Rabu, 19 Jun 2013

Tempahan selepas order dibuka...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
hanya ini kongsikan tempahan-tempahan yang diterima selepas order dibuka semula selepas cuti sekolah penggal pertama. Walaupun dalam keadaan sibuk,
masih lagi mampu menyiapkan tempahan-tempahan ni...
Terima kasih kepada yang sudi mengorder..



                                                 Tempahan 50 biji mini hokaido



  2 biji pan dan layer cake..request nak ada deco2 cikit


 Kek span coklat setengah kilo dr kak mai untuk jamuan kepada pelajar yang menolongnya..yang ni plak request nak banyak krim..

 order pada hari yang sama

 kek hari bapa ni plak diorder oleh Puan Amutha,rakan sekolah yang minta buatkan kek untuk suaminya. Petang sabtu baru dia bagitau nakkan kek pada petang Ahad. Dia datang sendiri ke rumah cheq da untuk ambil kek ni.

Yang ni plak diorder oleh Puan Ct Azmanira untuk anak lelaki tunggalnya yang dah pun masuk 3 tahun. Dia minta buatkan mini choc. Indulgence untuk makan2 tiga beranak jea katanya.Deconya tah apa2..cacabarba jea temanya...apa2 pun happy birthday to Afif...

Selasa, 18 Jun 2013

Chocolate Mousse Cake..sedapnya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. 
Malas betul rasanya nak updatekan blog ni, tu pasal  2,3 hari baru rasa nak masukkan n3 baru,bkn apa,cheq da malas nak membuka laptop dan nak menaip. Otak bila dah kat rumah,asyik duk cibukkk buat benda lain.

Oklah untuk malam ni,cheq da sharekan dahulu chocolate mousse cake yang dicuba pada minggu lepas. Ini pun atas permintaan afiq yang request nakkan kek coklat. tak kira kek apa katanya janji sedap.. Memang sedaplah sebab 2 kek ni lebih separuh 2 habis dimakannya. Lagi sedap bila dimakan sejuk2...nyaman rasa tekak.


untuk resepi ni cheq da telah mecedoknya dari blog http://bakery2embroidery.blogspot.com. Ini sebab dalam blog ni ada ditunjukkan step by step camana kita nak buatkan moussenya. Amat mudah rasanya dengan jelas ayat serta langkah yang diberikan. Apa mulanya memang la malas nak membuat bila memikirkan langkahnya yang rumit tapi bila dan perhatikan satu persatu,ianya tidak lah sesusah seperti yang digambarkan. Cuma cheq da tambahkan dengan coklat ganache untuk menyedapkan lagi kek ni.



Ni adalah bahagian dalam kek 2 bila dah dipotong tapi tak guna pisau yang panas pun sebab nak cepat. Si Batrisyia plak cibuk nak makan kek katanya. 2 pun cheq da biarkan mereka tunggu sekejap untuk mengambil gambar,kalu tak memang  tak dapek la gambarnya..


Bagi sesiapa yang teringin nak mencubanya,cheq da harap bolehlah mencuba resepi sebab sangat sedap dan sedap.memang tak menyesal la kalu mencubanya buat keluarga tercinta...yang kat atas bila bila dah dibahagikan kawan2 yang lebihnya untuk si afiq la.. untuk langkah yang lebih jelas boleh lah ke blog yang cheq da link kan tadi. Terima kasih kepada tuan punya blog dan cheq da mohon copy resepi yea untuk tatapan pengunjung blog MKSnya.


Resepi : Chocolate Mousse Cake  Sumber : 
Nuri @ bakery2embroidery.blogspot.com (Choc Cotton Cake)
               www.cooks.com tuk resepi Chocolate Mousse  


Bahan2  
  Sediakan sebiji Chocolate Cotton Cake.. cheq da gunakan kek span coklat yang biasa
 
Bahan2 Chocolate Mousse
 1 tbsp gelatin 1 /4 cwn air 1 1/3 cwn susu segar 1 1/2 tbsp susu pekat 1/3 cwn serbuk koko - ayakkan 50gm dark cooking chocolate - akak guna choc coating -cairkan cara double-boil 1 1/2 cwn non-dairy whipping cream - 1 tsp esen vanila  
 
Cara2
  1. Taburkan gelatin dlm air. Pastu double-boilkn hgga gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan jap
 2. Pukul non-dairy whipping cream hgga kental. Masukkn kejap dlm fridge 
 3. Dlam mangkuk lain, pukul susu segar, susu cair, serbuk koko, coklat cair & esen vanila hgga sebati. Masukkn gelatin yg telah dicairkan td sedikit demi sedikit sambil terus pukul ngn kelajuan perlahan..  
 4. Masukkn 1/3 drpd whipping cream ke dalam adunan coklat dr Langkah 4. Pukul sebati ngn kelajuan perlahan
 5. Masukkan adunan dr Langkah 5 ke dlam baki whipping cream. Pukul sebati ngn kelajuan perlahan. Ketepikan jap


 Cara Melapis Kek
 1. Belah kek kepada 2 @ 3 bahagian/lapisan
 2. Letakkn 1 bahagian kek ke dlam loyang spring form yg saiznya besar sedikit drpd saiz kek. 
3. Tuang choc mousse & letakkan plak lapisan kek seterusnya. Buh coklat mousse lagi. Ulang hgga ke lapisan kek seterusnya..
4. Hentak2kn sedikit loyang kek & masukkn kek dlm fridge semalaman.. esoknya bleh la keluarkan kek dr loyang & bleh la potong & makan..
 

Sabtu, 15 Jun 2013

Hidangan pengantin untuk Nadia dan Adam

Assalamualaikum dan salam bertemu kembali..
Selama lebih kurang seminggu blog MKSnya menyepi tanpa n3...almaklumlah bila sesi persekolahan bermula,kerja pun banyak perlu diselesaikan dengan kadar segera ditambah2 pula dengan SPPBS yang belum lagi banyak diupdatekan. Masuk sesi persekolahan juga,tempahan pun mula dibuka semula dan Alhamdulillah minggu ni cheq da menerima 4 tempahan.

Untuk n3 pada hari ni,cheq da kongsikan pengantin yang ibu cheq da sediakan untuk saudara di kampung masa cuti yang lalu. Cheq da sekadar menolong sahaja mana yang mampu. Tapi suami antara orang yang bertanggungjawab menyiapkan hidangan udang dan buah tembikai. Ini kerana suami seorang yang agak halus kerjanya jika diberi tugasan kepada berbanding dengan cheq da yang agak kurang berkebolehan berbanding dirinya. Untuk hidangan pengantin ini,saudara cheq da minta sediakan masakan udang,siakap 3 rasa,ayam golek,bakul tembikai dan juga puding berkuah sebagai pencuci mulut.



Kesemua resepi ni adalah merupakan air tangan ibu cheq da...tak dapat nak berkongsi resepi kerana ma buat semuanya main campak2 jea he3.. Hiasan daripada daun salad,buah tomato,carrot dan juga timun serta lada sebenarnya yang menyerlahkan hiasan lauk pengantin ni. Semuanya dihias oleh cheq da mengikuti keativiti yang main hentam sahaja.


Ni la rupanya siakap 3 rasa...ikan digoreng terlebih dahulu barulah diletakkan sosnya. tapi untuk ikan ni terlebih goreng dan ianya menjadi garing. Nampak keras jadinya.


Udang galah ni plak direbus sahaja bersama2 dengan bawang,serai,garam,gula. rebus sekejap sahaja supaya udang tidak terlalu masak. Hiasan sepenuhnya cheq da yang buat tapi bab cucuk di buah nenas ni menjadi tugas suami. Lebat jea nampak udang ni yea...memang sedap la tapi sure pengantin malu nak makan..he3.


Ayam golek bonda sememang resepi bonda tersayang cheq da...resepi cheq da dah kongsikan dalam blog ni..so kalu nak mencubanya boleh selongkar la yea. Sosnya pula dibuat sendiri oleh ibu cheq da yang sememang pakar dalam membuat pelbagai sos,cuma cheq da juga kurang pandai..



Bakul tembikai ni dibuat sepenuhnya oleh suami cheq da..agak cantik juga tapi ni jea yang tahu dibuatnya. Kalu selain daripada yang ni yang macam kat hotel 2 tak la dapat nak membuatnya.



Kuah puding dan puding daripada agar2 dan telur putih ni diwarnakan 2 colour oleh ibu cheq da tapi colournya agak pucat la plak. yang ni plak memang bagi dalam bekas nak suruh diorang sediakan sendiri dalam bekas yang kecil supaya nampak lebih comel. Di atasnya plak ditambahkan dengan buah2 coktail.




 ini lah rupanya hidangan yang disiapkan,kiranya dalam pukul 1 baru saudara datang dan ambil hidangan ni untuk dibawa pulang ke rumah. Gambarnya di rumahnya tak sempat di ambil kerana dah lewat ke sana. Pergi2 makanan pun dah habis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...