Selasa, 11 April 2017

Order 2017: Tempahan kek kahwin

Assalamualaikum w.b.t
Tempahan kek perkahwinan yang diterima pada minggu lalu. Request nk letak bungaan segar..sib baik di Cameron..senang dan mudah dapat..beli jea dengan student. Terima kasih sebab sudi order.






Pilihan kek coklat moist dengan cream coklat filing dan topping freshcream. Tema pilihan warna putih.

Sabtu, 25 Mac 2017

Order 2017: Pelbagai order sempena result spm 2017

Assalamualaikum w.b.t
Order yang diterima seterusnya.
Semua order ini delivery pada hari keputusan Spm yang lalu.








Terima kasih sebab sudi order...

Jumaat, 24 Mac 2017

Sukan Tahunan Semekar 2017

Assalamualaikum w.b.t
Telah pun berlangsung acara sukan tahunan semekar pada 16hb Februari yg lepas. Seminggu duk berkampung di padang. Cuaca plak kurang mengizinkan. Satu padang becak..pendek kata kalau nk menyemai padi pun boleh.
Tahun ni Alhamdulillah, Beta masih lagi dapat mengekalkan Ranking yg Pertama walaupun saingan amat sengit.
Keseronokkan dan kesusahan pelajar dapat jgk mengekal kejuaraan.
Oklah layan foto jea la yea.











Semoga bertemu lagi di tahun depan..tu pun kalau tak dapat tukar lagi...hihihi

Order 2017: chocolate moist Qaisara

Assalamualaikum w.b.t
Sememangnya sudah agak lama tidak berupdate di sini. Maklumlah sekarang sangat sibuk dengan pelbagai agenda...tambah-tambah cuti sekolah..
Oklah cheq da kongsikan kek yang diorder sebelum cuti sekolah yea.
Sebenarnya ada beberapa kek lagi tapi tayang yang ini dulu la yea.




Terima kasih mok ja sebab sudi order untuk qaisara..
Yang mana lebih atau kurang tu mintak halal yea..

Ahad, 12 Februari 2017

Order 2017

Assalamualaikum w.b.t
Dalam blog sekarang ni nak menaip panjang2 memang malas. Blog pun dalam 2,3 sekali baru duk tgk2. Oklah bercakap pasal order..Alhamdulillah memang setiap minggu tak menang tanya rasa. Ditambah plak dengan aktiviti di sekolah...mmg rasa memenatkan. Nasib si baby mmg baik dan tak byk meragam.
Oklah kongsi order sepanjang minggu lepas..


Hokaido untuk cikgu shalin dan pandan lava cheese leleh order dr member2 dari sek dan sk. Menson.


Kek chocolate moist permintaan dari teacher susi utk anak perempuannya.



Ini plak dari Cikgu Roslan yang bikin kejutan buat isterinya. Anniversasy yg ke13...
Terima kasih kepada yang order.

Jumaat, 3 Februari 2017

Order sepanjang minggu..

Assalamualaikum w.b.t
Lama tul rasa tak terupdate blog ni. Tuan tanah makin hari makan ke laut kalau nk post kan n3. Ok lah dari duk terperuk tak de pe2..Cheq da kongsikan order2 yang diterima sepanjang minggu. Alhamdulillah masa ada rezeki dariNya. Ada jgk 2,3 orang customer baru yang menempah melalui kenalan cheq da. Tq sebab tlg mempromosikan.







Terima kasih kepada semua yg menempah sepanjang minggu ini.

Isnin, 23 Januari 2017

Roti vs kek

Assalamualaikum w.b.t
Nampaknya semakin hari semakin nk bersawang plak blog ni. Tuan tanah malas nk menghadap laptop. Gambar2 kek-kek yang lalu masih terperuk di situ.
Kebetulan lama xambil order...semalam buat roti untuk jualan dan juga dapat terima order 2 biji kek...Alhamdulillah walaupun Aqeela baru 3 bulan, dia tak banyak kerenah..tido jea sepanjang umi nya menguli roti dan mendeco. Kebetulan plak pembantu plak tak ke mana...makin senang lah kerja Cheq Da.




2 jenis roti jea uli semalam...roti sosej dan juga cheese gula. Uli pun dalam 1kg jea..Alhamdulillah sold out.


Pandan lava cheese leleh..5 pek dibuat..order dari Cikgu di sekolah.


Mini chocolate indulgence order daripada Kak Ct.



Kek doremon plak order dr rakan Mok ja...

Terima kasih kepada semua yg menempah..Tq..

Ahad, 1 Januari 2017

Pembuka rezeki 2017

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah..pembuka order 2017 dan selepas berpantang.
Tempahan pertama untuk sambutan 2017.
Order dari Mok Ja untuk birthdaynya.
Semoga tahun ni mendatangkan rezeki yang berterusan. Aamin...




Terima kasih kepada Mok Ja sebab masih sudi menempah dengan Cheq Da.

Sabtu, 31 Disember 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2017

Tahun baru datang lagi....
Hujan plak masih belum berhenti...
Bimbang tragedi 2014 berulang lagi...
Semoga sentiasa dilindungi....Aamin


Selamat menyambut Tahun Baru 2017 kepada semua pembaca blog Cheq Da...
Semoga tahun ini mendatangkan rezeki dan keimanan yang lebih lagi kepada yang maha Esa..

Sabtu, 24 Disember 2016

Happy Anniversary 10 Tahun...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi perhubungan kami masih bertahan sampai ke sini. Walaupun kadang-kala lidah tergigit...namun asam garam rumahtangga menyebabkan kami dpt mengenali hati budi masing-masing.
Pejam celik pejam celik dah pun 10 tahun usia perkahwinan kami. Anak pun dah 3. Selepas kahwin 3 tahun menunggu untuk dapat baby...Alhamdulillah.



Ni gambar 10 tahun lepas...kurus lagi..hihihi. sekarang ni badan macam dipam-pam. Maklumlah laki pandai jaga bini.


Gambar terkini dalam minggu lepas. Rambut baba pun dah kurang sebab tu selalu cover songkok atau topi.



Alhamdulillah permata hati kami...syukur.
Semoga Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Aamin...

Sabtu, 17 Disember 2016

Breast Pump Real Bubee.

Assalamualaikum w.b.t
Selamat pagi semua. Cerita hari ini nk berkongsi satu produk pemerah susu yang Cheq Da beli. Murah jea...tak beli yang mahal2 pun sebab anak ke3 ni jea baru terasa nk beli. Dulu perah main pakai manual jea. Maklumlah Si Aqeela ini tak mahu bersusu botol. Kalau dipaksa mahunya sikit jea ditelan yang banyak plak menangis. So Cheq Da memang selalu sediakan susu yang diperah untuk pujuk dia minum.
Nanti sesi persekolahan bermula kena lah bikin stok banyak-banyak. In sha Allah dipermudahkan OlehNya nanti.
Jenama Real Bubee ini Cheq Da beli dari 11Street. Dapat lah dengan harga rm38.00. Campur shipping rm20.00 so harganya dalam rm58.00. Murah kan. Nk beli yang mahal2 rasa jarang jea pam susu dengan benda alah ni. Tapi setakat ini pam...bolehlah susu tu keluar walaupun xcepat sangat. Ini bergantung kepada seseorang lah.



Set yang diberikan adalah termasuk 2 botol untuk dipam serentak. Tapi Cheq Da pakai jea dulu. Susah plak nk pegang dua2. Ni kira waktu gap mengajar bolehlah lari2 jap pam susu. Tu sebab terfikir nk beli. Lagipun ianya kecik dan comel. Mudah dibawa ke mana2. Letak jea dalam beg pun boleh. Time2 nk guna tu boleh jea. Cuma perlu elektrik la.


Hari ini punya pam...dapat lah 4 aun...nk bikin stok.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...