Khamis, 6 November 2014

Pavlova..terima kasih Cik Rai

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya dah lama nak buat benda alah ni..tgk rakan blogger duk menayang dan siap buat jualan lagi menyebabkan Cheq da tertanya camna lah rasanya. Manis ker?? Dari awal tahun lagi sebenarnya nak mencuba tapi kurang yakin dan masalah kekangan masa menyebabkan skip dulu.


Masa duk lalu lalang kat blog sweet vanila cik Rai yang comel tu...melihat cara dia tunjuk step by step menyebabkan keinginan cheq da nak membikingnya menjadi kuat. Risau juga takut tak jadi.
Kaji berjam2 juga lah untuk fahami betul tekniknya sebab buat macaroon sebelum ni banyak kali juga tak jadi. Macam cheq da bila sekali buat tak jadi...malas plak la nk mencuba yang seterusnya.


Tapi ternyata selepas kali pertama makan dan menikmatinya...wow rupanya memang sedap lah pavlova ini. Patutlah harga pun mahal sangat. yang di atas ini yang cheq da buat untuk rakan cheq da yang ingin bertukar ke Raub iaitu  Kak Basimah.


Satu bekas lagi buat Kak Rini yang tak sempat nak makan masa cheq da buat yang versi cup.



Yang versi mini merupakan yang mula2 cheq da buat untuk mencuba resepi ini. Bila dah make up cam ni suami sempat makan dan merasa sampai dua biji...maknanya tandanya sedap la tu. Oklah mohon kepada cik rai, Cheq da copy resepi ini yea.

Untuk Pavlova Disc:
4 biji telur gred A (bahagian putih sahaja)
200gm gula castor
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1/2 sudu besar tepung jagung

Untuk Krim:
240ml whipping cream
20 gm castor sugar
Buah2 kesukaan..
(rai cadangkan yg masam2 mcm strawberry, berries. peach
sebab nak bagi kontra rasa ngan pavlova yg dah sgt manis)

 Cara2 membuatnya:

Untuk cara-caranya Cheq Da link kan Ke Sini...boleh tgk step by step teknik membuat pavlova oleh doktor Rai. Nak cerita panjang lebar malas plak nak menaipnya. harap Rai tak kisah.
Apa2pun Cheq Da ucapkan terima kasih sebab sudi berkongsi resepi yang bagus bangat.

3 ulasan:

  1. manis melentin..lenting kta org..betul cheq da kena dgn buah yg masam manis..

    BalasPadam
  2. pavlova mmg sdp tp dana tak minat sgt sbb kemanisan nyer... tp kalu bt tak manis kang tak jd lak kan.... sesekali mkn ok jgk la... meh jual kt kl nih kak...jual kt dana

    BalasPadam
  3. Kalau ada tetamu, sy suka hidang pavlova ni.... Lagipun kat sini buah stoberi murah... Boleh letak byk2 kasi meriah :)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...