Rabu, 21 Ogos 2013

Tahniah Buat Faridz dan Suraya

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua. 
Alhamdulillah..hari ni dah masuk hari yang ketiga cheq da dan hubby berpuasa 6..diharapkan cheq da menyelesaikannya sehingga hujung minggu ni. Nanti lepas ni boleh la raya kali yang kedua plak yea.
Oklah berbalik kepada n3 pada kali ni adalah untuk menceritakan serba sedikit mengenai perkahwinan adik bongsu Cheq da yang telah selamat diijab kabulkan dengan gadis pilihannya. Dengan perkahwinan adik yang bongsu, maka selesaikan kenduri bagi adik beradik..Nampaknya lepas ni giliran anak-anak buah la plak yea. Nak tunggu si batrisyia dan si haziq,alamatnya lambat la lagi yea. Masa ni,ibu cheq da orang yang paling gembira kerana 8 orang adik beradik kami telah pun selamat berumahtangga.



Untuk gambar yang di atas ni adalah hantaran yang disediakan untuk pihak perempuan. Semua hasilnya adalah merupakan sentuhan kakak cheq da yang ke-4. Dia memang jenis minat buat benda alah ni. Bab membantu plak diserahkan kepada hubby cheq da sebab dia jenis cermat dan teliti. Sebanyak 9 jenis hantaran disediakan termasuk lah beg tangan dan kasut,jam tangan,telengkung,kain pasang,alat makeup dan minyak wangi,senaskhah Al-Ouran,buah-buahan,gelang tangan serta kek hantaran yang disediakan sendiri oleh cheq da. Kali ni cheq da sediakan kek Black n white Russian Cake.


Rombongan ke rumah perempuan agak memakan masa dalam 2 jam juga. Nasib baik jalan tidak seteruk 2@3 sebelum 2 kerana jalan rumah cheq da ke rumah pengantin merupakan laluan ke kuala lumpur. Kami sememangnya tidak mahu memilih hari raya untuk tarikh kahwin kerana mungkin akan berlaku kesesakkan lalu lintas. Tetapi memandangkan kakak pihak perempuan susah nak mendapat cuti,maka terpaksa la diteruskan pada hari tersebut juga.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan segala2nya dipermudahkan pada hari berkenaan.
Majlis akad nikah pula diadakan pada jam 12 tgh dan selepas majlis persandingan diadakan pada jam 2ptg.

Upacara membatalkan air sembahyang setelah selesai majlis akad nikah. Dengan 2 kali lafaz mereka selamat menjadi  suami isteri.
Ni plak gambar semasa bersiap-siap untuk ke majlis persandingan. Memilih tema putih semasa bersanding.
Oklah rasanya untuk n3 pada malam ni. Bukan apa mata pun dah mengantuk,jadi bila dah berkeadaan sedemikian maka malas la plak nak menaipnya. Majlis bertandang ke rumah cheq da pula akan dibuat pada 31 ogos nanti,,nanti bila dah selesai semuanya,cheq da akan kongsikan n3nya.
Kepada Su yik dan Cik su Suraya tahniah dan selamat berbahagia selalu hendaknya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...