Sabtu, 11 April 2015

Order 2015: Kelab Nissan Grand Lavina

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Seperti order tahun lepas, kelab nissan grand lavina Kelantan telah mengorder lagi tahun ini. Seperti biasa edible image ini Cheq Da order 5 hari awal dan nasib sempat sampai sehari sebelum. Sememangnya Nurul edible image sangat image sangat efisen. Suka bebenar Cheq Da berurusan dengannya.



Kek span coklat dan strawberi dengan filing strawberi nenjadi pilihan penempahnya. Kek ini seberat 2kg.



Terima kasih kerana tahun ini masih sudi berurusan dengan Cheq Da dalam mengorder ini. Terima kasih kepada cikgu Saipu yang menjadi tukang order.

Jumaat, 10 April 2015

Chicken Chop untuk seisi keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kalau di kampung..bila adik-beradik blk dan cukup korom..maka buat la makan2..
Ini kebetulan cuti bulan 3 lepas..yg tak dapat join 2 beradik iaitu abg Cheq da yang ke5 dan adik yang bongsu sebab mereka dah pon blk minggu sebelum tu. Abg plak ada kerja di Setiu sebab tak dpt join. Kalau mesti dia yang sampai dulu.


Oklah menunya ialah chicken chop..versi simple2 by Cheq da. Sebenarnya terlintas nk buat sebab anak buah yang seorang ni nk mkn chicken chop. Kebetulan plak nk sambung birthday dua orang anak buah ini. Ramai2 ada baru seronok.


Resepi coslow ini juga making by cheq da versi campak2.


Kuah chicken chop..blackpaper sause..sedap cikit dan tak muak sangat.


Kek tiramisu ni...dibeli sahaja..tak sempat nk bikin.masa suntuk sangat. Dalam bekas tu plak ada fun fries dan juga wages yg digoreng melengkapkan menu chicken chop ni.


Menu lain mee goreng basah yg digoreng kakak yang ketiga. Selain itu ada bake potato lamyak2 jea..terlebih bakar jadi garing la plak.


Oklah tu jea menunya...bln 5 nanti baru cadang nk buat lagi sebab masa ni semua dah ada...tak sabar menanti..

Order 2015: Program Guru Penyayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Order dari guru kaunseling sekolah untuk program guru penyayang 2015. Katanya bikin la kek pe2 pun dalam 3kg.
Kek coklat vanila dgn blueberry filling..




Terima kasih sebab sudi order.

Khamis, 9 April 2015

Order 2015: Kek birthday 50 tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tempahan dari adik ipar untuk kakak iparnya yang ke-50. Kek pandan dengan peach filing dan fc topping.




Terima kasih kerana sudi order...

Rabu, 8 April 2015

Order 2015: Carrot Cupcakes

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya cupcakes ini dah lama diorder cikgu choy untuk semua guru di warga Semekar..tanda terima kasih beliau kepada warga semekar. Carrot cake with cream cheese frosting...60 biji semuanya.





Tq Choy sebab sudi order dan tunggu agak lama untuk berikan kek ini kpd kawan2 sbb masa untuk kumpulkan semua guru terhad....

WW

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



masak ranum strawberi ini...dapat free plak tu...

Selasa, 7 April 2015

Perhentian Island Resort (Part 3)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selepas balik dari trip..semua kepenatan. Petang tu Cheq da keluar nk melihat sunset sebab di hari pertama tu tak keluar sebab tertido dengan Si kakak. Kak La kata kalau nk tido kat rumah pun boleh tido...di sini enjoy lah sepuas-puasnya.


Ini kolam renang yang berhampiran dengan bilik kami. Tapi kosong jea sebab ramai duk mandi laut. Kolam renang kat mana-mana pun dapat kan.


Ini antara gambar pemandangan pada waktu petang...pada waktu ini jarang orang mandi-manda sebab air dah pun mula pasang.


Bersebelahan dengan PIR ini ada juga resort tp dah lupa dah namanya. Kalau di waktu pagi boleh lihat anak-anak shark berenang-renang di sini.


Makan malam malam kedua..ada bubur pulut hitam sebagai pencuci mulut. Makanan di sini semuanya sedap-sedap dan fresh.


Hari ketiga kami turun mandi lagi dan bersnorkeling...kami ini cheq da tak lepaskan peluang. Cheq da berenang sampai di tengah-tengah sebab air pun surut dan meriah dengan ikan-ikan bila kami bagi roti...seronok dapat tengok macam-macam ikan yang colourful.



Hari terakhir kakak masih tak berani di tengah pantau walaupun dipegang baba. Main di tepi-tepi jea. Muka pun cepat hangus walaupun dah pakai sunblock.


Setelah puk 10.00 pagi kami balik ke bilik dan nak bersiap-siap nk bertolak balik. Jam 11.00 pagi perlu check out dan ke jati untuk ke kambali ke daratan. Sempat berposing di hadapan resort.


Inilah family Cheq da semulanya.



In sha Allah panjang umur boleh datang lagi.


Bergambar lagi..sebelum di jeti.


Kira-kira setengah jam jam di jeti...perjalanan yang cukup selesa. Sesungguhnya Perhentian Island Resort sangat2 best...oklah trip untuk tahun, semoga bertemu di trip yang lain.
Lupa plak nk beli penyu ini sebagai kenang-kenangan..

Perhentian Island Resort (Part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sambungan part 2 di hari kedua kami di sini. Apa yang menyeronokkan bangun seawal dingin hari dan bersiap2 untuk minum pg. Ianya bermula seawal jam 7.00 pg hingga pukul 10.00 pagi. Paling menarik banyak menu yang ditawarkan. Pendek kata tak payah bawa bekal pun tak pe. Turun awal pagi air surut..maka..boleh berenang renang sampai ke tengah lautan..Subahanaallah cantik sungguh kejadian alam milik yang maha esa ini.



Dalam duk berenang renang..si afiq jumpa timun laut a.k.a gamat. Tak sangka first time jumpa..geli geleman nk pegangnya. Lepas dibawa daratan sekejap lepaskan ia semula di tempat tinggalnya.


Check..kami dah sampai di sini...


Pantai di perhentian island resort ini juga merupakan pilihan untuk snorkeling..kelihatan bot-bot singgah di sini mengikut trip masing-masinh. Untung kami dapat snorkeling sepuasnya di hadapan resort ini.


Peace dari kakak...masa ini kami mengambil trip untuk melihat hidupan laut di tempat yang lain. Sewanya utk satu trip ini..dewasa rm40 dan kanak-kanak bawah 12 rm25..Tiga tempat telah dibawa oleh pemandu dan pembantunya.



Tak dapat gsmbarkan keseronokkan bila dapat melambung-lambung di atas air...nasib speed bot..tak la pening..



Tempat pertama yang dibawa adalah merupakan tempat yang agak dalam..serang sejuk dibuat..cheq da turun sekejap bergantung di tali bot nk lepas memang tak berani sebsb terlalu dalam. Anak-anak buah dan suami seronok sampai tak tahu naik.



Si Aishah leka dengan ikan yang mengikutnya..Aishah ini baru jea darjah 4 tp mengalahkan mak saudaranya.



Tempat yang ketiga di Jeti Taman Laut..tempat yang kedua di pesisiran pantai..kami sempat main air dan sempat juga melihat orang sedang berlatih nk menyelam untuk dptkan lesen.


Si Haziq cam biasalah..salah satu cara nk selamatkan dirinya dari dibawa masuk dalam air..paling selamat ialah tidur jea la...sabar jea la dengan si Haziq ni...



Memsng puas hati kakak cheq da yang seorang ini dapat berenang..cheq da pun masih takut nk tenggalam csm depa ini..duk jea ambil gambar mereka..nantikan hari last kami di sini dalam part 3 yea.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...