Jumaat, 30 April 2021

Hidangan nasi pilihan hati

 Assalamualaikum dan salam ramadhan

Menu hidangan nasi yang menjadi pilihan..tapi masakan sebelum puasa yang lalu..



Nasi daging utara bersama air asam dan sup simple..




Nasi kerabu kuning tumis bersama ayam goreng celup tepung.


Nasi lemak pandan



Nasi arab versi simple dengan dalca


Set shellout versi masak kicap hitam..


Khamis, 29 April 2021

Bubur Pulut Hitam

 Assalamualaikum dan salam ramadhan

Bubur pulut hitam..first time cheqda bikin untuk menu berbuka..rupanya sedap yea..sebelum ni memang pernah jea makan tap tak pernah buat sendiri. Disebabkan pulut hitam dah lama pun dah beli..teringin plak nak buat..rsepi kita google jea..kali ni tgk resepi che nom..tapi cheqda buat sikit jea sebab dah tahu anak-anak tak minat..sapa nak buat ikut step by step resepi che nom ni..kompon jadi..


BUBUR PULUT HITAM

By: Che Nom

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan pulut hitam
  • 6 cawan air, untuk merebus pulut
  • 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
  • 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
  • 3/4 cawan gula putih
  • 1/2 ketul gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara Penyediaan:

  1. Cara untuk masak bubur pulut hitam:
    1. Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
    2. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
    3. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.
  2. Cara untuk kuah santan:
    1. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
    2. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.

Tips:

  • Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3-4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut.

 





 Tahap kemanisan yang cheqda buat ni..memang sedang elok..lepas makan ni tersuka la plak dengan menu dessert ni..

kepada yang ingin mencuba, selamat mencuba..

Selasa, 27 April 2021

Aneka Bun

 Assalamualaikum..kongsi aneka bun yang dah lama dibikin..






















Pizza homemade..

 Assalamualaikum dan salam ramadhan..

Menu yang lepas..pizza biasa dan pizza mayo crab stick









Anak-anak memang suka sangat dapat makan pizza panas2...

Sup Ayam simple bangat

 Assalamualaikum dan salam ramadhan..

Kongsi menu mudah..

Sup Ayam mudah bangat..

Bahan2

1. Ayam setengah ekor (potong kecik2)

2. Air secukupnya

3. Rempah sup adabi

4. Kentang

5. Garam,gula,cuka dan perasa secukup rasa

6. Cili Merah,daun sup,daun bawang, bawang goreng dan sedikit lobak masin untuk hiasan.

Cara

1. Masukkan ayam, kentang, air dan rempah sup dan rebus sehingga mendidih dan masak.

2. Perasakan bahan didih dengan sedikit gula,garam, perasa dan sedikit cuka.

3. Masak sehingga ayam dan kentang empuk.

4. Hiasi dengan bahan pada nombor 6.

5. Ready untuk dimakan. Memang terlalu mudah kan.





p/s: First time jgk Cheqda buat cara cam ni..sebelum ni memang buat yang homemade pun sup..tanpa rempah atau bunjut. Tapi rasa sedap..boleh tahan..kalau malas dan tak cukup masa memang sesuai.


Wordless Tuesday...

 Assalamualaikum dan salam ramadhan..




Bila bulan puasa..pengunjung sememangnya akan kurang..tambah2 bila rentas negeri masih lagi tak dibenarkan. Masa ni strawberi memang murah..rm10 pun boleh dapat 1 kilo..kita tak makan jgk pun..biasa kalu buat kek baru beli..tambah2 ada baki..buat lah jem..tapi tak tahan lama yang kita buat paling lama 2 minggu jea...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...