Rabu, 25 September 2013

Pizza Ayam Mozarella Kak Besah

Salam
Disebabkan dah lama tak makan pizza..hari Sabtu hari 2 mulakan ke dapur untuk menyiapkan barangan untuk membuat Pizza kak Besah ni. 
Dulu cheq sue,ada buat resepi ni dan rasa sedap dia punya adunan rotinya. 
Bahan2 nya amat mudah dan paling mudah gunakan breadmaker untuk mengulinya.
 Untuk resepi,cheq da hanya buat separuh adunan sahaja..maklumlah yang nak makannya bukan ramai.
Manakala untuk topping nya pula..cheq da hanya gunakan bhn2 yg ada di rumah  saja..seratua peratus tak ikut yg kak besah punya tetapi cheq da sharekan resepinya untuk tatapan pengunjung yang ingin mencubanya.


PIZZA AYAM MOZARELLA
Sumber : Hajjah Noraini & Kak Besah MyR

Bahan-bahan doh :
-1 kg tepung gandum
-2/3 cwn gula pasir (6 sudu makan)
-1 bungkus yis segera mauripan (11gm)
-1 botol mineral kecil air suam (500 ml)
-1 sudu besar rata garam

Bahan-bahan sos pizza :
-1/2 biji bawang besar (merah)
-2 ulas bawang putih
-1 biji tomato, dikisar 2 bijik
-1 tin kecil tomato puri
-3 sudu besar gula
-1 sudu teh garam
-2 sudu besar minyak masak
-rempah oregano
-beberapa helai daun bay
-1 peket daging kisar Ramly-ganti dgn ayam


Bahan topping :

-250 gm keju mozarella, diparut
-1 biji cili benggala (capsicum), dihiris bulat
-1 biji bawang besar , dihiris bulat
-sedikit mix vegetable-tak letak
-1 tin nenas kiub, dihiris-tak letak
-5 ketul sosej ayam, dihiris
-tak letak

Cara Membuatnya :
1. Cincang atau tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kisar tomato dengan sedikit air.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang tumbuk hingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan tomato kisar, tomato puri dan daging kisar.
4. Masak atas api sederhana hingga daging kecut dan mendidih kira-kira 20 minit.
5. Masukkan 4 helai daun bay,1 sudu besar oregano, gula dan garam. Masak lagi selama 10 minit hingga sos pekat dan berbau harum.Tambah gula jika suka lebih manis.
6. Setelah masak, angkat dan sejukkan.
7. Sapukan sos atas roti pizza dan taburkan bahan-bahan topping dan terakhir taburkan keju mozarella.
8. Bakar selama 15 minit hingga masak pada suhu 200 darjah celcius.
9. Enak dimakan semasa masih hangat. 



Lepas masak terus makan..panas2 lagi sedap..hasil aduan ni dapat la dalam 3..
2 besar dan 1 kecik..bila dah masak yang kecik terus ngap masuk mulut...
sedapnya terasa..kalah yang pizza hut punya..he3

2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...