Nampaknya kejap ada,kejap xde n3 terbaru. Bukan apa sibuk dengan urusan rumahtangga ni menyebabkan masa untuk membuat n3 baru sentiasa tertangguh. Hari ni merupakan hari terakhir 2013. Tahun 2014 menanti dengan pelbagai cabaran yg bakal dilalui.Semoga tahun 2013 memberikan kebahagiaan kepada kita semua dan tahun 2014 memberikan semuanya terbaik untuk kita..termasuklah suruhan Allah yang Maha Pencipta.
Oklah berkongsi pula untuk hidangan ni adalah mini popia yg dibuat semalam. Sampai naik kematu rasa buntut2 cheq da kerana seorg diri membuatnya. Suami plak mesyuarat kali pertama di sekolah dan balik kira2 jam 6 baru sampai di rumah.
Sebenarnya terlintas untuk membuat mini popia ni sebab nak hbskan sambal ikan yg dibeli pd bulan puasa yg lalu. Daripada duk membazir elok dibuat snack cam ni sebab confirm yg tukang perabisnya ramai nanti..he3.
Ini la rupanya mini popia yg sudah digoreng. Alhamdulillah dspat dlm satu bekas..nanti boleh dibuat lg sebab masih ada lg baki sambal ikan yg diberikan oleh kakak Cheq da.
Mini popia
By:Cheq da
Bhn
1. Satu paket kulit popia
2. Sambal ikan secukupnya
3. Tepung gandum dan air untuk dibuat gam popia
4. Minyak untuk menggoreng
Cara
1. Potong kulit popia kepada 9 bahagian. Setiap satunys empat segi.
2. Buat satu persatu letakksn inti sambal dan gulung seperti gambar di atas. Sapukan dgn sedikit gam tepung untuk melekat.
3. Masukkan dlm bekas kedap udara dsn simpan semlman di dlm ais box.
4. Esoknya boleh digoreng dan sejuk boleh dihidangkan.
Selamat mencuba.
bawak g bilik SU sikit... nk tolong perabih
BalasPadamBereh..boleh tkt xdan nk bw dah hbs..he3
Padamsedapnyer....
BalasPadam