Rabu, 19 Ogos 2015

Puding Peach

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Puding peach yang lepas. Buat semasa jamuan berbuka puasa di sekolah.
Copy dari blog Kak Izat Daut..terima kasih atas resepi yang sedap ini.




PUDING PEACH
sumber: Anjung Norry

Bahan-bahan
1 paket agar-agar serbuk(10 gram)
600 ml air putih
250gram gula
1 tin susu cair (400ml)
1 biji telur
2 sudu besar tepung kastard
pewarna merah
1 tin kecil peach dalam syrup
Cara-cara

1.Masakkan agar-agar bersama 600 ml air
2. Bila menggelagak, masukkan gula hingga larut
3. Selepas itu masukkan susu, perlahankan api
4. Untuk lapisan kedua, singkan lebih kurang 1/5 daripada agar yang dimasak tadi(letakkan dalam periuk berlainan) diwarnakan dengan pewarna merah
5. Pukul telur, masukkan tepung kastard dan sedikit sahaja air, dalam 10 ml, masukkan ke dalam larutan 4/5 agar-agar yang tinggal tadi , kacau hingga sebati. Susun buah peach dalam bekas, tuangkan adunan pertama.Tunggu hingga beku
6.Apabila lapisan pertama sudah beku, tuangkan adunan kedua 1/5 agar-agar yang telah diwarnakan merah.
7. boleh dihidangkan apabila sudah beku ...:)

8 ulasan:

  1. msti sedap nih..... tp dana mmg tak penah buat hehehe agar2 pun bt tak jd heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba buat dana..In Sha Allah jadi

      Padam
  2. puding paling simple dan senang nak buat kan.. hihi.. makan pun sedap..

    BalasPadam
  3. Nampak sedap tu cheq da..
    Sejuk jer lalu ditekak time musim panas ni kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak..sejuk jea rasa tp kat Ch ni xrasa pe2 la sbb dah sejuk..hihihi

      Padam
  4. makan sejuk2 sambil tengok tv sedap ni

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...