Sabtu, 12 Mei 2012

Hampir setahun berlalu......





Ramadhan tahun ni akan menjelma tak lama lg...namun kenangan ramadhan tahun lalu banyak meninggalkan kenangan manis..di samping ibadat yang datang juga harus diambil direbut...
Gambar kt atas yang cheq da masukkan untuk n3 hari ni ialah gerai suami yang dibuka di pasar ramadhan di brinchang.
Mengingatkan kembali pd bulan puasa terasa penat p ada,gembira p ada sbb gerai suami ada jgk customer yang tetap..
Apa yang kami niagakan ialah mini roti john,air jambu tp permintaan kurang cikit sbb kt cni sejuk,selain itu ada jgk kuih-muih yang cheq da buat bg banyakkan koleksi barangan yang dijual. Kami juga turut menjual rojak buah-buahan.
Tapi yang pi berniaga suami dan kawannya,cheq da tak pernah menolong suami sbb nak sediakan pula juadah berbuka puasa untuk berbuka nanti...apa2 pun ni merupakan antara kenangan terindah cheq da bersama-sama kami,mungkin disebabkan kami mempunyai minat yang sama..tp cheq da tukang buat boleh...kalu bab mempromosi dan berniaga suami lebih pro dari cheq da...Semoga bulan puasa tahun ni niat nak membuka gerai ni masih ada bagi suami, cheq da tgh sarat dah masa 2,mungkin tak berapa nak larat nak membantu...tp InsyaAllah kalu untuk mendapat rezeki yang halal Allah akan turut membantu kita...InsyaAllah dan Alhamdulillah Allah atas rezeki yang Kau kurniakan kepada kami....













Jumaat, 11 Mei 2012

KOlekSi#1

Share antara koleksi kesayangan...



ni buku yang dibeli masa mula2 belajar mendeco


ni adalah buku yang cheq da kumpulkan pelbagai resepi dari my resepi dan blogger


Nampak lain..tq cheq sue


Apa khabar semua???nampak lain ke x blog ni???he3...berseri-serikan..almaklumlah sebelum ni blog ni nampak biasa jea disebabkan cheq da kurang pandai nak adjust2 blog ni..blog ni p terbina sebab kawan baik cheq da..cheq sue yang ajar..terima kasih sekali lagi padanya coz sudi mengindahkan lagi blog ni...sesiapa yang belum kenal cheq sue boleh pi ke blog ni...cheq sue

Khamis, 10 Mei 2012

Apam Jepun....lembut bangat...

Assalamualaikum buat warga blogger...
Tgh buat apa???macam aktiviti boleh dilakukan selain daripada kita melihat dan mencuba resepi kawan2..memandangkan badan pun penat...tempahan kek pun menunggu untuk dihias,cheq da melayari blog member2 untuk cari ilham...he3...n hari ni cheq da nak share kuih apam jepun yang cheq da buat selepas melihat dari blog hasue n my kuali...sememangnya sangat best dan lembut kuihnya ditambah pula dengan inti kacang...memang jadi kuih yang kita beli kat kedai...cam tak caya plak dapat buat...kla ngomol2 banyak2 pun no idea...kita layan k........


tak sabar..nampak tangan afiq nak merasa kuih ni...




KUIH APAM JEPUN...detail dan gambar lain bo pi blog hasue dan my kuali

BAHAN-BAHAN

500gm tepung gandum (cheq da buat separuh je....)
40gm mentega
2 sdt penuh instant yeast **
1 sdt gula pasir **
1-2 sdm air suam **
campurkan bahan ** gaul rata..biarkan sekejap...hingga berbuih & mengembang
3 biji telur - untuk separuh adunan hasue guna 2 biji telur saiz C- cheq da ikut hasue
510ml santan (dari 1/2 kelapa)..panaskan hingga naik wap aje...sejukkan
1sdt potas (boleh gantikan dgn 1/2 sdt baking soda + 1/2 sdt baking powder)(guna yg substitute)
160gm gula halus
1/2 sdt garam & sedikit pewarna kuning ( cheq da tak letak jgk sama mcm kak rose) sedikit esen vanilla (klau suka)

Cara-cara:
  1. Tepung dan mentega di gaul jadi saperti habuk roti...ketepikan
  2. Telur dan gula dipukul hingga hancur kemudian masukkan santan ,yeast , garam, dan potas / bsoda & bp..gaul rata.
  3. Masukkan adunan tadi kedlm bekas yg berisi tepung..gaul rata.
  4. Blend kan sikit adunan tadi utk mendptkan tekstur yg lebih halus.
  5. Bubuhkan sedikit pewarna kuning...kemudian diperap selama 4-5 jam
  6. Lengserkan sedikit minyak dgn menggunakan tisu dapur ke permukaan kuali leper (syarat jer..) susunkan acuan diatas kuali...
  7. Sebelum tu sapukan mentega pada acuan..letakkan adunan 1 sudu besar kemudian bubohkan inti kacang tadi..masak dgn api yg perlahan supaya tk hangus..
  8. Kalau nk tau bila boleh terbalikkan...tolak(gerak2kan) sedikit acuan tu ..kalau dah tak melekat makna nye dah boleh...terbalikkan acuan tu kena cepat2 supaya adunan yg sebelah atas tu tk tumpah...
  9. Terbalikkan acuan tu gunakan penyepit sbb besi tu panas...klau dah pro tk pe..hehehe
  10. Kalau yg sebelah lagi tu dah masak...kluarkan dari acuan..sapukan sedikit mentega diatas nye...boleh la disantap... :)

Selasa, 8 Mei 2012

HOKAIDO CUPCAKES...betul2 sedap

Assalamualaikum.........
 Memandangkan dah lama tak update blog,maka banyak la n3 yang tertangguh,hari ni jgk cheq da nak share hokaido cupcakes yang cheq da 2 minggu lepas...bila tgk blog kawan2 yg buat cupcakes naka tergerak la hati nk mencubanya...ttp memang tak menghampakan sbb cupcakes ni betul2 lembut dan sedap...


HOKAIDO CUPCAKES
sumber:blog kawan2

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain 
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam bekas cupcakes
Hentakkan sedikit bekas utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur 
 1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 



Tempahan Minggu lepas...

Alhamdulillah,permintaan kek untuk minggu lepas,cheq da terima 3 tempahan..seorang dari kak tina dan 2 orang dari kawan sekolah suami untuk mereka bawa pulang ke kampung...maklumlah minggu pahang cuti sampai 3 hari..masing2 sibuk balik kampung so samalah dengan cheq da sbb 2 blog ni duk tayang yang sama jea...k la cheq da upload n3 ni sebagai kenangan cheq da...teror tak pun coz cheq da banyak belajar  daripada blog kawan2...untung jgk ada benda2 ni...makin bertambah ilmu dalam bidang masakan ni...Alhamdulillah


Add caption







Doll kek ni ditempah oleh kak tina untuk hari jadi anaknya...selalu dia memang minta nak doll cake..untuk deco ni masih lagi tangan keras rasa..skrit pun nampak kelakar...tp harap dia suka la...

kek coklat moist 2kg ni plak ditempah oleh cikgu farah,kawan sek suami..dia pun dah banyak kali tempah dengan cheq da





Cuppies ni plak ditempah oleh ustaz hasbullah untuk isteri kesayangannya sempena hari lahir isterinya...almaklumlah dia duk berjauhan dengan isteri balik p seminggu sekali...jadi dia tempah 30biji cupcakes ni..deco cheq da buat yang selalu buat jea..roses senang dan cepat sbb tak de idea untuk hias camna untuk isteri orang ni...harap dia suka la yea.

Selasa, 1 Mei 2012

Mini pizza.....

Assalamulaikum dan selamat bercuti kepada semua....seronok rasanya dapat bercuti so peluang untuk masak masakan yang lebih memakan masa dapatlah dilaksanakan time2 cuti ni...tambahan pula hari ni cheq da terima tetamu so jemputlah makan tengah hari kat rumah...tapi hari ni cheq da hanya nak berkongsi mini pizza yang dah lama masuk perut...he3..alatan pun tak cukup,just guna apa bahan yang ada kat umah  jea,maka pizza tak la berseri sangat...
Intinya plak just daging burger cincang n masakan dengan sos..cuma untuk doh pizza cheq da ikut resepi ni..



taburkan jagung manis jea coz sayur campur p tak dak..

 Mini pizza-fendi (my resepi)

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 200ml air
  • 300g tepung roti
  • 14g gula
  • 3.5g garam
  • 16g shortening
  • 3g dry yeast
  • 6g susu tepung
  •  
  • Topping:
  • - pizza cheese
  • - mini tomato
  • - sosej
  • - asparagus
  • - sos tomato / sos pizza
  • - telur untuk sapu pada roti 
  • bahan untuk topping cheq da belasah jea apa bahan yang ada kat umah(original resepi)

Cara-cara

  1. Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan.
  2. Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit
  3. Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar disebelah. Buat sehingga abih. Biarkan naik 2 kali ganda
  4. Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/ lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.
  5. Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.

Isnin, 30 April 2012

Cecodok Durian...keturunan punya menu

Assalamualaikum....hari cheq da sekadar nak berkongsi dan resepi cecodok durian yang cheq da buat untuk menghabiskan sisa-sisa durian yang ada dalam peti ais. Kebetulan cikgu Roslan teringin makan cecodok durian yang inti duriannya diletakan ditengah2nya..so cheq da dapat la 2 bekas,jadi cam biasa la satu bekas untuk geng cikgu sekolah cheq da dan satu bekas 1 untuk sekolah suami...2 pun suami duk kata dah lama tak bawak kuih ke sekolah(maklumlah kurang larat cikit tambah2 kalu duk berdiri jea,kaki p boleh bengkak)...berbalik hari ni plak sekolah cheq da jadi tuan rumah untuk Koakademik Bahasa Inggeris..disebabkan cikgu ramai tak ada (ada yg ct n mc-maklumlah sambung ct) so kenalah buat program..sebelum waktu rehat program bm di bawah pengawasan berjalan dengan lancar dengan bantuan beberapa orang cikgu...balik plak dari sekolah kena plak check perut kt klinik desa kampung raja...drive balik ke rumah plak,jalan agak sesak so ct ramai sangat orang naik ch ni..balik2 nasib la suami ajak makan kat luar...maka selamat untuk masak malam...he3..k la berbalik kepada cecodok durian td, resepi asalnya memang simple dan milik sepenuhnya ibu cheq da..ni kerana keluarga kurang minat kalu campurkan isi dengan tepung gandum terus dalam aduan...kt layan k.....




Cecodok Durian Kelantan
Menu asal daripada Puan Jasmah

Bahan2 (bergantung kepada citarasa anda)
 Bahan A
1. isi durian-buangkan biji dan kumpulkan isinya
2.gaulkan isi durian tadi dengan gula-ikut citrasa(paling sedap kacaukan di atas api sekejap bersama gula)
kalu malas takpayah just kacau dengan gula sahaja-ketepikan

Bahan B(bergantung kepada isi durian)
1. Tepung Gandum
2. Sedikit garam
3. Air

Cara2
1. Tepung gandum,garam dan air dikacau sehingga sebati-pekatkan jangan terlalu cair
2. Ambilkan isi durian tadi kemudian salutkan dengan tepung
3. Gorengkan dalam minyak dengan api yang perlahan
4. Sedia untuk dihidangkan


P/s:menu ni amat senang,sure orang yang tak tahu masak p boleh buat..he3

Ahad, 29 April 2012

Berkongsi gambar tempahan

Assalamualaikum......pagi ni cuma nak berkongsi tempahan yang dibuat minggu lepas.....Alhamdulillah rezeki membaking tiap2 minggu ada walaupun cibuk dengan tugasan seharian.Kali ni kek dtempah oleh cikgu dari Sjkc Ringlet untuk jamuan pra sekolah di sekolahnya. Kek coklat moist 2kg dan cupcakes coklat 35 biji...
Harap tempahan ini dapat puaskan hatinya...


kek coklat moist-deco cikit2 untuk bg cantik

cupcakes-35 biji
 

Sabtu, 28 April 2012

Kek coklat Moist Kukus versi Mini

Kek Coklat Moist Kukus  

Bahan-bahan ( seisi famili )

  • Bahan A
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder 
  • Bahan B
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu cair @ 1/2 cawan susu pekat + 1/2 air masak (optional sape yg dah kehabisan susu cair)
  • 3biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 250g butter

Cara-cara

  1. Ayak dan gaulkan semua bahan A
  2. Pukul telur dan gula sampai kembang
  3. Cairkan butter,then masukkan susu cair dan esen vanilla.Selepas itu bolehlah campurkan dengan telur tadi
  4. Kemudian campurkan Bahan A dan Bahan B secara berselang seli sampai habis.
  5. Boleh lah kukuskan selama 40minit.dan sedia utk ditopping. 
  6. (cheq da buat dalam cup dan perlukan masa untuk membakarnya satu persatu)
  7. tambahkan chocolate chip dan manik sebagai hiasan



Tempahan untuk Nelisya



Order untuk Nelisya...sempena birthday yang ke-4..semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa beriman

Kailan Hamyi...ubah selera

Salam semua...seminggu tak update blog...sepanjang minggu lepas sibuk dengan kursus penataran PBS Bahasa Melayu...hai macam2 kerja cikgu la ni...nak kena buat 2 la ni la...pe2 bila dah dapat taklimat dan membina instrumen,baru la nampak cikit camana pelaksanaannya yang sebenar...kalu tak duk syok sendiri menilai bdk2..he3

pe2 pun hari ni saja cheq da berkongsi kailan hamyi yang  cheq da copykan resepi daripada buku 3 RASA yang dah lama cheq da beli..buku ni memuatkan masakan cina,thai dan barat. Rasa kailan hamyi macam rasa kailan ikan masin yang resepi pun kita boleh campak2...pe2 di sini cheq da taipkan resepinya....




Kailan Hamyi-dari buku 3 Rasa

Bahan2

200 gm sayur baby kailan
10 gm ikan masin kurau
1 inci halia (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (dicincang)
Garam secukup rasa

Cara memasak

1. Panaskan sedikit minyak.Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau. Kemudian,masukkan ikan masin dan kacau sebentar
2. Masukkan sayur kailan dan gaul hingga masak. Jangan lupa letakkan garam
3. Jika tidak mau terlalu kering,bancuhkan sedikit tepung jagung dengan air dan tuangkan ke dalam sayur tadi
4.  masak dan sedia untuk dihidangkan


Ahad, 22 April 2012

Terima Kasih atas kejayaan anda...tempahan lagi

Menerima tempahan daripada cikgu praktikal sekolah suami yang inginkan 2 kek yang berbeza untuk jamuan anak murid n cikgu2 sekolahnya....

kek sponge+fc
kek coklat moist+ganache
asyik2 latar belakang sama...he3

Puding Triffel...tq to cikgu noraha

Hari ni sekali lg sekadar nk berkongsi resepi puding triffel yang cheq da selalu buat kalu ada makan2...kebetulan hari khamis lepas geng2 guru buat makan2...jd tugas cheq da masak nasi n pencuci mulut(kali ni tak buat lauk)..so buat la puding ni...resepi ni cheq da masa mengajar ka miri dr cikgu noraha yg kini telah p selamat bertugas di perak(dh lama tak jumpa kak raha ni)...resepi yg diberi memang best dan tak manis.....

Resepi (satu belas)
resepi asal:cikgu noraha
Lapisan pertama--satu roll kek disusun dlm bekas bg padat(ikut kesesuaian bekas)

Lapisan kedua--satu tin buah2 koktail (ikut suka nk letak byk mana)

--hendaklah ditapis dan dibuang airnya dan ditabur di atas kek td

Lapisan ketiga-- 1 tin susu cair, setengah tin air (guna tin susu cair td),3 sudu makan gula,2 sudu makan

tepung custard(dicairkan dahulu sebelum dimasukkan dlm periuk)

***bhn ni disatukan dalam periuk dan dikacau dgn api pelahan sampai likat...sejukkan

sebentar dan lapiskan di atas buah2 koktail tadi

Lapisan keempat---susun buah peach/nenas/baki koktail p boleh di atas lapisan custard td

Lapisan kelima---satu kotak jelly nona...ada mcm2 perisa (larutkan dengan 2 cawan air panas)...ada cara

pd kotak...dan lapiskan utk lapisan seterusnya

                                                                          HASILNYA



Lapisan demi lapisan...





Sabtu, 21 April 2012

Ayam Harum Thai...best rasanya.....



 




 Ayam Harum Thai
oleh:oshin(my resepi)

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • Bahan A ** semua bahan A dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Bahan B *** campurkan semua bahan B jadikan sos
  • 2 sudu besar - sos cili
  • 1 sudu besar - sos tomato
  • 2 sudu besar - pes tomyam
  • 2 sudu besar - kicap cair
  • 2 sudu besar - kicap manis
  • 1 biji air perahan limau nipis
  • daun sup (dihiris nipis---tak ada jd tak letak
  • Isi ayam (dipotong dadu) - diambil dari 1/2 ekor ayam
  • 2 batang serai - dititik
  • 4 helai daun limau purut---tak letak coz tak ada
  • 2 biji lada bengala/capsicum (dibelah 4---yg p tak letak tak ada stok

Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam kuali tumiskan Bahan A hingga wangi Kemudian masukkan Bahan B & tumiskan
  2. Masukkan isi ayam, serai dan daun limau purut
  3. Masak lebih kurang 10 minit dengan api perlahan & kacau2...
  4. Akhir sekali masukkan lada bengala/capsicum...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...