Ahad, 24 Ogos 2014

Kerabu kacang botol dan taugeh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hidangan kerabu ini sebenarnya dua kali cheq da di bulan puasa lepas. Yea la bila puasa2 teringin jea nk mkn kerabu2 cam ni kan. Tambahan plak nk habiskan stok kacang botol yg dibeli semasa nk menyambut puasa tempoh hari.



Kerabu kacang botol
By: cheq da
Resepi dlm 5-6 orang

Bahan
1. Kacang botol 10 biji
2. Taugeh (agak2 suka)
3. Kelapa goreng
4. 2 ekor ikan kembung
5. 6 ulas bawang merah
6. 1 ulas bawang putih
7. 2 btg serai
8. Garam dan gula
9. Sedikit santan yg dimasak
20. Asam limau dlm sebiji
21. Sedikit lada hitam

Cara
1. Hiris kacang botol nipis2
2. Taugeh dibuang kepala dan hujungnya
3. Satukan bhn2 ini di dlm bekas
4. Ikan kembung tadi direbus atau dibakar dan dibuang tulang
5. Bawang merah,putih serta serai dan lada hitam ditumbuk lumat. Campurkan garam dan gula
6. Masukkan kelapa yg digoreng tadi dan ikan yg dibakar atau yg direbus..gaulkan
7. Campurkan santan dan gaul kesemua ramuan tadi sehingga sebati. Perahkan asam limau dan sedia utk dihidangkan.

4 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...