Jumaat, 16 Oktober 2015

Order 2015: Tempahan Apam Polkadot...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Order yang diterima oleh Cikgu G untuk dibuat door gift kepada tetamu. Tempahan diorder sekitar bulan 5 lagi. Majlis plak 19.9 yang lepas. Memang sakit urat rasa sebab dalam 2000 biji yang diordernya.



Apam ini dalam versi colourful sebab nk suruh nmpk cantik. Filling nya plak oren..lemon..kiwi serta strawberi.



Ini merupakan order pertama Cheq da untuk apam ini. Alhamdulillah dapat feed back yang baik.
Tq G sebab sudi order.

Khamis, 15 Oktober 2015

Order 2015: Kek 2 Beradik..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan yang diterima oleh sahabat Cheq Da iaitu Puan Noorlia sempena birthday anak2nya. Si Abg dan Si kakak ini berkongsi birthday di bulan yang sama. Sambutan dibuat semasa ada majlis hari raya di sekolahnya.









Ini lah gambar Aiman dan juga Syafikah...tersenyum lebar bila satu sek nyanyikan lagu birthday untuk diorang.
Terima kasih kepada Kak lia sebab sudi order dengan Cheq da.




Rabu, 14 Oktober 2015

Order 2015: Tempahan dari Mastura

Assalamualaikum dan slam sejahtera
Order yang diterima dari Tengku Mastura sempena birthday suaminya. Lepas Cheq da buat kan kek ini ke sekolah terus dia nk order. Katanya nk makan juga sampai puas sebelum bersalin. Semalam dapat berita yang Mas pun dah selamat melahirkan anaknya yang kedua...dapat plak baby boy. Dah pun sepasang anaknya.





Pilihannya kek pecan heaven...tq sebab sudi order.

Selasa, 13 Oktober 2015

Cerita Kahwin Adik Ipar...semoga berbahagia

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kalau dalam n3 lepas..Cheq da ada uploadkan n3 perkahwinan sepupu cheq da. Selepas raya ketiga aidiladha lepas plak perkahwinan adik ipar cheq da yang bongsu iaitu panggilan manjanya adik chik dengan teman pilihannya. Nama nya plak sama plak dengan cheq da untuk panggilan di rumah. So lepas ni ada Kak Wani dengan Adik Wani la plak.



Majlis perkahwinan berlangsung jam 10 pagi dan majlis persandingannya dalam pukul 2.00 ptg.
Adik ni dulu 2 tahun tinggal dengan Cheq da masa di tingkatan 4 dan 5. Dah pun kahwin di usia 23 tahun. Kalau dah jodoh kan..rasanya masih muda lagi mereka ni. Harap lepas ni pandai2 jaga rumah tangga mereka.







Layan jea gambar ni yea...semoga berbahagia kpd kedua2 mereka ini.

P/s: Salam Awal Muharram kepada semua umat islam dan pembaca blog setia Cheq Da.

Kek Birthday Haziq lagi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kek kedua haziq. Kek ini Cheq Da buat untuk dibawa ke  rumah pengasuhnya. Nk sangat kek ultraman. Tapi sebab xjumpa ultraman saiz kecik....letak la main ni. Nasib dia ok jea.






Aksinya...asyik-asyik...ummi mana kek haziq. Yang si kakak plak kata kek dia dh 2 kali dah buat nk lagi. Riuh sangat rumah bila ada mereka. Tak dpt nk bayangkan kalau anak2 tak de di depan mata...
Oklah itu cerita hari ni.

P/s: Hari ni peperiksaan Pt3 masuk hari kedua. Harap berjalan dengan lancar la hendaknya..Aamin.

Isnin, 12 Oktober 2015

Order 2015: Kek Kahwin 3 Tingkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kek kahwin 3 tingkat ni diorder oleh pekerja di sekolah suami. Bila tanya tema warna apa...dia just bagitau putih. Cheq da pun rasa tak timbul sangat kalau semua putih...last2 tempek colour kuning. Nadib customer ok jea. Kek kahwin bertingkat kali kedua diterima dari orang asli tau. Kelas diorang..



Kek span dengan 3 perisa berlainan iaitu..oren, coklat dan juga pandan. Feed back dari customer katanya sangat berpuas hati. Bila dh dpt maklum balas cam tu..terasa senang hati la plak.





Selamat Pengantin Baru kepada pasangan dan terima kasih sebab sudi order.

Kek buah resepi kak Nor

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bila teringin nk makan..seharusnya kita akan berusaha nk membuatnya kan. Google sana sini untuk mendapatkan resepi yang terbaik dan mudah. Ini hasil yg dibuat selepas Kak nor dari blog cinnamon. Masa beliau masukkan n3..terus screen shot dan simpan dlm gallery. Memang sedap...



KEK BUAH GEBUS 

oleh: cinnamon.com

Bahan A :
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat (bahan A di campur dan diayak.)
1 sudu kecil esen vanilla
4 biji telur
250g mentega 
300g mix fruits (ambil sedikit bahan A dan gaul rata pada mix fruits dan coklat chips untuk mengelakkan buah mendap kebawah)
chocolate chips
1 cawan susu cair
setengah cawan gula kastor (boleh juga guna brown sugar)
Caranya:
Pukul gula dengan telur hingga kembang kemudian masukkan bahan A dan gaul rata...
masukkan susu,mix fruits dan gaul .
masukkan ke dalam acuan yang sudah di lengser dengan butter taburkan lebihan buah.
bakar selama 45 minit atau sehingga masak dengan suhu 160-170C..ikut oven memasinglah ye...

Ahad, 11 Oktober 2015

Order 2015: Kek Papa dan Mama

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan yang diterima untuk birthday papa dan mama. Tapi kek berlainan orang.
Kek peacan heaven ni tempah si isteri utk si suami...manakala tempahan kek span coklat untuk si suami kepada si isteri.





Terima kasih mesti sudi order.

Sabtu, 10 Oktober 2015

Order 2015: Chocolate Cheese Haziq

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan yang diterima oleh rakan suami untuk birthday boy anaknya yang ke 7...





Tq sebab order...

Jumaat, 9 Oktober 2015

Roti kacang merah dan mini pizza

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tayang roti uli tangan lg...bikin masa cuti jerebu. Mgkn xpanas sangat..doh xberapa nk naik. Tambah2 duk di CH ni. Tp 2 hari dah sold out.





Sedap dimakan bersama kopi panas...

Khamis, 8 Oktober 2015

Kek Birthday Haziq

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kek birthday Haziq...chocolate Indulgence...
Hari ni tayang bahagian dalam..





First time buat utk anak sendiri...selalu ambil order jea.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...