Khamis, 8 Mei 2014

Karnival Semekar 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini cheq da nk kongsikan pula cerita pasal hari karnival semekar yang disambut pada 30hb April yang lalu. Untuk program..unit koko telah beberapa kali bermesyuarat bagi menyempurnakan karnival ini. Setelah berbincang dan cheq da plak selaku penyelaras kelab dan permainan bersama2 dengan ajk unit koko telah bersepakat untuk adakan beberapa program pada hari tersebut. Antara programnya ialah Hari Anugerah Kecemerlangan, jualan, pameran dari badan beruniform dan juga dari tetamu jemputan iaitu kesihatan dan perbankan, bomba serta polis. Permainan tradisi masyarat 3 kaum dan juga pengambilan keputusan up1.


Alhamdulillah kesemua program yang dijalankan berjalan dengan lancar. Yang paling gembira ialah bahagian jualan. Seronok melihat rakan guru dan pelajar2 berniaga di bawah persatuan masing-masing.
Sebanyak 15 gerai yang dibuka dengan menu jualan yang berbeza2 semuanya. Lagi seronok bila dan pulang modal dan mendapat sedikit keuntungan.


Ini ialah kelab ert yang sepenuhnya gerai mereka diuruskan oleh pelajar. Ada ice cream goreng, cheesetart dan kek untuk jualan apa pelajar.


Ok lah ini plak gerai cheq da bersama2 dengan geng penyelaras koko..cheq da bersama rakan kongsi kak rini dan kak hayati telah bersepakat pada hari tersebut untuk jualan nasi lemak, colek atau pun rojak buah, dan sosej bakar. Sambil-sambil itu cheq da topup dengan cupcakes, jelly fruity dan juga  dadih. Seronok tul bila jualan semua sold out.


Ini lah gerai kami..gambar pun tak dapat snap banyak2 sebab tak boleh nk berhenti ada jea pelajar dan ibu bapa datang nk membeli. Pendek kata dari puk pagi berurus niaga tak sempat nk makan. Dalam puk 12 baru lah boleh sentuh makanan.
Yang paling popular jualan kami ialah nasi lemak sampai terpaksa menanak nasi baru untuk tengah hari. Rojak buah dengan jeruk mangga serta cermai dan juga buah nenas, jambu pun habis stok. Mulanya ingatkan jualan tak habis. Rupa2 ramai juga yang suka dengan colek buah ni.


Ini plak yang cheq da topup kan untuk jualan ini. Jelly fruity ini dapat dalam 40 bekas cheq da jual dengan harga rm 1.50, cupcakes plak dalam 90 biji cheq da jual dengan harga rm2.00 dan juga 48 bekas dadih dengan harga rm1.00..wah kira untungnya ada lebih lagi la kan. Kesemua sold out sekejap saja. Pada mula teringat nk buat lebih cupcakes ini. Tp rasanya 90 pun dah banyak takut student pun tak beli tp Alhamdulillah jual rm2.00 kira mula la untuk budak2. Selepas habis ramai yang masih bertanya so cheq da jwb tunggu tahun depan..hihihi.



Ini lah semua hasil usaha untuk hari karnival semekar. Selain itu juga cheq da turut masakkan dalam 2 periuk sederhana nasi lemak untuk top up yang member masak. Syukur dan seronok rasanta dapat berjual-beli. Alhamdulillah...lepas balik rumah cheq da tidur sampai pengsan..penat la katakan.
Oklah untuk n3 hari ini.

6 ulasan:

  1. Satu ketika dulu kakpb pun selalu join adik beradik jual2 kat tapak pesta konvo, mmg seronok kalau org ramai dtg.

    Cheq da...tong gas tu rasanya jgn diletak bwh dapur, biasanya org letak agak jauh sedikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa ni xsempat nk check p zana..semua sibukk...lain kali peringatan..pelajar yg urus semua ni

      Padam
  2. Sedapnya jelly fruities tu cheq da... tengok pepagi hari ni dah tergoda dibuatnya :)

    BalasPadam
  3. tensionnnn...tak sempat nak amik gambo... sibuk sgt ari tuh

    BalasPadam
  4. Aku pun xdan2 bergmbr..dlm dlm wasap jea

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...