Selasa, 27 Mac 2012

3 cinta berbeza....

Assalamulaikum........
hari ni ada masa luang2  ni cheq da saja nak kongsi tempahan kek yang cheq da buat pada bulan lepas...biasalah dah lapuk2 baru nak upload dalam blog...he3..cam biasa tempahan kali ni daripada 3 orang berbeza...masing-masing semuanya order untuk birthday yang tersayang...ada jgk last minit baru bagitau..esok dah nak kek...suami plak selaku pegawai promosi turut mengambil tempahan..biasanya tempahan ni adalah daripada kawan-kawan sekolahnya...time rajin cam-cam idea nak deco camana...nak kasi customer puas hati sebenarnya...tp kalu tak larat muncul la koleksi hentam kromo cheq da...pe2 p thanks kepada kawan-kawan yang turut menyokong cheq da selama ni n thanks buat suami tersayang yang turut memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada cheq da....








Tempahan Doll Kek...mau warna kuning katanya.........

Jumaat lepas cheq da terima lagi tempahan kek doll daripada kak noli yang merupakan pengusaha kantin sekolah...mulanya agak keberatan nak menerimanya coz petang2 biasanya alahan cheq da tak menentu,ada time sihat ada time penat rasanya...
namun kak noli siap pesan awal2 lagi...pagi isnin dah bagitau siap2..
jadi nak tak nak kena buat jgk kek ni untuk dia...kalu tak kecik hatinya...l
agipun dia plak selalu tempah dengan cheq da kalu nak makan kek...2 la kena jaga jgk hati customer..he3...kla kali ini plak dia mtk nak doll kek warna kuning..nak kuning cantik katanya...
namun tak tahu la cantik ke tak...deco cam biasala masih lagi di tahap belajar2 lagi...
pe2 rasanya kali ni puas la hati cikit jika nak bandingkan dengan doll kek yang sebelum2 ni...he3..
.k layan........




Isnin, 26 Mac 2012

Bila cikgu jadi mak andam...adusssss

Hari ini cheq da nak berkongsi cerita tentang kenduri kahwin pasangan nini dan iwan yang telah selamat diijabkabulkan pada 16hb 3 lepas...nini ni anak buah kepada abang ipar cheq da...memandangkan cheq da duk di tanah tinggi dan bekalan bunga plak senang diperolehi maka cik nini kita mintak la nak hiaskan barang2 hantaran dengan bunga2 hidup...ros la apa lagi...memandangkan plak temanya gold ala-ala kuning...dia mintak carikan ros warna kuning dan putih tp entah camana last minit, warna ros yang dicari tiada bekalan stok..maka terpaksa la 2kar plan...cheq da pilih warna campur2...kalu tak merajuk plak cik nini ni...he3...balik2 kampung plak kereta penuh dengan bunga2 sama ada yang telah digubah n yang belum digubah...sampaikan si afiq 2 kata dia jadi mat bunga...he3...balik2 klate plak kena plak gubah bunga untuk dia bersama2 dengan kakak cheq da yang merupakan mak saudaranya...kami main hentam kromo tp nasib la lawa la jgk...he3..tp aroma bunga hidup ni memang wangi sampaikan tetamu yang hadir turut mencium wangian yang fresh ni....k la kt layan gambar2nya k...

antara hantaran yang telah siap digubah...bunga main letak2 jea








antara gubahan bunga kekwa yang digubah oleh profesional yang sangat berminat dengan gubahan..



kamar pengantin yang dipenuhi dengan bunga hidup....

bunga yang dipegang pengantin turut dihias dengan bunga ros putih dan oren

Ahad, 25 Mac 2012

cream cheese roll......

Salam bersua kembali setelah sekian lama blog ini menyepi...sekarang ini kesihatan dah bertambah ok...boleh la upload gambar2 masakan yang dah lama cheq da simpan...tgk blog kawan2 macam resepi ada...jadi untuk buat hari ini cheq da nak tayangkan cream cheese roll yang diambil daripada blog My resepi oleh Yani...tgk yani buat memang lawa...yang cheq da buat plak...takde la cantik...tapi roti ini memang sedap...


 Cream Cheese Roll...
oleh: Yani (My resepi)

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 160ml susu segar @ 160ml air + 10g susu tepung
  • 230g tepung roti
  • 20g tepung gandum
  • 30g butter
  • 20g gula
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • -----------------------------------
  • *krim
  • 80g cream cheese
  • 20g gula
  • 100ml fresh cream/whipping cream
  • telur
  • chocolate rice secukupnya

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk buat roti ke dalam breadmaker. Pilih menu utk buat doh. ON.
  2. Bila dah siap. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10-15 minit.
  3. Sementara tu, sediakan krim. Pukul semua bahan-bahan untuk krim sehingga jadi krim yg lembut. Simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
  4. Ambik sebiji doh. Uli panjang 32-33cm. Kemudian lilit pada cornet. Buat sampai habis.
  5. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit. Kemudian sejukkan.
  6. Bila roti dah sejuk. Bolehlah paipkan krim ke dalamnya. Hiaskan dengan coklat rice.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...