Rabu, 21 April 2021

Kuih Lapis

 Assalamualaikum dan salam ramadhan...

Hari ni kita share plak pasal kuih lapis. Sepanjang 9 hari kita berpuasa, hari ni hari kedua repeat kuih lapis ni..bukan apa resepi sangat mudah dan kejadiannya plak sgt cantik..

Resepi cheq da google tp lupa plak dari siapa..








Yang minta bergambar bersama kuih lapis.

Yang ni plak versi first dibuat pada hari ke3 ramadhan lalu..




Selasa, 20 April 2021

Sotong sumbat telur bakar

 Assalamualaikum dan salam ramadhan.

Ahamdulillah hari ni dah masuk hari kelapan kita berpuasa. Apamacam menu berbuka, tapau ataupun masak sendiri. Buat masa sekarang, Cheqda masih lagi masak sendiri samada kuih muih atau pun lauk pauk. Bukan apa,suami kata tak lah pi tempat yang ramai orang..dalam keadaan sekarang sudah semestinya kita kena jaga diri sendiri.

Oklah hari ini, Cheqda nak sharekan menu yang dimasak semalam. Kebetulan suami bawa balik sotong besar..ngam2 berat sekilo seekor..reganya pun boleh lah tahan..dalam rm38, kalau cheqda pi pasar confirm tak beli sebab dengan harga tu dah dapat 2 ekor ayam dah..hahaha

Teman dah beli so kenalah masak..google google jumpa menu sotong sumbat telur bakar dengan sos thai.



 Nilah rupamya sotong besar tu..ni dah cuci bersih bersih.
 

Nilah bahan yang nak disumbat didalam sotong..dalam resepi ada dimasukkan isi udang tapi cheqda tak masukkan pun, tumis bawang putih dan potong kuib bawang besar, masukkan 3 biji telur dan masukkan daun sup dan juga daun bawang.

 
 Sumbatkan bahan-bahan tersebut di dalam sotong tadi..

Tutupkan atau masukkan kepala sotong kembali dan cucuk dengan menggunakan lidi. Cheq da gunakan lidi colek buah yang senderhana panjang.


Bakar atas pan biasa jea..api slow..last2..cheqda buka blk lidi untuk keluarkan kepala..takut tak masak la plak..


Ni rupanya yang dah masak...belum lagi dipotong-potong.



Menu semalam..anak lelaki memang gemar makanan jenis seafood..anak perempuan memang jenis tak minat dengan sotong so dirasainya sedikit sahaja. Untuk sosnya, Cheqda tumbuk kan cili merah besar dan cili merah kecik,bawang putih, kemudian masukkan sos ikan atau kicap ika. sedikit cuka dan juga garam serta gula. sedikit sos cili dan sos tomato. Disebabkan daun ketumbar xdop stok..cheqda hiriskan daun sup jea sebagai gantian.

Yang mana ingin mencuba bolehlah dicuba untuk menu iftar nanti..tak de sotong besar, sotong kecik pun boleh..janji sedap..


Ahad, 18 April 2021

Si Nona Manis

 Assalamualaikum dan salam ramadhan...

Kongsi kuih nona manis yang dibuat petang ini untuk berbuka..

kali ni dah boleh ajar kakak buat kuih..sbb dah besar..dia pun minat nk tlg masuk dapur...kalau malas pun umi dia paksa..hihihi. 





Resepi ada dh share dalam blog ni..














Sambal Goreng Mudah dan Rangup

Asslamualaikum dan salam ramadhan..

Hari ni alhamdulillah dah masuk hari keenam kita menyambut ramadhan..kali cheqda nak share plak sambal goreng. Menu ni memang sangat digemari seisi keluarga cheqda.

Antara banahn yang boleh kita gunakan adalah kentang.. kentang ni hendaklah dihiris nipis dan digoreng garing. Selain itu, cheq da tambahkan tempe juga dihiris nipis dan digoreng garing. Tambahan lain ialah ikan bilis. Untuk ikan bilis memang cheqda gunakan ikan bilis Sabah yang sememangnya rangup bila kita goreng dengan garing. Semua bahan ini disatukan sebelum kita membuat sambalnya.

 


Untuk bahan tumisan, 2 biji bawang putih diracik halus. Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih. Selepas itu, masukkan dalam 3 hingga 4 susu besar lada kering yang telah kita blendkan.


Tumis sehingga garing dan lada betul2 masak.


Perasaan bahan-bahan ini dengan sedikit garam,gula dan juga secukup rasa, masukkan sedikit sos tomato dan juga sos cili dan sedikit je kicap. Agak2 dah masak, tutup api dan biarkan seketika. Jangan letakkan bahan yang digoreng tadi waktu masih panas..nanti bahan garing kita akan cepat lemau.



Ni bila dah agak-agak sejuk..masukkan dan gaulkan sebati.




 Nilah hasilnya sambal goreng yang rangup. memang sedap sebagai penambah lauk yang ada pada bulan puasa ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...