Selasa, 2 Disember 2014

Kubang Gajah Mini Waterpark Temerloh

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni nk sambung cerita pasal jalan-jalan di Temerloh Ahad lalu. Sebenarnya bila bertolak dari Gua Musang dalam pukul 6.00 ptg, kami sampai di Bandar Temerloh dalam pukul 10.00 malam. Sampai2 nk check in hotel,kebanyakan penuh la plak. Rupanya ada majlis konvo di Uitm Jengka. Pusing punya pusing, akhirlah dapat la bilik yg agak besar jgk..tp di tingkat 3..lif pun tak de. Tapi puas hati jgk dengan Hotel Bestari ni.

Oklah berbalik kepada cerita kakak sampai tertido di Go bang Maju Restoran sebab kepenatan bermain air di mini waterpark di Kubang Gajah. Kawasannya juga dengan berdekatan dengan jambatan Temerloh tempat kedai makan juga. Apa yang seronoknya nk masuknya tidak lah semahal mana...untuk dewasa yg hendak mandi dikenakan caj rm10,kanak2 bawah 12 tahun rm8 dan penjaga yg tidak mahu mandi hanyalah dikenakan caj rm1. Bila dah masuk, boleh mainlah sampai puas.






Pintu masuk ke dalam..tp bila dah pakai tag tu kalau nk keluar ambil barang ke apa yg tertinggal boleh masuk blk.


Yang tak bawa bekal boleh menjamu selera di dlm ni. Harga pun berpatutan. Tp rata2 cheq da tgk ada yg bawa bekal. Dengan kata lain boleh buat masuk ke dalam.



Antara yang ada dlm taman mini ini. Air pun tak berapa dalam. Sesuai la untuk bdk2.



Si kakak memang tak puas mandi walaupun dah nk masuk 3 jam...katanya esok nk datang lagi.


Bersama2 dengan kakak aisyah sepupunya...



Lepas mandi...lepak pula kat mainan ini.



Si Haziq plak penakut...bawa masuk dalam air menangis sampai satu kawasan dengar...last2 salin baju suruh main dlm ni jea la..
Oklah cerita hari ni...nti cheq da kongsikan 1 lagi restoran yg kami singgah untuk mkn pagi.
Tapi bila dah ada di kampung...almaklumlah..jangan kan nk publish n3..nk online pun tak boleh. Sehingga berjumpa lagi.

15 ulasan:

  1. Cikna pernah lalu je tp xprnh masuk lg kt sini, klu dewasa rm10 kira murah la ingt rm25.huhuu....^__^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Murah jea..kalau penjaga tak mandi cas rm1 jea..ruangan tandas dan tempat persalinan pun bersih

      Padam
  2. wah bestnya tengok tempat tu..sangat fun untuk anak2 kan cheq da..

    BalasPadam
  3. Baru pertama kali CH tengok dalam taman air ada buaian tu cheq da.. seronok dak kakak berbuai ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok kak..sy pun masuk air sekali

      Padam
  4. waaaaa best jgk nih, blh try bwk aiyan mandi2 sini nih... nnti nk usha2 lah lokasi ngn tarikh ke sana... cuti2 sekolah ni msti ramai org kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best dana..kalau aiyan main air sure tak nk naik dah..

      Padam
  5. Tentu seronok sgt budak2 tu. Yuran masuk.murah.klu kat sini tak dpt la.

    BalasPadam
  6. salam kenal..
    seronok kan anak2... cuti masa yang the best sama anak2.

    BalasPadam
  7. SAlam Singgah

    Jika sudi follow blog saya ye..tq

    http://teratakcassia.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. saya nampak bebudak je... tak sesuailah untuk orang tua serombongan nak ke sini hehehe... saya ke Temerloh makan ikan patin je lah...

    BalasPadam
  9. salam cheq da,

    bb ada entri khas untuk cheq da..jemput singgah blog ya,http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/12/entri-penghargaan-terima-kasih-cheq-da.html

    BalasPadam
  10. Seronok diorang main. Tak byk tempat yg boleh bawa bekal ke dlm, tempat ni terbaiklah, tempat main pun okay tuk bebudak main :)

    BalasPadam
  11. wah, besar juga erk tempatnya. tapi saya xde adik2 kecik dah. sepupu adalah. nnti boleh recommend tempat ni ^^

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...