Selasa, 20 Ogos 2013

Riang ria raya 2013...

Assalamualaikum dan selamat malam..
Apa khabar semua?tengah duk melayan apa yea..cheq da plak duk melayan bola piala Malaysia sambil tangan  menaip untuk mengupdatekan blog yang dah lama bersawang ni..oklah n3 untuk malam ni nak menguploadkan lagi gambar2 raya yang diambi.
 
Tahun ni merupakan tahun yang ke6,cheq da beraya dengan suami dan anak2. Suami cheq da sememangnya dalam satu negeri tetapi disebabkan daerah lain2, maka terpaksalah bergilir-gilir. Untuk tahun ni, Cheq da beraya di rumah ibu cheq da so dapat la bergambar family yang tidak pernah cukup ahlinya setiap tahun sebab kesibukkan masing2. Nanti tahun depan gamaknya tak dapat bergambar la plak coz ikut turun yang seterusnya pula..barulah adil kan..
 
oklah sama2 kita melihat kegembiraan keluarga cheq da menyambut syawal pada tahun ni yea.
 
Family cik rus-kakak no 2 cheq da
cik la-kakak no4
 

 Family cheq da
 Family kakak n0 6-cik leen
 ni plak anak2 buah
 separuh dari family yang ada,yang tiada family kakak n03 dan abang yang sulung

Family abang no5






 
Yang ni plak masa makan2..pagi raya 2 kami menyediakan sate,nasi impit dan juga kuah kacang, dihidangkan bersama2 dengan roti dan juga rendang ayam. Selain daripada 2 hidangan biskut juga ada cuma kek jea yang tak dan cheq da nak sediakan. Setelah selesai bergambar selepas sembahyang raya kami beraya ke rumah jiran2 dan saudara yang berdekatan.
 
 Ni plak adik bongsu cheq da yang telah pun melangsungkan perkahwinan nya pada raya yang ke8 lepas. cerita kahwinnya nanti cheq da ceritakan dalam n3 yang akan datang yea

Ni plak family abang yang sulung...tak dapat beraya di kampung kerana terpaksa bekerja pada hari raya lalu. Gambar ni diambil sewaktu kami semua beraya di rumahnya di Bandar baru Tanah Merah. Cuma kakak yang ke 3 yang tiada kerana tidak dapat balik kerana bersalin pada bulan puasa yang lalu.
 
Itu lah serba sedikit riang ria raya tahun ni..jumpa lagi di tahun depan dengan family yang lagi lagi dan lagi besar..


3 ulasan:

  1. salam Cheq Da,
    lama betul tak ke sini.. selamat hari raya.. meriah nya raya ya bila berkumpul adik-beradik.. colourful lagii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yo la ogyep..lamo betul tak menjenguk ogyep..

      Padam
  2. Meriahnya ye raya cheq da....:-)
    Warna warni....

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...