Sabtu, 15 Oktober 2011

Apam ladyBird...

salam semua...hari ni cheq da nak masukkan gambar apam versi ladybird yang cheq da buat...
ni kes cheq da tgk bkn main lawa rakan2 masak masukkan apam ni dalam blog mereka...
tapi yang ni dah buat kali yang ke2..kali pertama 2 tak jd lukis coz tak guna nozel..
bila lukis nampak ok tapi bila dah masak kembang semcm jea..he3..
tapi cheq da buat lagi perbaiki kekurangan yang ada...resepinya cheq da guna resepi apam dot2

Apam Dot Dot
oleh:iyne

Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )

3 biji telur
275 gm tepung gandum*
3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
150gm susu segar (fresh milk) .
1 sudu teh ovallete
Filling blueberry secukupnya
(masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna & Esen Vanilla
200 gm gula halus (boleh kurangkan)

Cara-cara
Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit.
Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,
pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu .
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry filling secukupnya
Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
ni yg baru siap touch up rupa



ni masuk dlm kukusan





sudah masak


Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.

2 ulasan:

  1. oitt..bila cat rumah baru nih... sakit mata aku... ha ha ha

    BalasPadam
  2. nk tukar la ni..aku main hentam jea nih...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...