Halaman

Khamis, 11 September 2014

Congo Bars Simple dan Sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Malam ni jamu mata dengan congo basr yang dah lama dibuat. Pada cheq da congo bars ini sangat sedap,cuma kalu nak buat lepas ni kena kurangkan sedikit gula. Terima kasih kepada kak ina yang sudi kan tunjukkan step by step cara nak membuat congo bars ni.




CONGO BARS SIMPLE DAN SEDAP 

by: Zalinzalina blogspot

BAHAN
310 gram Tepung Gandum
2 1/2 sudu kecik  Baking Powder
250  Butter    ( ramai yang buat guna 150 gram butter.. terpulang nak ikut yang mana okey..)
300 gram   Gula Perang
3 biji telur B
1 sudu kecik  Esen Vanilla
 
CARA
 1. Pukul butter dan gula perang. Sebaiknya butter yang dah lembut sikit iaitu yang dah lama kita keluarkan dari petiais. Pukul tak perlu hingga kembang. Guna kelajuan perlahan aje.
2. Kemudian masukkan telur. Pun pukul sekejap 
3. Masukkan Esen Vanilla.
4. Masukkan tepung gandum yang dah dicampurkan dengan Baking Powder. Selepas tepung dah gaul rata, kita kaup balikkan adunan.
5. Masukkan Coklat Chip banyak mana ikut suka. 1 cawan pun okey.
6.  guna loyang 10 x 10. Tak boleh guna loyang kecik, nanti tak masak bahagian tengah. Kita lengserkan loyang dengan margerin atau butter dan kita alaskan dengan baking paper. Kemudian kita masukkan adunan ke dalam loyang.
7.Ratakan kesemua bahagian.
8. Taburkan coklat cip.
9. Boleh juga kalau nak letak almond slice.. tapi kalau letak almond slice banyak camni, bila potong jadi comot sikit... kalau nak senang potong, kita taburkan almond nib 
10.  Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven. Sebelum tu kena la panaskan oven dulu selama 15 minit.
11. Bila dah sejuk sikit, kita keluarkan dari loyang dan bolehlah dipotong

p/s: kalu nak tgk step by step boleh lah link ke SINI...blog kak ina yang comel ni...
 

5 ulasan:

  1. alahai, geramnya tengok congo bars tu..bb masih lagi belum kesampaian buat sampai sekarang..

    BalasPadam
  2. Cheq Daaaaa..rindunya kat awak..hehe.. tq sudi cuba resepi..lepas awak leh cuba buat guba butter 200gram dan 150gram lak ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak ina...selalu jenguk blog kak ina tp xboleh nk komen..huhuhu

      Padam
  3. Boleh buat nti. ? Tk pernh mkn lgi..tq resepinya nmpk sng

    BalasPadam