Isnin, 2 April 2012

chicken chop...western dinner sekali sekala...

Salam semua...hari ni cheq da nak kongsikan n3 western....Kalau asyik duk makan makanan melayu boring jgk kan...sekali sekala kalau pekena western best jgk...tp cheq da buat jarang2 jea..coz suami cheq da kalau tak makan nasi mula la perut 2 lapar kembali...silap2 dia pi selongkar plak cari maggi...walaupun tangki perutnya kecik tp tanpa nasi tak bernyawa katanya...tapi kali ni...memandangkan dah lama teringin nak makan...anak buah plak memang suka sangat makan cam ni....jadi buat la untuk dinner...Semuanya homemade by cheq da...resepinya plak selongkar dalam my resepi...tambahan plak dulu cheq da pernah rasa resepi ini...cheq sue yang buat dan kami kenduri kat sekolah...tgk resepinya memang mudah dan senang bangat...so kalu nak makan chicken chop 2 boleh la buat sendiri daripada habiskan rm15.90 sepinggan tp tak la kenyang mana kalu makan kat kedai kat ch ni...k kt intai2k...


mashed potato homemade rasa sedap aje...

ubi kentang yang sedia dibeli di supermarket...goreng jea..

coslow belasah jea jagung manis+carrot+kubis+mayonis

Black Pepper Chicken Chop 
Bahan-bahan ( 2 orang )-buat untuk 3 orang 
oleh: aeeda78-my resepi

*UNTUK DIPERAP*
  • 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 cm halia (cincang)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • *SOS BLACK PEPPER*
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 3-4 cendawan butang (cincang)
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • garam/gula secukup rasa

Cara-cara

  1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
  3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
  4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
  5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
  6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. 

Mashed potato-by yani (my resepi)   

Bahan-bahan ( 2~3 orang )

  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu besar butter
  • 3~4 sudu besar susu segar
  • sedikit garam
  • sedikit parsley-dicincang(optional)

Cara-cara

  1. Bersihkan ubi kentang dan buang kulitnya. Potong kepada 4 bahagia. Rebus sehingga empuk.
  2. Lenyek-lenyekkan ubi kentang dengan garfu.
  3. Panaskan butter, susu dan garam. Apabila butter dah cair, padamkan api. Masukkan ubi kentang yang dah dilenyek tadi. Gaul sehingga serata.
  4. Akhir sekali masukkan daun parsley yang dah dicincang halus. Gaul rata. Siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...