Halaman

Ahad, 18 April 2021

Sambal Goreng Mudah dan Rangup

Asslamualaikum dan salam ramadhan..

Hari ni alhamdulillah dah masuk hari keenam kita menyambut ramadhan..kali cheqda nak share plak sambal goreng. Menu ni memang sangat digemari seisi keluarga cheqda.

Antara banahn yang boleh kita gunakan adalah kentang.. kentang ni hendaklah dihiris nipis dan digoreng garing. Selain itu, cheq da tambahkan tempe juga dihiris nipis dan digoreng garing. Tambahan lain ialah ikan bilis. Untuk ikan bilis memang cheqda gunakan ikan bilis Sabah yang sememangnya rangup bila kita goreng dengan garing. Semua bahan ini disatukan sebelum kita membuat sambalnya.

 


Untuk bahan tumisan, 2 biji bawang putih diracik halus. Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih. Selepas itu, masukkan dalam 3 hingga 4 susu besar lada kering yang telah kita blendkan.


Tumis sehingga garing dan lada betul2 masak.


Perasaan bahan-bahan ini dengan sedikit garam,gula dan juga secukup rasa, masukkan sedikit sos tomato dan juga sos cili dan sedikit je kicap. Agak2 dah masak, tutup api dan biarkan seketika. Jangan letakkan bahan yang digoreng tadi waktu masih panas..nanti bahan garing kita akan cepat lemau.



Ni bila dah agak-agak sejuk..masukkan dan gaulkan sebati.




 Nilah hasilnya sambal goreng yang rangup. memang sedap sebagai penambah lauk yang ada pada bulan puasa ni.

2 ulasan: