Ahad, 21 Disember 2014

Cucur Kembung

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selalu jea duk tengok rakan2 blogger menanyang cucur kembung ni. Cheq da cubanya dah lama cuma sekarang baru nak post share kat sini. Rasanya lemak2 manis tapi kurang sambutan dari anak2. Nampaknya lepas kita cuba cucur yang boleh tarik perhatian mereka. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi resepi ini. Cheq da pun dah lupa mana Cheq da tangkap resepi ini. 




Bahan-bahannya:
3 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
3/4 cawan gula pasir halus – boleh tambah gula sekiranya suka manis
½ sudu kecil garam
3 sudu besar mayonis
1 biji telur
½ sudu esen vanilla/ros - opsyen, tak letak pun tak ape
Air panas (suam) secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara menyediakannya: 
1. Masukkan kesemua bahan di atas di dalam satu bekas kecuali air panas (suam). Gaul rata. Masukkan air sedikit demi sedikit seperti bancuhan membuat jemput-jemput. Gaul sebati.
2. Memandangkan resepi ini menggunakan tepung naik sendiri, maka ia tidak perlu diperap terlalu lama, hanya lebih kurang 20 minit sahaja atau sehingga bancuhan kembang.
3. Panaskan minyak secukupnya. Guna api sederhana. Jangan terlalu panas, ditakuti renting di bahagian luar tetapi tidak masak di bahan dalam.
4. Sebelum menggoreng, bancuhan tepung tadi hendaklah digaul sekali lagi supaya rata.
5. Kemudian jemputlah bancuhan tepung sama ada dalam bentuk bulat-bulat atau dalam bentuk lonjong.
6. Goreng sehingga kekuningan, kemudian diangkat dan ditoskan.

4 ulasan:

  1. Yana dh bt sekali cucur ni kak..xde sambutan jgk..anak2 nak cucur jagung jagung..yg kosong mcm ni xbrapa nk gemo hehee

    BalasPadam
  2. assalam cheqda, lama dah kaknoor tak buat cucuq ni teringin lah pulak nak makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm kak noor...boleh cuba mkn ptg2..kalu dpt cicah sambal bilis lg best..

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...