Khamis, 22 April 2021

Macaroni bakar

 Assalamualaikum dan salam ramadhan..

Kongsi lagi menu dan resepi di bulan ramadahan

Menunya ialah macaroni bakar..makanan ni kesukaan anak-anak dan minta repeat lagi. Si kakak padan berbuka dengan menu ni sahaja sebab suka sangat.


sebelum dibakar..
selepas dibakar..


Macaroni Bakar

By: Cheqda

Bahan2 (bergantung kepada banyak mana nak makan..bahan boleh up ikut kuantiti yang dingini, yang cheqda buat ni ngam ngam dengan satu bekas dalam 6 orang makan)

Bahan

1. 3/4 bungkus macaroni Kimball yang 500gm

2. 2 ketul ayam dada

3. sebiji bawang besar hollon

4. 2 ulas bawang putih

5. Daun sup dan daun bawang secukupnya

6. Minyak untuk menumis

7. Sebiji lada besar merah dan carrot (agak2)

8. Sedikit butter

9. 5 biji telur

10. sedikit tepung gandum

11. garam dan gula secukup rasa

12. Sos cili (dimakan selepas masak bersama macaroni)

 

Cara-caranya

1. Rebuskan macaroni dengan ayam dalam satu periuk sehingga masak, kemudian toskan.

2. satukan macaroni dalam bekas dan carik2 isi ayam dan masukkan ke dalam macaroni tadi.

3. Hiris bawang besar dan cincangkan bawang putih, tumis bahan ni dengan sedikit minyak sehingga garing dan masukkan ke dalam mangkuk macaroni tadi.

4. Hiris kesemua daun sup,daun bawang,lada merah dan juga carrot dan masukan ke dalam mangkuk tadi.

5. Gaul sebati dan perasakan dengan garam dan gula.

6. Pecahkan telur dan kacau sehingga sebati - bilangan telur yang banyak sebenarnya dapat menyedapkan lagi macaroni ini. Nak masukkan lebih lagi elok.

7. masukkan dalam loyang pembakar dan cincangkan sedikit butter dan letakkan di atas macaroni tadi.

8. Bakar sehingga masak..untuk oven kecik 28liter, cheqda bakar dengan suhu 150 sahaja dan kalau oven yang besar bolehlah diupkan suhunya ke 180 yea.

9. Bila masak dan sejukkan..potong dan boleh dimakan bersama-sama dengan sos cili.

Selamat Mencuba.


1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...