Rabu, 14 Mei 2014

Jalan-jalan Temerloh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bila sebut jea cuti, mesti nk berjalan2 kan. Oleh sebab cuti Hari Hol Pahang pada Rabu yang lepas
Cheq da bersama2 suami ke Temerloh kerana suami ada urusan peribadi untuk berjumpa dengan kawannya yang tinggal di sana.
Bertolak dari Cameron Highlands jam 3 ptg kami sampai di Temerloh dalam pukul 8.30 malam. Check in jea kat hotel di Mentakap.
Bila dah check in hotel..keluar makan sekejap..pah 2 lepak bilik jea la sampai esok pagi. Suami plak pi jumpa kawannya.

Bila sampai di Temerloh, salah satu tempat Cheq da ialah Kedai Cowboy. Macam-macam yang ada kat kedai ni..dan yang paling penting...harganya yang berpatutan..jom intai pe yang ada kat sini.


 Dah tengok banyak tak barang2 kat sini. Sampai juling mata nk tgk satu persatu. Lepas makan tengah hari di rumah rakan suami, kami ke sini dalam pukul 2 ptg. Tapi dalam puk 3.30 ptg mula nk blk sbb nk naik ke CH dan nk singgah ke P.malam Sungai Koyan pula.
Barang yang dibeli tak banyak pun tp ada sedikit untuk buat hadiah hari lahir kakak nanti untuk kawan2nya.



 Gambar yang di bawah ini pula laluan utama ke kedai cowboy. Rasanya kedai ini mempunyai beberspa cawangan lain di Kuantan. Nti boleh singgah di sini pula. Bagi orang Temerloh pula mungkin ini salah satu tempat nk bershopping barang2 dapur.


Kalau ke Temerloh juga,tak sah kalau tak beli ikan patin kan. Dalam perjalanan pulang, cheq da singgah membeli ikan patin dan ikan talapia. Kali ni saja jea nk beli ikan talapia. Bukan kalau ikan di sini cheq da boleh la makan kerana tak ada bau mcm yg dibeli pasar raya.



Ini adalah kedai yang jual ikan patin dan talapia. Biasanya Cheq Da akan beli kedai tepi sungai tp sebab malas nk ke sana terus beli di Mentakap...sama jea kata suami member.



Bila nk order 2 ekor ikan talapia dan 2 esok patin suruh jurujual tu potong siap2. Nti blk xde nk potong2 lagi. Borong juga sekali 4 batang bunga kantan dan asam gelugor rm3 satu pek sebab kat rumah stok dah hbs. So nk buat apa..nanti jea n3 asam pedas ikan patin..hihihi..
Ok lah 2 jea n3 pada hari ini.

8 ulasan:


  1. Alahai....k ita tak bolehlah pegi kedai2 cam ni...'alergik'!..mau kempis dompet dibuatnya!

    BalasPadam
  2. bestnya dapat jalan2 time hari cuti kan..seronok la tengok macam2 barang ada dijual..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Time cuti memang best..tp xtahan panas banding cameron highlands

      Padam
  3. Selalu kalau ke Temerloh, kitorang singgah makan tempoyak ikan patin aje :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy kadang2 blk dari kuantan pun mesti singgah cni..cuci2 mata

      Padam
  4. Sakam kak, macehhh dtg singgah tgk gmbr tiada kata2 hihihi... kita terajin sgt nak berblog skrg ni sbb dah kesedapan kat fb😁

    BalasPadam
  5. perkh bahaya nih kalu pg kedai2 gini... bahaya boleh terkering poket

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...