Jumaat, 18 Julai 2014

Kuih Lompat Tikam

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Seperti nk menikmati makanan Kelantan..hihihi
So kali pertama bikin kuih lompat tikam ni..sebelum ni beli jea sbb senang jea nk dptkannya di Kelantan. Tapi bila duk di CH semuanya kena buat sendiri. Alhamdulillah sedap dan puas hati bila buat sendiri.



Kuih Lompat Tikam 
sumber: Azie Kitchen

Lapisan hijau: 2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air daun pandan
1/2 sk garam
1 sk air kapur

Lapisan putih:
1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung)
2 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam

Pulut Merah 1 cawan pulut Santan cair secukupnya Garam secukupnya
Air gula melaka:
1keping gula melaka
Air secukupnya
1 helai daun pandan

Cara lapisan hijau:
Gaul rata semua bahan lapisan hiau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk diangkat, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk kayu.
Masakkan adunan ini ke dalam kuali dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak. Mula mula saya kacau dengan whisk, lagi mudah. Lepas dah mengeras, baru guna senduk kayu.

Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.  


Cara lapisan putih: Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.
Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.

 Nota: lapisan putih mesti rasa masin sedikit, baru sedap

Cara Pulut Merah: Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit. 
Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam halus, agak agak sehingga pulut menjadi lembut. Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik balikkan pulut supaya masak rata.
Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. Siap untuk dihidangkan.    

Cara Air Gula Melaka:
Masak gula melaka dengan air dan daun pandan hingga hancur dan mendidih.
Tapis dan sejukkan.

Cara menghidang:
Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalam pinggan.

Masukkan juga sedikit pulut.

Kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya. Akhir sekali, tuang air gula melaka. Hahaha main capai jer senduk tu... 

2 ulasan:

  1. dana kenal kuih nih masa belajar kt jengka, sedap rupenyer n rasanyer seakan2 bubur sum2 kalu kt johor cume bezanyer takde pulut warna merah tuh

    n mule2 mcm tak caya ngn nama kuih sedap nih hehheeh

    BalasPadam
  2. Nampak sedap sangat lebih kurang macam bubur sum sum....tapi renyah jugak nak buatnyer ye...

    Bunda tak pernah makan lagi...teringin pulak rasanya...tapi tak pernah tengok ada orang jual dekat2 sini...huhu..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...