Isnin, 11 November 2013

Mee Goreng Basah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Lama tak upload n3 terbaru..n3 kali ni mengenai mee.
Bila sesi tak mau makan nasi..maka makanan lain pula jadi sasarannya. Apa lg..buat goreng basah best jgk bila dimakan panas2.

Mee Goreng Basah
oleh: sue_ginola (my resepi)

 Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • Bawang Putih-5-6 Ulas (Gambar 1)-Diketuk
  • Bawang Besar-1/2 Biji (Gambar 1)-Dihiris
  • Isi Ayam @ Daging @ Udang @ Fishball @ Fishcake-ikut suka hati nak banyak mana(Gambar 2)
  • Sawi @ taugeh- Ikut banyak mana suke (Gambar 3)
  • Cili Boh-Secukupnya (Selalunye 3-4 sudu besar sebab suka pedas)
  • Mee Kuning-1 Bungkus
  • Sos Tiram-Secukupnya (2-3 sudu besar pun dah cukup)
  • Segala jenis kicap-kicap masin @ kicap manis @ kicap pekat @ kicap ape-apela..-Secukupnya (boleh adjust ikut kesukaan masing-masing)
  • Air-ikut keperluan
  • Garam-ikut keperluan (kalau takut masin letak je secubit)
  • *Optional: Kalau nak pedas lagi tambah 2-3 batang cili padi (yang diketuk) masa menumis tu...

Cara-cara

  1. Tumis Bawang Putih dan Bawang Besar hingga naik bau
  2. Masukkan Cili Boh secukupnya. Secukupnya disini ikut nak pedas atau tak..kalo nak pedas tarukla banyak sikit, kalo taknak boleh kurangkan (Gambar 4)..Tumis hingga garing/naik minyak
  3. Masukkan segala isi ayam @ daging @ udang @ fishball @ fishcake tu. Tumis sampai masak
  4. 4-Masukkan Sos Tiram secukupnya..maksud di sini. Taruk tu agak-agak la..jangan sikit sangat, jangan banyak sangat, sedang-sedang dgn segala isi ayam@udang@daging@sotong yang kita nak taruk tu..
  5. Masukkan kicap sikit dulu (tak kisahla kicap ape..tapi sikit je...)
  6. Masukkan pulak Mee Kuning...Kacau rata. Bagi segala tumisan tadi tu bergaul rata..Gaul janji sebati sahaja
  7. Selepas tu terus masukkan air..Pastikan Mee kuning tu tengelam dalam air tu ye. Air jangan banyak sangat takut Mee kembang terlampau-lampau (Gambar 5)...Terus Bukak api besar, sambil tu masukkan lagi segala kicap tu..Ejas ikut kesukaan
  8. Garam tu boleh letak sikit kalau suka, kalau tak abaikan..
  9. Nak mengelegak tu boleh masukkan Sawi @ taugeh (ikut mana sayur yang kita suka).. Biarkan hingga mengelegak dan kacau sekali sekala. (Kepekatan kuah boleh diejas. Kalo rase macam kuah tak cukup boleh tambah air lagi)
  10. Dah pekat boleh tutup api dan hidang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...