Rabu, 22 Oktober 2014

Dinner Semekar 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar? Lamo tak mengupdate blog. Semenjak dua mejak ni duk sibuk dengan kertas exam pt3 dan akhir tahun.
Oklah kali ni nk cerita pasal dinner SeMekar 2014 yg kali ni dibuat di lain tempat iaitu di Hotel Century Pines. Berubah angin tahun ni sebab asyik2 di tempat yang sama jea tahun sebelumnya.
Masih lg bersama meraikan dengan pelajar2 form 5.
Tema pada mlm tu adalah kuning gold.



Masa ni bergambar student kelas cheq da. Chai Chen Zen antara student target Cheq da untuk subjek sejarah. Harap tercapai hasrat Cheq da nk cemerlangkan mereka.


Bergambar kenangan...kali untuk sang isteri memilih untuk duduk semeja...manakala Sang suami plak satu meja. Bkn apa senang berposing nti..


Memang asyik bergambar sakan.


Bergambar plak di perkarangan luar hotel. Selalunya dinner diadakan di EQ tp tahun ni Puan Pengetua memilih hotel ini. Tema Kuning Gold juga adalah pilihannya.


Tidak melepaskan peluang bergambar keluarga untuk tahun ni. Si Kakak plak sibuk nk bermain belon.
Hadiah dari kelab guru tahun ni juga sangat la puas hati sebab dapat lampu tidur berbentuk pasu.
semoga tahun depan dapat berjumpa lagi.

Selasa, 14 Oktober 2014

Order 2014: Kek Prasekolah SK Menson

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berkongsi tempahan yg dah lama dari prasekolah SK Menson. Kek coklat moist dan juga kek span blueberry.






Terima kasih kepada kak ct kerana selalu repeat order.

Isnin, 13 Oktober 2014

Cuti-cuti Temerloh

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua?
Ok lah hari ni..cheq da nk kongsikan percutian sambil kerja family cheq da ke Temerloh semlm. Ke sana hari Jumaat selepas sekolah...balik plak ke hari Sabtu mlm baru sampai di rumah.
Kali ni kami memilih Bukit Bendera Resort pula untuk menginap. Kawan suami kata hotel ini mempunyai kolam renang untuk anak2 bermain.


Hotel ini amat selesa dan harganya pun berpatutan. Kalau ada goverment card plak dapat lagi diskaun tau.


Ini pemandangan dari luar hotel. Setinggi 4 tingkat.
Masa cheq da check in tu hampir semua bilik penuh.


Ini lah kolam renang yg picturenya cheq da snap dari bilik cheq da. Maklumlah pilih bilik paling atas.



 Seronok budak dua orang ni main. Si kakak plak tak nak naik2..si adik kejap jea main dah tak nak..takut..



Sempat lagi berposing kenangan depan pintu utama. Kakak bagitau babanya nti nk ke sini lagi.



Selepas check out...kami berjalan di Star Mall Temerloh. Seronok sangat sebab barang yg cheq da dibeli oleh suami..hihihi...terima kasih.
Selepas selesai semua urusan..pi pekena patin masak tempoyak...sedap..oklah cerita Temerloh dh habis..jumpa lg




Sabtu, 11 Oktober 2014

Order 2014: Kek Birthday Hello Kitty Ain

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan dari kawan suami yg inginkan kek hello kitty utk anaknya.
Blueberry cotton cheesecake +- 1kg.




Terima kasih kerana sudi order.

Rabu, 8 Oktober 2014

Kek Terima Kasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah...tahun lepas adalah merupakan rezeki cheq da kerana mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang dari pihak sekolah. Sememangnya kita tidak berhak untuk menuntut anugerah ini. Ianya diberikan atas khidmat yang diberikan pada tahun lepas. Seramai 4 orang yang mendapat APC tahun lepas bersama2 telah berpakat untuk membuat jamuan sempena meraikannta.



Kek ini adalah kek yang cheq da buat untuk makan2 dengan rakan2 sekerja. kek span pandan dengan peach filling. Deco biasa2 jea...


Ini plak biskut raya yang cheq da buat raya tahun ni. Cheq da bawa bersama untuk mkn2.
Oklah tu jea la cerita hari ni.

Selasa, 7 Oktober 2014

Aidil Adha 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni nk cerita tentang hari raya korban yg disambut 2 hari lepas. Walaupun hari ni dah mula sesi persekolahan...terasa amat penat sebab sangkut jem sewaktu balik ke CH. Terasa amat malas hari ni.

Oklah cerita pasal raya ni..kami ni cheq da dan suami bersepakat nk korban 1 bahagian memandangkan dah dua tahun kami tak korban. Bila balik tempoh hari suruh ayah saudara suami carikan lembu. Family cheq da semua korban tahun ni cuma masing2 diam jea...tiba2 last minit baru nk korban. Selalu tumbang 1 ekor lembu untuk semua family tp tahun ni masing2 pilih lain2 tempat cuma cheq da dan dua kakak cheq da yang korban di tempat yg sama. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.



Inilah lembu yang akan disembelih. Ketujuh2 orang yang korban hari tu cukup semua. Setelah selesai jual beli korban...lembu pun disembelih oleh ayah saudara suami.







Aktiviti melapah bersama2 secara bergotong royong.



Adik kakak pun teruja sebab kali pertama melihat orang sembelih lembu ni.
Selepas daging dibahagikan...cheq da buatkan nasi daging, sup tulang dan daging goreng utk mkn2 kat jiran2 dan daging2 pun dibahagi2kan juga.
Terasa penat sangat sebab cuti pun dua hari jea.
Apa2 pun terasa gembira kerana diberikan rezeki tahun ini untuk menunaikan acara korban ini.
Tahun ni giliran suami...In sha Allah tahun depan giliran cheq da pula.

Order 2014: Tempahan student

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ini plak tempahan dari student...
Mau kek coklat moist 1/2 katanya



Terima kasih sebab sudi order dgn cikgu.

Isnin, 6 Oktober 2014

Order 2014: Tempahan lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan yg agak kalut jgk..terima tempahan dari dinesh yg menyatakan seorg bapa minta tempahan utk hari lahir anaknya dan menyuruh terus hantar ke sekolah. Nasib ada cikgu Faizul yg tlg deliverykan kek ini. Terima kasih byk2.



Terima kasih sebab order...

Sabtu, 4 Oktober 2014

Order 2014: Kek Birthday Haziq

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kek birthday Haziq 6 tahun
Blueberry cheesecake...




Terima kasih kerana sudi order...

Jumaat, 3 Oktober 2014

Order 2014: Kek Birthday Ammar Darwish

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tayang kek lagi...
Kali ni kek dari kawan kak ct..
Kek coklat moist 2kg++





Harap puas hati dan terima kasih sebab order..

Khamis, 2 Oktober 2014

Order 2014: Kek satu hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ngape cheq da panggil kek satu hari sebab masa nk siapkan ni dlm 6 jam jea...order dlm puk 1...pick up pukul 7 malam...semput tp sebab tuan dia minta tolong so cheq da gagahkan jua...kebetulan hari Jumaat so masa panjang..deco simple jea
Kek span coklat utk jiran sebelah rumah.




Terima kasih kerana sudi mengorder dgn cheq da..

Order 2014: Kek Coklat Farah

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan yang dah agak lama daripada Puan Farah yang satu sekolah dengan suami. Kek coklat moist permintaannya dan tak nak tulis apa2 sebab katanya mahu makan-makan jea.



Deco yang simple jea..just buatkan ros dari campuran wipp cream dan coklat ganache.
Terima kasih kerana sudi order.

Rabu, 1 Oktober 2014

Cerita dinner semalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni just kongsi2 cerita saja. Malas nk taip panjang. N3 pon rasa dlm 2 hari dah tak keluar.
Ni cerita dinner semlm...cerita pasal mkn mlm semlm. Sekarang cheq da malas tul nk masak nasi dan cuma mkn yang simple2 jea. Nasib anak dan suami tak pernah cerewet.


Pada mulanya teringat nk buat mee jea sebab masih ada lagi satu bungkus yg dibeli. Tapi bila buka tgk2 dah rosak dan berbau walaupun luarannya masih elok. So terus tukar pelan..rendamkan mee hun. Mujur ada stok 2 bungkus mi hun ni. Cheq da memang suka dengan mi hun brand merak...memang puas hati..lembut jea mi hun nya.


Ni plak kuahnya..sup ala kadar..campak2 jea ramuannya dan cheq da cmpurkan ayam sekali. Si kakak makan sampai 3 kali tambah. Si kakak ni kalau tak mkn...tak mkn tp kalau dah mkn..menambah2..lgpun dia memang gemarkan sup2 dan mknan yg berkuah.


Nilah hidang lengkap mi hun sup ala cheq da...sedap..hihihi angkat bakul sendiri. Cheq da sedapkan juga sambal kicap sebagai penambah rasa dan kepedasan.

P/s: pagi ni pun bawa bekal mi hun ni ke sekolah..jimat ongkos...hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...