Sabtu, 24 September 2016

Makan-makan...

Assalamualaikum.w.b.t
Hari ni n3 review pasal masakan yang dibuat untuk makan-makan..


Rebung madu masak gulai kuning...


Ayam panggang ala2 kenny roger tp xmenjadi pun rasanya.


Kuih akok yg dibuat..mudah dah cepat dgn pembakar trio cupcakes.


Yee mee szzzeling...


Muffin vanila bercoklat..mmg sedap..

Ahad, 18 September 2016

Cerita Aidiladha Kami...

Assalamualaikum w.b.t
Habis sudah cerita Aidiladha. Esok sesi persekolahan pun telah bermula. Nampaknya kalau tak due lagi..lagi 2 minggu sahaja Cheq Da mengajar..pahtu cuti sampai ke tahun depan.
Berbalik kepada cerita Aidiladha tahun ni...kami adik beradik bersepakat korban seekor lembu. Kebetulan abang yang ke5 tu membela lembu untuk korban jadi pada hari kejadian 3 ekor lembu telah dikorbankan.
Meriah sungguh suasana...selepas tu memasak untuk makan2 bersama-sama ahli keluarga pula. Hidangan pada hari tu sup gearbox yang telah direbus terlebih dahulu dengan noxxa, daging goreng, air asam perut dan ulam-ulaman.
Cheq da sharekan gambar lembunya jea yea yang masakan xsempat nk snap sebab masing2 dan kelaparan.







Tahun ni sebenarnya raya ke2 baru berniat nk korban dan nk buat makan2 tetapi last minute abang long terpaksa kerja so terpaksa kena laksanakan jugak raya pertama. Tahun ni just bahagi-bahagikan daging untuk orang2 yang memerlukan. Cuma raya ke3..Cheq da bikinkan nasi daging noxxa untuk mak saudara dan pak saudara yang bertandang ke rumah.
Alhamdulillah..tulah cerita Aidiladha kami pada tahun ini.

Sabtu, 10 September 2016

Order 2016: Order terakhir sebelum bercuti

Assalamualaikum w.b.t
Minggu ni dah masuk 36 minggu dah kandungan cheq da. Walaupun masih ada permintaan nk order kek tapi Cheq Da dah close order sebab dah tak larat nk bikin nya. Last order diterima dari Kak Ct dan Kak Ha. Kak Ha mengorder 100 biji mini hokaido dan Kak Ct 2 biji kek utk jamuan pra. Untuk yang Kak Ha tak sempat nk snap gmbrnya.





Tq sebab order...

Isnin, 5 September 2016

Pandan cheese leleh

Assalamualaikum w.b.t
Sebenarnya dah lama sangat tuan tanah nk makan pandan cheese leleh ni. Tp dalam keadaan cam ni cam malas la plak. Kebetulan minggu lepas member ada tersebut nk makan. Katanya Cheq Da boleh tak bikin. Namun dia pun tahu dalam keadaan sebegini..nk godek2 kat dapur pun malas. Kebetulan cuti semlm..gagahi juga bikin pandan cheese leleh ni. Bersama2 bikin order yang terakhir sebelum bersalin. Sebenarnya malas dah nk ambil tp masing2 berharap kenalah tunaikan jgk.


Satu adunan span pandan dapatlah dalam 4 bekas aluminium ni.
Buat cam ni senang cikit nk simpan dan bagi kat kawan2.


Simpan dalam peti ais baru sedap.


Balik sekolah tadi terus ngap dengan haziq...mmg sedap.
Resepinya dah lupa dari siapa..tq la kepada penyumbang resepi. Xdapat nk selitkan di sini sebab banyak versi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...