Sabtu, 29 Disember 2012

Semoga bahagia 2 milikku...

Assalamualaikum dan selamat malam kepada warganegara Malaysia...hari ni ada lagi peluang masukkan n3 untuk berblog...terasa penat tak terhingga kerana hari juga diadakan mesyuarat kali pertama warga SEMEKAR di Golf Couse di Ch ni..cheq da turun rumah sebelum puk 8 dan balik hampir puk 3..nasiblah tak berapa jauh dengan rumah cheq da...suami plak hari ni jadi pengasuh anak kerana malas nak hantar ke rumah pengasuh..kasihan jgk kerana anak tak mahu menyusu botol walaupun susu yang diperah..hai macamana la kalu sesi persekolahan bermula...makin bertambah2 risau cheq da

Oklah berbalik kepada tajuk ni..semalam duk lepak di rumah jugak jadi teringat la plak nak membaking kek sempena anniversary kami yang ke-6(macam tak percaya dah 6 tahun...anak pun dah 2)...ni merupakan kek yang pertama cheq da buat untuk meraikannya bersama2 suami...anak plak masa nak membuat kek 2 tidur jea,senang la kerjanya...tapi bila tiba time nak mendeconya...nampak gayanya dia bangun...awal2 plak dia duk main jea tapi agak bila dah boring,dia mengamuk...apa lagi bila dah g2..masa nak menulis pun ejaan pun jadi salah..ANNIVERSARY jagi ANNIVERSY...he3..buat malu jea..bila kek dah siap terus jea potong sebab dah lama rasa nak makan kek...he3..resepinya cheq da cedok dari blog Rahel,almaklumlah tengok kek2nya memang menggiurkan semua orang...buat kali resepinya amat jadi...cuma disebabkan kemalasan cheq da dalam memotong buah pic 2,jadi letak besar2...nampak tak cantik plak bila dipotong...apa2 pun telan jea...k la apa yang cheq da harapkan agar perkahwinan cheq da berkekalan hingga ke akhir hayat...

 

Tgk ejaan...salah spelling..he3..tak dan2 nak siap cepat..tgk candle pun angka 6 kan...


isi dalam dengan lapisan buah pic yang dibuat 2 layer...memang sedap






































Kek Span Vanila
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria
daripada blog Rahel blogspot

Bahan:
120g gula kastor
10g ovalette
4 biji telur gred A

130g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak

40g air
 60g minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8'' atau 9''.Lapis dg kertas serap minyak.
   Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
2.Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dg
   kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang
   selama 5 minit.
3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi
   selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.
6.Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap.
   Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.
   Biarkan ia sejuk.
 
 Bahan Hiasan:
1 tin buah pic
Sedikit badam cincang-->tak letak pun(cheq da pun tak letak)
1 liter krim putar (non-dairy whipping cream)-dipukul hingga kembang

Cara:
1.Letak satu lapisan kek di atas papan kek,beri krim putar di atasnya.
2.Kemudian susun dan beri jarak buah pic di atasnya.Sapu nipis lagi krim di atasnya.
3.Letak satu lapisan kek lagi di atasnya.Sapu krim di seluruh permukaan dan tepi kek.
  Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...