Khamis, 6 November 2014

Pavlova..terima kasih Cik Rai

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya dah lama nak buat benda alah ni..tgk rakan blogger duk menayang dan siap buat jualan lagi menyebabkan Cheq da tertanya camna lah rasanya. Manis ker?? Dari awal tahun lagi sebenarnya nak mencuba tapi kurang yakin dan masalah kekangan masa menyebabkan skip dulu.


Masa duk lalu lalang kat blog sweet vanila cik Rai yang comel tu...melihat cara dia tunjuk step by step menyebabkan keinginan cheq da nak membikingnya menjadi kuat. Risau juga takut tak jadi.
Kaji berjam2 juga lah untuk fahami betul tekniknya sebab buat macaroon sebelum ni banyak kali juga tak jadi. Macam cheq da bila sekali buat tak jadi...malas plak la nk mencuba yang seterusnya.


Tapi ternyata selepas kali pertama makan dan menikmatinya...wow rupanya memang sedap lah pavlova ini. Patutlah harga pun mahal sangat. yang di atas ini yang cheq da buat untuk rakan cheq da yang ingin bertukar ke Raub iaitu  Kak Basimah.


Satu bekas lagi buat Kak Rini yang tak sempat nak makan masa cheq da buat yang versi cup.



Yang versi mini merupakan yang mula2 cheq da buat untuk mencuba resepi ini. Bila dah make up cam ni suami sempat makan dan merasa sampai dua biji...maknanya tandanya sedap la tu. Oklah mohon kepada cik rai, Cheq da copy resepi ini yea.

Untuk Pavlova Disc:
4 biji telur gred A (bahagian putih sahaja)
200gm gula castor
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1/2 sudu besar tepung jagung

Untuk Krim:
240ml whipping cream
20 gm castor sugar
Buah2 kesukaan..
(rai cadangkan yg masam2 mcm strawberry, berries. peach
sebab nak bagi kontra rasa ngan pavlova yg dah sgt manis)

 Cara2 membuatnya:

Untuk cara-caranya Cheq Da link kan Ke Sini...boleh tgk step by step teknik membuat pavlova oleh doktor Rai. Nak cerita panjang lebar malas plak nak menaipnya. harap Rai tak kisah.
Apa2pun Cheq Da ucapkan terima kasih sebab sudi berkongsi resepi yang bagus bangat.

SIMPLE GIVEAWAY BY BBWANA ADIENIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ni join giveaway daripada bb yang selalu menjadi pengomen dlm entry cheq da. Tak menang pun tak pe asalkan persahabatan alam maya sentiasa terjalin. Untuk join jgn lupa klik di banner untuk melihat syarat2 dan juga hadiahnya..


                                     
                                        

Rabu, 5 November 2014

Sambal belacan menyengat

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sambal belacan...siapa yang tak suka makan kan? kebanyakan orang suka makan sambal belacan tidak kira camana pun cara pembuatannya. Ada yang suka banyak belacan dan ada yang tidak suka belacan yang banyak. Maklumlah resdung kadang-kadang mengganggu kalau kita mengambil belacan yang banyak.
Cheq da sememangnya peminat yang tegar sambal belacan. Yang paling cheq da suka kalau sambal belacan ala-ala thai.


Sambal kalau dibuat kuantiti yang sedikit, Cheq da suka tumbuk jea dengan lesung jea. Kalau buat dalam kuantiti yang banyak baru diblender.



Sememangnya sambal belacan enak dimakan dengan ulam-ulaman dan juga nasi panas. Sambal ini cheq da buat semasa kenangan nak datang ke rumah sebab melancong ke sini. Alang2 dah datang Cheq da sediakan makan tengah hari. Oklah di sini Cheq Da share sambal belacan ala cheq da ni yea.


Sambal Belacan
By: Cheq Da

Bahan
1. Cili padi 20 tangkai (campur merah dan hijau)
2. Dua ulas bawang putih
3. Sedikit belacan yang dibakar
4. Garam dan gula
5. Sedikit Kicap sotong
6. Sedikit cuka

Cara
1. Tumbuk cili padi sehingga lumat bersama-sama dengan bawang putih dan juga belacan yang dibakar.
2. Masukkan garam dan gula
3. Masukkan kicap sotong dan juga sedikit cuka
4. Gaul sebati sehingga berair sedikit
5. Rasa dan sekiranya dan mesra bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba.

Biskut Green Peas

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya ini biskut raya tahun ini. Memang sedap dan sedap. Lepas ni boleh la buat lagi. Resepi copy n paste jea..cuma dh lupa dr blog mana...ini sebenarnya n3 yg dh lapuk..pe2 pun just share...layan




RESIPI BISKUT GREEN PEAS

500g kacang green peas serbuk
500g tepung biskut (red ros flour)
400g gula icing
1 3/4sb garam halus
3 1/2st baking powder
400-450 ml minyak jagung (agak agak x melekat di jari)

HIASAN:
2 biji kuning telur + pewarna hijau
coklat chip


masukkan semua bahan di dalam bekas besar kecuali minyak.

tuangkan minyak sedikit sedikit dan di gaul hingga sebati kesemuanya.
gaulkan sehingga x melekat di tangan.
kemudian bolehlah di bulat bulatkan dan susun di atas tray.
sapukan kuning telur yang di campur pewarna hijau di atas biskut.
kemudian tabur coklat green rice.

bakar 160'C 15-20 bergantung pada oven.

Selasa, 4 November 2014

Order 2014: Tempahan Dari Ain

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Asyik cerita pasal order jea kan...xpela sekali sekala jamu mata dengan kek2 ini yea.
Tempahan kali diterima oleh Puan Nurul Ain utk birthday suami dan anak2. Layan jea yea..
kek span pandan dengan peach filing.







Terima kasih sebab sudi order.

Isnin, 3 November 2014

Order 2014: Tempahan Kek hari lahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali ini menerima tempahan daripada guru SK Brinchang. Meminta satu kek pada mulanya dan kemudian menambah order kerana takut tak cukup katanya untuk makan dalam 60 orang.




Kek span blueberry 2.5 kg..simple deco..maklumlah duk ch..stok strawberi pun senang..bagitau jea kat student..1 kilo pun dah dapat harga borong.




Kek yg kedua plak kek span oren dengan filing oren dan fresh cream. Meleleh2 kat tepi tu sebab dah kering idea. Sebenarnya kek ini utk sambutan birthday anak tp tuan tak bgtau awal2..ingatkan anniversary so deco tak de cam bdk2 la.
pe2 terima kasih sebab sudi order lagi dgn cheq da.

Kek Birthday Luqman Haziq

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berkongsi lagi kek birthday si adik. Sebenarnya kek ini Cheq da buat untuk makan2 di rumah pengasuh. Sememangnya tiap2 tahun akan bikin satu kek untuk makan2 dengan anak pengasuh. Semasa kakak tinggal rumah mama dulu pun, cheq da buat cam tu jugak.



Tak sabar nk bergambar dengan kek nya. Dah pon dua tahun budak ni...kejap jea rasa. Yang paling tak tahan makin besar makin tak duk diam.


Dalamnya adalah kek span coklat dengan filing blueberry...fresh cream topping dan curahan coklat ganache. Deco plak biasa2 jea.
Harapan semoga Haziq membesar sebagai anak yg soleh. In sha Allah

Ahad, 2 November 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini menghabiskan masa depan lappy lagi. Semalam tengok bola Pahang vs JDT telah rezeki telah menyebelahi pasukan Pahang. Menonton bersendirian semalam kerana suami plak ke Temerloh. Disebabkan dah menang, Maka MB Pahang telah umumkan bahawa cuti peristiwa bagi Pahang...hihihi cuti lagi..tapi cheq da tak dapat lah nk bercuti sebab esok dah pun mula peperiksaan SPM. Kerja tetap kerja so tak kisah la cuti atau pun tak.

Oklah sana sini dah lama duk tayang mangga asam boi. Sememangnya kelur air liur bila terpampang dengan aksi2 blogger menanyangkannya. Kebetulan hari Selasa, Cheq Sue turun ke Ipoh so siap2 pesan nak kirim buah mangga. Macam mengidam la plak. 4 biji mangga dapat harga dengan rm9.20..mangga lemak siam rasanya so rasanya tak de lah masam sangat.



Bila dah dapat buahnya pada petang Rabu telah mulakan operasi membikingnya. Sememangnya mudah sangat nak membuatnya. Sesiapa yang berniaga tu alamat dapat untung banyak la yea. Suruh plak suami ke Pasaraya Jimat untuk beli cili api dan asam boi. Tak reti nk pilih yang mana katanya lalu dibeli dua plastik asam boi yang berlainan versi. Peram satu malam...esoknya boleh dibawa ke sekolah. Nak bagi mak2 yang mengandung makan.


Sememang tak puas menikamatinya...huhuhu puas hati..dapat dalam 3 balang kecik..kalau ada mangga boleh buat lagi.


Resepinya copy paste jea la yea..

JERUK MANGGA ASAM BOI

4 biji mangga muda
20 hingga 25 biji asam boi
10 hingga 15 tangkai cili padi ~ di hiris halus ( boleh kurangkan jika tak suka terlalu pedas)
2 cawan gula

Cara:
Kupas mangga dan potong suka hati
Campur semua bahan dan gaul sebati
Letakkan dalam bekas
Simpan sekurang2nya 5 jam atau semalaman
Nak lagi sedap simpan dalam peti ais.

Order 2014: Kek Birthday Aqim

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima order dari kaunselor sekolah sempena dengan birthday anaknya yang ketiga iaitu Aqim. Permintaannya ialah kek coklat moist untuk makan di rumah pengasuhnya.




Terima kasih kerana sudi order.

Sabtu, 1 November 2014

E-g Tukar...hmmmmmm

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Di ptg hari ni plak terdetik di hati nk sharekan sesuatu.
pasal eg tukar iaitu sistem online pertukaran guru2 di Malaysia. Pernah juga terpikir,mengapa sukarnya nk berkhidmat di negeri sendiri. Adakah disebabkan tiada kekosongan di negeri tersebut atau atas alasan yang lain.


Sebenarnya tahun ini merupakan tahun yang kedua cheq da isi online ni. Bertahun dah tak isi. Seingat cheq da kali pertama isi nk blk ke Kelantan pd tahun 2007 tp mengecewakan juga.

Semlm bila sistem dibuka untuk semakan...saja2 jea check walaupun dah tau keputusannya. Apa2 pun masih lagi boleh mencurahkan bakti di Cameron Highlands sebelum isi lagi tahun depan. Sesiapa pendidik yg dpt pindah ke tempat yg di minta..tahniah cheq da ucapkan.

Sekadar share jea...bak kata pepatah..tak dapat pun ok..dapat pun lagi ok..masih lagi bersejuk2 dengan Cameron Highlands lagi.



Order 2014: Kek Birthday Abirami

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah 3 hari tak update blog, semalam ke PPD CH sebab untuk taklimat keselamatan pengawasan SPM 2014. Tahun ini masih lagi mempunyai rezeki untuk menjadi pengawas SPM dan dilantik plak sekali lagi tahun ni sebagai Timbalan. Sebenarnya tak nak nk ngomal panjang2...share dulu tempahan dari customer yang dah berbulan lepas. Kek ini diorder oleh Kak Shanti dan Cikgu Rama untuk anak perempuan sulung mereka. Tahun lepas mereka dah menempah kek princess dengan Cheq Da. Tahun plak dia kata ikut jea kek apa yang boleh Cheq da buat asalkan anaknya suka.



Selepas fikir punya  fikir, rasanya kek edible lagi ok..lalu cheq da menempah edible image dari Edible Print dari Nurul. Memang sangat memuaskan perkhidmatannya dan sampai tepat pada masa. Buat masa sekarang dah beberapa cheq da tempah daripadanya.




Bila dah buat kek cam ni, si kakak plak la sibuk nak juga..kenapa ummi tak buat untuk kakak...umminya just jawab kek kakak dah banyak biji ummi buat, birthday sekali jea setahun..hihihi
Oklah, tu jea la perkongsian hari ni.
Terima kasih kerana masih sudi menempah dengan Cheq Da.

Selasa, 28 Oktober 2014

Rubie Gallery...terbaik inner neck

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Berkongsi cerita hari ni mengenai inner neck yang dah lama menjadi koleksi cheq da de kerana keselesaan dalam menggayakan shawl.
Hari ni tergerak hati dengan Cheq Sue utk bergambar dan sharekan gambar tersebut dengan rubie gallery...balik dari sekolah..tgk2 gambar share kami dah masuk fb...hihihi


 Inilah photo yg diambil dr fb rubie. Terima kasih sebab sudi jgk masukkan gmbr share kami.

 Ni plak gambar selfi cheq da...sekarang memang cheq da selesa cam ni. Inner nya plak tak menampakkan rambut.


Ini koleksi cheq da...hampir semua warna dah cheq da kumpul...dah ada 14 warna..terbaru beli lagi dua warna..hihihi. walaupun harganya agak lumayan tapi percayalah dengan hasilnya.
untuk sesiapa yg berminat boleh terus kepada fb Rubie Gallery. Dan yg paling istimewa ada dapat gift lagi tu..

Jumaat, 24 Oktober 2014

Tudung Butterfly

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Emmm setelah berhempas pulas jahit manik tudung...akhirnya siap jgk 2 helai tudung ini.
Sebenarnya tudung ni cheq da beli yg plain kosong jea. Rm20 sehelai...masa beli tu cheq da cakap jahit manik sendiri. Dah hampir nk masuk 2 bulan baru boleh siap..hihihi
oklah ini lah hasilnya..
nanti jap lagi fokus nk menanda kertas exam pt3 plak.




Ia punya design caca marba...belasah jea ikut suka hati..hihihi

Khamis, 23 Oktober 2014

Satay, nasi impit in da house...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni terajin la plak nk masukkan n3..pepagi lagi dah nk bercerita. Kertas pt3 pon belum ditanda sepenuhnya. Sememangnya kalau cuti, kemalasan akan melanda. Tambahan plak semlm,sampai menonton drama korea iaitu Good Doughter,Hana ched da jahitkan manik tudung sebab dah lama sangat beli. So smlm siap jgj 1 helai dan tinggal 1 helai jea lg.

Oklah hari ni nk cerita pasal satay, kuah kacang dan nasi impit yg dibuat ibu cheq da semlm. Cheq da hanya tolong jea spa yg patut. Selalunya musim raya jea kami buat benda alah ni. Tapi sebab semua orang dalam rumah teringin nk mkn...maka bermula la prosesnya. Lgpun semalam cuti sempena deepavali so adik beradik akan berkumpul di rumah.

Hari ni tak de la nk cerita pasal resepi. Resepinya boleh digoogle yea. Cheq da hanya berkongsi cerita sahaja tau.



Ni lah rupanya nasi impit yg dibuat oleh ibu cheq da dgn menggunakan beras siam. Petua nya utk 1 pot beras bersamaan dgn 4 pot air.


Satay daging dan ayam dicucuk oleh cheq da dan ibu cheq da mlm sebelum tu.


Proses pembakaran dgn menggunakan pembakar elektrik. Sangat mudah


Yg dah masak..



Pelengkap hidangan..sertakan sekali hirisan timun dan bawang besar...yummy...yummy..memang sedap bila dah lama tak mkn yg homemade cam ni.. sangat puas hati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...