk pk2  dah lama nak buatkan lamb chop ni...maka selepas balik dari sekolah teruslah membikingnya sebagai dinner kami dan yang penting tak payah masak nasi dan lauk. Boleh la relaks lebih cikit kan.

Resepi kali ni juga,Cheq da godek2 kan dalam My resepi dan pilih beberapa resepi yang agar sesuai dengan citarasa kami. Kali ni pun masih menggunakan kuah blackpaper sebab ianya lebih masyukkk dengan selera kami. Kepada penyumbang resepi tapi Cheq da olah mengikut keperluan bahan yang ada di dapur ni.



LAMB CHOP
dari:blog resepi(my resepi)

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2-4 keping daging kambing
  • sedikit garam, blackpepper, whitepepper & perasa utk seasoning
  • 1 sb olive oil
  • 2 sb butter 
  • tambahan cheq da perap sekejap bersama halia dan bawang putih yang ditumbuk lumat    
  •  
  •  
  • Bahan Sos Black Pepper Mushroom
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 100gm shiitake mushrooms (mushroom dlm tin pon ok)tak letak sbb kehabisan stok
  • 1 1/2 cwn air
  • 1/2 kiub pati ayam/lembu
  • 1 sb sos black pepper (sos ni ada dijual di dalam botol di pasaraya)
  • 1 sb mustard sauce(tak letak)

Cara-cara

  1. Season lamb racks dgn peppers, garam & perasa.
  2. Panaskan oven 200°C.
  3. Dlm kuali besar, panaskan minyak & butter. Masukkan racks of lamb td. Balik balikkan sekali skala. Masak selama lebih-kurang 10 minit.
  4. Pindahkan lamb ke dalam bekas yg lain dan bakar selama lebih kurang 30 minit.
  5. Dlm kuali yg sama (dgn lebihan minyak td), masukkan cendawan dan bawang putih. Goreng sekejap.
  6. Masukkan air dan kiub ayam. Biarkan mendidih.
  7. Masukkan mustard & blackpepper sauces. Masak sehingga sos agak pekat.
  8. Perasakan dgn garam jika perlu.
  9. Hidangkan bersama lamb tadi.
  10. Boleh dihidangkan bersama salad, kentang dan jagung rebus.(gantikan dengan kentang,tomato,funfries)

Rabu, 20 November 2013

CUCUR LABU KAK BESAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bila sebut buah labu,Cheq da hanya tau makan labu yang disira sahaja. Itu pun makan ditempat kenduri sebab jarang2 sekali ibu Cheq da menyedaikan di rumah. Sewaktu balik ke kampung 2 minggu lepas, ibu Cheq da plak membekalkan Cheq da dengan sebiji buah labu. Buah labu ni plak, abang cheq da yang tinggal kat Setiu yang bawa balik. Dah nak dekat 5 biji dibawa baliknya buah ni, ibu Cheq da tak sempat nak buat apa lagi dengan labu ni. Maka diberilah sebijik untuk Cheq da bawa balik ke CH ni.
Asyik duk pk nk buat apa dengan labu ni..google sana sni nak buatkan resepi yang simple mimpe jea sbb kalu dibuat pelik2 plak,suami plak kurang makan labu,afiq plak dah diposkan ke kampung. Yang tinggal anak-anak dan cheq da la yang akan memakannya. So buat cucur jea la senang dan gerenti anak2 pun makan. Terima kasih Kak Besah atas resepi yang sedap ni.


Warnanya yang kuning keemasan ni yang cantik dilihat dan sedap dirasa.

CUCUR LABU
oleh: KAK BESAH

Bahan-bahan ( sepinggan mumbung )

  • 11/2 cawan labu yg telah direbus & dilenyek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/3 cawan air susu @ susu cair @ santan @ air paip
  • 1/2 sudu teh garam
  • minyak utk goreng terendam

Cara-cara

  1. dlm mangkuk, kacau gula bersama garam, susu & labu hingga gula larut.
  2. campurkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
  3. panaskan minyak, bila panas, bulat2kn dgn jari adunan tu terus kedalam nya. guna api agak perlahan supaya di bahagian dalamnya masak. bila sudah msk, bleh la dihidangkan utk minum petang ni..

Selasa, 19 November 2013

Roti Bun Kacang Merah Zack..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. 
Apa kahbar??. Diharapkan semoga pengunjung di luar sana sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan hidayahnya.
Oklah untuk n3 kali ni,cheq da tampilkan pula bun kacang merah. Sebenarnya dah agak lama bun ni dibuat..rasanya dah hampir setengah tahun. Semalam duk tengok gambar2 yang ada..rupa-rupanya ada lagi n3 yang belum sempat diuplaodkan. Untuk resepi kali ni, Cheq da google dari blog ZackZachoes. Memang agak mudah untuk menyediakannya memandangkan Zack buat langkah step by step. Bun yang sangat sedap untuk dinikmati terutamanya ketika masih panas. Copy resepi yea Zack untuk tatapan akan datang. Untuk resepi ni Zack hanya membuatnya dalam separuh adunan tapi cheq da membikingnya dalam satu aduanan,jadi dapat lah dalam 12 biji bun ni.

ROTI BUN KACANG MERAH
oleh: Zack Zachoes
 
Bahan-bahan (10 - 12 biji)

Bahan A:
350 gram tepung roti/high protein flour 
150 gram tepung halus/ tepung superfine
1 sudu teh garam halus 30 gram susu tepung 1 sudu teh bread improver (optional) 
1 sudu teh bread softener (optional) 
4 sudu teh yis kering
* Gaul bahan di atas hingga sebati

Bahan B:
air
1 biji telur kecil (pukul sikit)
* Campurkan bahan di atas dan timbang supaya mendapat 265 gram. 

Bahan C:
40g butter
40g shortening
* Boleh guna shortening atau butter sahaja.

Untuk glis:
Baki 1/2bj telur Gred A + sedikit susu segar/air


Cara Menyediakan Doh Roti:(yg ni cheq da masukkan dalam breadmaker
1. Masukkan Bahan B kedalam A dan uli sehingga adunan licin.
2. Masukkan Bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan menjadi licin dan tak melekat ditangan dan bekas.
3. Perap doh selama 30 – 40 minit 4. Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini penting untuk menghasilkan roti yang tidak berongga besar didalam.
5. Bahagikan doh seberat 60 gram (ku buat 90g) dan bulatkan doh. Rehatkan selama 10 minit.


Cara membuat bun bunga kacang merah:
1. Sediakan inti kacang merah seberat 50 gram setiap satu dan dibulat-bulatkan. Ketepikan.
2. Leperkan doh diatas papan.
 3. Isikan dengan inti kacang merah (tak perlu leper sangat sebenarnya).
 4. Bungkuskan inti kacang merah.
5. Terbalikkan doh.
6. Alihkan di atas baking tray. Gunakan pisau tajam untuk belah bentuk bunga. Pastikan jangan sampai terbelah dua di bahagian tengah.

7. Lakukan untuk semua doh dan biarkan ia naik 2 kali ganda atau lebih kurang 30-40 minit.
8. Glis permukaan doh dengan campuran telur+susu segar dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, bahagian rak tengah, suhu 180C selama 20 minit atau hingga atas sedikit keperangan.
9. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai sebelum dihidang atau disimpan.


Atau cara membuat Red Bean Stollen:
1. Sediakan inti kacang merah seberat 50 gram setiap satu dan dibulat-bulatkan. Ketepikan.
2. Leperkan doh diatas papan dan diisikan dengan inti kacang merah lalu dibungkus. Bahagian yang dibungkus diletakkan diatas papan canai dan canai doh yang telah diisi dengan inti kacang merah.
3. Hiris doh menggunakan hujung pisau tajam yang dicelup tepung. Hiris jangan putus hingga kebawah. Hanya dipermukaan sahaja.
4. Terbalikkan doh tersebut. Gulung doh dengan bentuk hirisan melintang.
5. Susun doh dalam loyang, dibiarkan 40 minit. Kemudian disapu dengan campuran telur dan susu segar dan bakar pada suhu 180’C selama 20 minit.
 
untuk langkah2 yang lebih tepat boleh link ke SINI yea.

Isnin, 18 November 2013

Kakak,adik dan upin ipin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
sebuah n3 yg ringkas..kisah anak2 cheq da yg begitu meminati siri upin dan ipin. Sabtu lepas selepas blk melawat ayah kawan di Taiping,kami singgah membeli barang dapur di Maidin Mall Meru Ipoh. Bila lalu jea depan kedai upin dsn ipin ni,automatik kakak dan adik stop kat depan 2..lihat jea aksi2 mereka dengan animasi kartun kegemaran depa ni..layan.


Adik bersama2 dengan cheq sue
Seronok betul kakak dengan animasi kartun kesayangannya ini. Sampai tak nk berganjak asyik nk duk depan kedai 2 jea.

Jumaat, 15 November 2013

Lata Iskandar...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Nampak gayanya tak dan nk updatekan blog ni. Jadi hari ni baru lah berkesempatan nk update kan blog ni.
N3 untuk hari ni adalah untuk memaparkan citer jalan2 kami. Cerita ni terjadi bila kami keboringan berada di ch. Jadi cheq da pun ajak la suami ke ipoh memandangkan kami tak blk kg pd minggu itu. Suami plak mencadangkan agar kami turun ke ipoh ikut jln tapah dan naik plak ikut jln simpang pulai. Jadi cheq da rasa ok lah sbb boleh singgah sekejap di Lata Iskandar.



KEINDAHAN Lata Iskandar memang tak dapat disangkal lg dengan kedinginan airnya..nanti lepas ni boleh la berkelah plak.