Khamis, 12 Julai 2012

Sambutan Hari Guru 2012...

Sambutan Hari Guru di SMK Kampung Raja sememangnya selalu kelewatan disebabkan oleh sebab2 yang tidak dapat dielakkan...ni kerana tiap tahun masa Hari Guru sebenar,pelajar2 sibuk menghadapi peperiksaan setengah tahun...namun walaupun kelewatan,ianya tetap disambut dengan meriah oleh warga SEMEKAR ni...macam tahun sebelumnya,sambutan ni akan diiuruskan oleh badan pengawas yang akan membuat kejutan setiap kali sambutan dibuat...tiap ni la cikgu-cikgi nak beria sakan...sememang hari guru tiap tahun akan ditunggu2 oleh kami semua...bagi SEMEKAR sambutan tahun ni diadakan pada hari Jumaat yang lepas..kita layan gambar2 nya k...


senaman aerobik memulakan aktiviti...





Antara check point yang perlukan guru melepasinya

kumpulan cheq da




selepas habis...muka p habis comot...


Bacaan ikrar...cikgu p boleh lupa



Selepas pertukaran hadiah antara semua guru...

Isnin, 9 Julai 2012

Kek coklat Moist---order dr tauke kedai...

Selamat malam kepada semua rakan2...camana hari ni...rutin cheq da berjalan seperti biasa..keadaan bertambah sibuk plak bila suami berkursus selama 1 minggu...kepenatan berganda la dengan kerenah si batrisyia yang nak itu dan ini...sampai nak solat pun tak boleh...nasib la malam ni dia tido awal la plak...
so malam ni cheq da nak share kek coklat moist yang ditempah oleh kak nah...pemilik restoran Pak nik Ikan bakar yang famous kat Cameron ni..sebut kedai dia ramai yang tau..
Kisahnya dia tempah kek ni untuk pekerja yang menyambut birthday yang ke-33...punya la nak buat surprise..terawal satu hari...suami plak tengah2 malam pi hantar la kek ni kepada tuannya...disebabkan nak buat surprise... last2 tak jadi plak sambut coz awalnya satu hari...kek ni plak disimpan dan disambut kemudian harinya...begitu la citenya...k kita layan k
 




 
Kek seberat 2.3 kilo ni diharapkan dapat puaskan hati kak nah dan pekerjanya...so lain kali jangan segan untuk order lagi..Terima Kasih kerana sudi menempah dengan cheq da..

Sabtu, 7 Julai 2012

Chocolate Indulgence---tambahan koleksi tempahan

Tempahan daripada Prasekolah Sk Convent yang mahukan chocolate indulgence cake...jadi memandangkan dah 2-3 cheq da buat kek ni,tak la ada masalah sangat...cuma memerlukan masa la cikit..dulu pun belajar kek ni pun ikut kelas masa 2 sedang elok cuti,jadi boleh la join kelas2 masakan ni...
Diharapkan warga prasekolah Sk Convent sukakannya...
Terima Kasih juga kerana selalu order dengan Cheq da...



 Nampak jea ganache meleleh kat tepi...sebenarnya cheq da nak buat deco tapi ganache cair sangat walaupun dah letak dalam peti sejuk...Kelemahan yang harus diperbaiki...




Kak noli...doll cake lagi...

Salam semua...apa cite???cheq da cam biasa la bukan rajin sangat sekarang ni nak on laptop dan postkan n3...rasa malas melanda tambah2 kerja sekolah pun banyak tahun nie..cheq da plak kena kejar due date kalu tak mati la kalu kerja tak siap...siap2 lepas bersalin tak boleh nak berehat langsung...Sebenarnya rancang untuk tahun ni nak balik kampung halaman...memandangkan cheq sue pun balik...tambah2 sepupu suami bertunang hari ni...tapi last minute kena batalkan niat 2 coz suami terpaksa berkursus ke kedah la plak...jadi duk la kat CH ni...intai2 jgk kereta ramai dan berderet2 dah...nak keluar confirm jem...masing2 nak kejar sebelum puasa...dah 2 minggu jem kat cni..Pagi tadi plak dan malam ni plak ada ceramah Ustaz Azhar Idus di CH ni...tp malas nak keluar takut jem jgk...he3

Kla sebenarnya nak berkongsi tempahan kek kak noli yang dia tempah untuk anak gadisnya...kalu sebelum ni selalu jgk dia duk menempah bukan untuk family tapi diberi oleh orang lain...entah la pe yang dia suka sangat dengan doll cake...he3..minat masing2 kan...
kali ni cheq da bubuhkan color pink untuk dollnya...idea pun kering jadi mendeko pun kurang la cikit tambah2 plak kesihatan kurang memuaskan...jadi harap dia puas hati jea la dengan apa yang cheq da telah buat...Terima kasih kepada kak noli untuk tempahan kali ni...



 Kek sifon coklat +blueberry Filing+fc


Kali ni tak letak barang kemas...sbb emas sekarang mahal sangat...he3..

Selasa, 3 Julai 2012

PUding Laici...

Tayang puding laici yang dibuat untuk makan2..resepinya adalah dari koleksi My Resepi..



PUDING LAICI
oleh:beldandy

Bahan-bahan ( 15 orang )

  • 1 Tin Laici
  • 1 Tin susu cair
  • 1 peket agar-agar strip
  • air dan gula

Cara-cara

  1. Rendam agar-agar dan tuskan. Then masak agar-agar ikut nisbah; 1 cawan agar-agar, 1 cawan gula, 3 cawan air. Masukkan sekali air dari tin laici.
  2. Blend laici. Boleh juga di hiris halus jika suka. Masukkan laici ke dalam agar-agar yang dah hancur tadi. Kacau dan letak pewarna jika suka.
  3. Masukkan susu cair dan kacau. Biar mendidih sekejap sahaja dan tutup api. Tuang dalam bekas dan sejukkan sebelum di hidangkan



Isnin, 2 Julai 2012

Selitkan tempahan kek...

Memuatkan tempahan kek yang belum diupload lagi untuk sekian lamanya...






 2 biji kek coklat moist ni adalah tempahan daripada Prasekolah Sk Brinchang...kedua2 kek ni adalah dalam 1.5 kilo tiap satunya..biasala bdk2 sekolah kalu pra memang sangat suka makan kek coklat...walauapapun cheq da ucapkan terima kasih pada yang sudi order dari cheq da...


Kek yang ni plak permintaan Cikgu Roslan yang satu sekolah dengan cheq da..dia mintakkan buat kek apa2 jea katanya,tujuannya nak meraikan isteri dan anak-anaknya..sebab 2 atas kek 2 cheq da letak nama mama dan anak-anaknya...tgk tulisan mcm orang parkinson p ada..he3..pe2 p terima kasih kepada cikgu roslan kerana sudi order....

Bun inti kacang lagi.....

Salam bahagia semua...cheq da harapkan semuanya chat2 selalu...aduh cheq da rasa dah lama cheq da tak meng'update' blog...sunyi tanpa khabar berita...sepanjang minggu lepas kesihatan cheq da tak terjamin,ada di landa masalah sepanjang 7 bulan mengandung kali ni...hari ni dah masuk 30 minggu kandungan cheq da..apa yang pasti arap semuanya dipermudahkan ilahi sehingga selamat bersalin...



 Sebenarnya hari ni saja nak kongsi bun inti kacang merah yang dah lama cheq da buat tapi menggunakan resepi yang berlainan. Untuk resepi kali ni,cheq da puas hati coz rotinya sangat lembut dan naik dengan baik sekali...bila dah masak 2 terus makan panas2,alangkah nikmatnya rasa...cuma kali ni cheq da buat dohnya agak besar dan intinya sedikit sahaja cheq da letak...apabila roti naik kembang sebelum dibakar 2,so intinya jadi cikit jea...kedekut inti bila cheq da bagi kat cheq sue...he3...


Kali ni juga ubah selera letak warna kuning la plak...kalu dulu warna hijau...he3..resepinya sebenarnya cheq da tak pasti ambil dari blog mana...coz bila dah dapat resepi terus copy dan simpan dalam buku masakan buatan sendiri,catatan daripada blog p tak der jgk...nampaknya kena taip la resepinya...namun apayang pasti roti ni lembut dan sedap...Rasanya roti ni kalu inti lain pun best jugak yea...nanti kita cuba lain kali yea...


Bun Inti
sumber: blog kawan2

Bahan
500g tepung roti
75g gula
1 biji telur
5g garam
10g ibu roti-mauripan
45g susu pekat manis
220ml air sejuk
60g mentega
inti-apa2 jea yang anda gemari

Bahan glis
1 biji telur+air = nisbah 1:2

Cara
1. Satukan semua bahan dan masukkan dalam brendmaker
2. Rehatkan doh dan biarkan naik 2 kali ganda
3. Tumbuk-tumbukkan untuk keluarkan angin
4. Bentukkan doh supaya menjadi bulat dan masukkan inti...rehatkan bila doh naik dahulu kemudian bakar dengan suhu 180 darjah dan hingga masak kekuningan
5. Boleh la dinikmati panas2..

Khamis, 21 Jun 2012

Kek Tempahan Kak Noli...

Salam bahagia...tak da masa nak berbahasa panjang2...kita share gambar kek yang telah diorder oleh kak noli sebelum cuti pertengahan semester lepas...kek yang dia minta doll cake mini dan kek biasa..kedua2nya dalam setengah kilo untuk pekerja kantinnya....layan k..
 
 


 kek yang biasa ni adalah kek sponge coklat + blueberry filling dan deco by fresh cream...tabur dengan coklat rice




Mini doll cake ni rasanya comel la plak tapi takde tempat nak tulis happy birthday..kecil jea..dia mintak colour hijau masa nak kan kek ni...agak2 yang menerimanya minat colour hijau la kot yea..
pe2 pun ribuan terima kasih kepada kak noli yang selalu menenpah dengan  cheq da...

Selasa, 19 Jun 2012

My dear Batrisyia dah 2 tahun...

Selamat malam...hai nampaknya baru boleh bernafas setelah selesai menyiapkan order kek dari kak noli..katanya esok hari jadi anaknya dan minta cheq da buatkan doll cake...terasa penat tak terkira rasa...nampaknya order akan dihentikan buat sementara kerana kemalasan ketara cheq da...

Okla sebenarnya malam ni cheq da nak berkongsi gambar kek yang cheq da buatkan untuk puteri sulung cheq da,Batrisyia sempena sambutannya yang ke-2...he3 dah besar anak cheq da setelah 3 tahun menanti...kini cheq da sedang menunggu kelahiran baby cheq da yang ke2..InsyaAllah dalam bulan September nanti...sebenarnya kek yang cheq da ni adalah untuk kawan2 di sekolah makan2 sempena potluck perpisahan guru yang bertukar,jadi cheq da buatkan terus bagi meraikan sekali birthday anak cheq da pada 26 Mei dan satu lg cheq da buat untuk rumah pengasuhnya untuk makan2 bersama2 anak pengasuh yang lain...nak 2ggu buat birthdaynya di rumah rasanya tak terdaya cheq da...he3..k la k layan pic ni k..walaupun terlewat masukkan n3 ni..tapi cheq da dan suami tetap berdoa agar anak kami sentiasa diberkati dan menjadi anak yang solehah sehingga akhir hayat...

Buat Batrisyia sayang...UMI dan BABA love u so much....


ni la dia nur batrisyia...puteri kesayangan cheq da

masa ni dalam 2 minggu nak masuk 2 tahun

kek yang cheq buat untuk rumah pengasuh...


Disebabkan si batrisyia ni peminat setia Upin Ipin maka edible image ni pun
cheq da tempah gambar tersebut untuknya...memang gembira sakan dia tgk gambar ni...

untuk kek ni cheq da buat 3 layer kek span...perisa coklat,vanila dan coklat...memang licin jap jea...




Isnin, 18 Jun 2012

Akhirnya yang ditunggu telah tiba...


Bertemu kembali di hari Isnin yang mulia...nampaknya setelah 3 minggu tak mengajar budak2 belajar...hari ni bermula la kembali rutin harian...rasa malas bukan main menguasai jiwa tapi memandangkan silibus banyak yang tak habis kena kuatkan semangat...tambahan pula cheq da akan bercuti awal sebelum akhir tahun(ikut due bln 9)maka banyak perkara perlu diselesaikan jua...ok berbalik kepada tajuk hari ni...jeng..jeng..sebenarnya cheq da nak berkongsi mixer kenwood yang cheq da beli melalui seorang kawan yang kenalannya berada di UK...lama jgk nak sampai mixer ni ke Malaysia..memakan masa dkt 3 bulan..maklumla bukan dekat kan...mixer ni dah lama cheq da angan2 mahukannya...akhirnya dapat jgk..semalam kawan 2 hantar ke rumah...bila dah buka kotak tgk2 ada 3 benda yang boleh digunakan..rupanya 3 in 1..mixer,blender dan food processor...memang berbaloi la rasanya...tapi sekadar belek2 jea..buka panduan pun tak baca lagi...kemas balik dalam kotak..yang paling suka jgk,dia bagi jgk hadiah iaitu buku resepi kek yang classic orang putih punya kek...boleh la digunakan untuk membuat kek nanti...InsyaAllah


dalam pembungkusan lagi...


barang2 yang terdapat dalam kotak


perkakasan yang ada
yang paling istimewa dapat hadiah ni..


Tq kepada Puan Atikah dan suami yang telah bersusah payah dengan  mixer yang cheq da order ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...