Khamis, 29 April 2021

Bubur Pulut Hitam

 Assalamualaikum dan salam ramadhan

Bubur pulut hitam..first time cheqda bikin untuk menu berbuka..rupanya sedap yea..sebelum ni memang pernah jea makan tap tak pernah buat sendiri. Disebabkan pulut hitam dah lama pun dah beli..teringin plak nak buat..rsepi kita google jea..kali ni tgk resepi che nom..tapi cheqda buat sikit jea sebab dah tahu anak-anak tak minat..sapa nak buat ikut step by step resepi che nom ni..kompon jadi..


BUBUR PULUT HITAM

By: Che Nom

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan pulut hitam
  • 6 cawan air, untuk merebus pulut
  • 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
  • 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
  • 3/4 cawan gula putih
  • 1/2 ketul gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara Penyediaan:

  1. Cara untuk masak bubur pulut hitam:
    1. Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
    2. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
    3. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.
  2. Cara untuk kuah santan:
    1. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
    2. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.

Tips:

  • Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3-4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut.

 





 Tahap kemanisan yang cheqda buat ni..memang sedang elok..lepas makan ni tersuka la plak dengan menu dessert ni..

kepada yang ingin mencuba, selamat mencuba..

2 ulasan:

  1. dana dah tua baru suka makan bubur pulut hitam, masa kecik tak minat

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah..menyesal plak xsuka dari awal yea..hihihi

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...