Isnin, 29 April 2013

Kek kahwin 3 tingkat

Assalamualiakum dan salam sejahtera kepada warga Malaysia. Sihat tak? ataupun ada yang demam nak pilihan raya pada 5 hb nanti. Apa apa pun cheq da mengharapkan agar semua rakyat membuat pilihan yang terbaik untuk negara kita.
Berbalik kepada n3 pada hari ni adalah sesi menayangkan kek yang ditempah oleh pekerja di sekolah suami untuk perkahwinan anaknya pada 20hb yang lepas. Apa yang special cheq da menerima tempahan ni daripada masyarakat asli...ha camana orang asli kahwin pun boleh tempah kek sampai 3 tingkat bersama2 dengan cupcakes lagi...boleh tahan juga masyarakat diorang ni yea.



 Pada mulanya, suami tanya cheq da kata boleh tak buatkan kek kahwin 3 tingkat??Cheq da kata boleh jea kalau cukup tiangnya. Yang tiangnya plak memang cheq da selalu simpan untuk stok,mana la tau kan takut ada yang nak menempah. Nak cari kat ch ni memang tak dapat lah jawabnya. dalam pada itu juga,masyarakat asli ni biar betul nak tempah sampai cam 2. Tapi bila cheq da tgk kad yang diberikan itu,anak nya kahwin dengan orang ipoh tapi tak tahu la asli ke tak???. Maereka ni boleh dikatakan sudah moden la yea.

yang kat atas ni adalah kek yang lapisan yang paling atas,kek span coklat
kek yang ni plak lapisan yang kedua ialah cheesecake dengan blueberry filling

Yang ni plak lapisan yang paling bawah iaitu kek blueberry
Pemandangan dari atas ketiga2 kek


Tema untuk kek yang diorder adalah pink-ungu,jadi cheq da banyak kali jugak google untuk dapatkan idea untuk kek kahwin cam ni. maklumlah first time buat kek cam ni,harap tuannya suka la yea. Cuma cheq da tak dapat nak kongsikan yang tingkatnya coz cheq da minta dia pasangkan sendiri tiangnya. Cara untuk memasangnya plak cheq da siap tulis cara dan langkah untuk memasangnya satu persatu. Ini untuk pastikan agar dia boleh  mengikuti langkah tersebut dengan baik. maklumlah dah bayar biarlah boleh kelihatan cantik.

Dalam pada itu juga, dia juga turut menenmpah cupcakes,jadi cheq da buatkan kek coklat dan toppingkan dengan fresh cream tema yang sama. Dia minta buatkan 20 sahaja tapi cheq da cukupkan jadi 25 untuk bagi kat dia sebagai sagu hati kerana menempah dengan cheq da. pe2 pun terima kasih cheq da ucapkan kepada yang menempah dan juga kepada suami kerana banyak menolong untuk menyiapkan kek ni.


3 ulasan:

  1. waaaaaaa cantik, pelbagai rasa ada lg, tiap tingkat pun rasa lain2...
    org asli zmn skrg nih dh senang kak, duk kt kg or bandar cam kite gk... sbb tu diaorang pun blh bt majlis kawin best2...

    BalasPadam
  2. @norhidana miswan
    memang la kalu tengok mereka pun dah moden2..pelajar pun kat cni pun moden jugak

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...