Halaman

Sabtu, 18 Januari 2014

Gulai telur itik..warisan turun menurun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menu ni sebenarnya menu awal tahun tempoh hari. Telur itik yg dibawa dari Kelantan ni dibeli oleh kakak cheq da semasa nk menghantar afiq ke ch. Menu ni juga menu kegemaran si afiq. Selalunya bila buat gulai kuning telur itik ni,cheq da lebih suka guna menu sendiri. Resepinya seperti
berikut.



Gulai kuning telur itik
By:cheq da

Bahan2
1. Telur itik dalam 5 biji
2. Santan-ikut sesuai
3. Bawang merah 6 ulas
4. Bawang putih 2 ulas
5. Lengkuas dalam 3 inci
6. Sedikit halia
7. Sedikit kunyit hidup
8. Sedikit lada kering
9. Garam dan gula secukup rasa

Cara
1. Sediakan periuk. Masukkan santan.
2. Bawang merah,putih,lengkuas,halia dan kunyit hidup diblender dengan sedikit air. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk tadi.
3. Letakkan sedikit lada kering nk kasi warna merah2 sedikit.
4. Panaskan di atas api dan masuk garam dan gula.
5. Biarkan mendidih dan selepas 2 pelahankan api.
6. Pecahkan telur itik satu persatu..jgn dikacau dan dibiarkan sekejap di atas api yg kecil.
7. Biarkan ianya mengelegak dan berketul2.
8. Kacau sekali sekala. Bila dah masak bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba

6 ulasan:

  1. Wah sedap gulai itik ni.tambah belimbing buluh sedapp lemak2 masam2

    BalasPadam
  2. Mmg sdap kn..akk pun suka sgt lauk cmne..mkn dgn nasi hangat..

    BalasPadam
  3. comfirm sedap nih... akak nih pantang nengok gulai tlr nih... kalu dpt gulai tlr angsa lg best sbb kuning nyer beso... tp pyh skt nk dpt...

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas resipe nya
    nanti saya nak coba masak :)

    BalasPadam
  5. Resepi keluarga sy kt kelate pun mcm ni jg..cuma tmbh asam keping sekeping..

    BalasPadam