Rabu, 18 April 2012

Variasi kek coklat moist-tempahan

Mengumpulkan sebahagian daripada koleksi kek coklat yang ditempah oleh kawan-kawan sepanjang beberapa bulan ini dalam tahun 2012.Banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki....

kek cikgu asmadi order daripada kak ct

kek birthday As-kawan kepada fatimah(regular customer)

order dari kak ct untuk si syamil

yang ni plak order dari pengasuh anak-kak zah

order pada hari yang sama untuk ibu aina-satu tempat pengasuh dengan anak cheq da

yang ni order daripada kawan fatimah

untuk nur iman-anak kepada ustaz yang mengajar di sk menson


Selasa, 17 April 2012

Homemade popcorn....puaskan hati...

Hari ini cheq da nak berkongsi resepi popcorn yang cheq da duk buat bagi family makan2...maklumlah nak menonton tv mulut pun mula la buat senaman...jadi bila buat popcorn cheq da puas hati sangat coz beli jea jagung kering rm2 dapat plak berbekas2 popcorn....kalah yang dijual kat kedai...nampak mereka-mereka yang jual popcorn ni untung besar la yea...teringat juga cheq da masa kechik2 dulu...pi pasar jumaat...nak beli  popcorn ni sampai kena beratur coz jurujualnya plak seorang jea...masa 2 seingat cheq da harganya rm0.50 sebungkus...tgk masa dia duk buat popcorn 2 macam la susah sangat coz nak buat 2 mesti kena guna periuk n mesin khususnya...rupa2nya bila dh jumpa resepi...senang bangat jea..guna periuk biasa p boleh...



Aneka PopCorn Buat Sendiri
oleh: aludra  (my resepi)

Bahan-bahan ( Ikut suka.. )

  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya
  • garam secukup rasa
  • Tambah Karamel [Optional]
  • 1 sudu mentega/margerin
  • 3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
  • Tambah Coklat [Optional]
  • 60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)

Cara-cara

  1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
  2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
  4. Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)
  5. Untuk Karamel [Optional]
  6. Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.
  7. Untuk Coklat [Optional]
  8. Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.

Isnin, 16 April 2012

Apam dot dot...


Koleksi apam yang dibuat tidak lama dahulu...

APam Dot Dot
Oleh:lyne (my resepi)

Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )

  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum*
  • 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
  • 150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
  • 1 sudu teh ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna & Esen Vanilla
  • 200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
  2. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  3. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
  4. Picitkan blueberry filling secukupnya
  5. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
  6. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
  7. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
  8. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.

Khamis, 12 April 2012

Fruit Flan Cake.....koleksi tempahan

Koleksi fruit flan cake yang ditempah oleh berapa orang customer yang lalu................




y
Rupa p nampak berbeza...maklumlah pengalaman kurang........deco p masih lemah...usaha perlulah dipertingkat agar terus maju.......Insya Allah...

Salam perpisahan....dari Natrah

Salah satu daripada koleksi tempahan yang cheq da terima dari kawan suami yang kini selamat bertukar ke kampung halamannya di Pulau Pinang...so isteri(kawan baik cheq da dari universiti)mintak cheq da buatkan kek sempena perpisahan mereka...natrah adalah anak sulungnya yang kini dah berumur 4 tahun...walaupun baru 4 tahun,Natrah dah boleh menulis dan mengenal huruf dengan baik...ni cheq da sendiri yang tengok natrah menulis dengan lancar di papan board milik ayahnya...Pe2 p tahniah buat mat dan rin coz dah boleh balik kampung halaman dan menabur bakti di sana(tinggal kami yang tak tahu bila dapat balik mengajar di kampung halaman)...Jadi kita layan gambarnya...kek sifon coklat + fresh cream....theme...koleksi rumput2...he3 khas untuk budak2......




Ahad, 8 April 2012

Sosej Blossom Bun-bunga jadi kembang....

Koleksi roti yang dibuat untuk minum petang..............

sebelum dibakar

selepas dibakar...gelap cikit..terlalu lama dibakar..


 sumber: mat gebu(dapur tanpa sempadan)

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")-cheq da guna susu tepung anak
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya-cheq da guna jagung manis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
  3. Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  4. Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....

FootBall Theme to Alif Dan Ikhwan

Salam semua...
Hari Cheq Da mahu berkongsi hasil tempahan yang cheq da terima awal tahun dulu..
kek ini adalah kek cotton cheesecake yang dah serasi dengan cheq da kalau menerima tempahan cheesecake....
Kek ini ditempah oleh kawan suami yang ingin sambut birthday anaknya yang setahun dan juga tempahan daripada pengasuh anaknya ikhwan untuk sambutan yang ke berapa p cheq da tak tahu...
Jadi memandangkan dua-dua anak lelaki jadi tema ini la yang paling sesuai.........
 




Isnin, 2 April 2012

chicken chop...western dinner sekali sekala...

Salam semua...hari ni cheq da nak kongsikan n3 western....Kalau asyik duk makan makanan melayu boring jgk kan...sekali sekala kalau pekena western best jgk...tp cheq da buat jarang2 jea..coz suami cheq da kalau tak makan nasi mula la perut 2 lapar kembali...silap2 dia pi selongkar plak cari maggi...walaupun tangki perutnya kecik tp tanpa nasi tak bernyawa katanya...tapi kali ni...memandangkan dah lama teringin nak makan...anak buah plak memang suka sangat makan cam ni....jadi buat la untuk dinner...Semuanya homemade by cheq da...resepinya plak selongkar dalam my resepi...tambahan plak dulu cheq da pernah rasa resepi ini...cheq sue yang buat dan kami kenduri kat sekolah...tgk resepinya memang mudah dan senang bangat...so kalu nak makan chicken chop 2 boleh la buat sendiri daripada habiskan rm15.90 sepinggan tp tak la kenyang mana kalu makan kat kedai kat ch ni...k kt intai2k...


mashed potato homemade rasa sedap aje...

ubi kentang yang sedia dibeli di supermarket...goreng jea..

coslow belasah jea jagung manis+carrot+kubis+mayonis

Black Pepper Chicken Chop 
Bahan-bahan ( 2 orang )-buat untuk 3 orang 
oleh: aeeda78-my resepi

*UNTUK DIPERAP*
  • 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 cm halia (cincang)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • *SOS BLACK PEPPER*
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 3-4 cendawan butang (cincang)
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • garam/gula secukup rasa

Cara-cara

  1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
  3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
  4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
  5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
  6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. 

Mashed potato-by yani (my resepi)   

Bahan-bahan ( 2~3 orang )

  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu besar butter
  • 3~4 sudu besar susu segar
  • sedikit garam
  • sedikit parsley-dicincang(optional)

Cara-cara

  1. Bersihkan ubi kentang dan buang kulitnya. Potong kepada 4 bahagia. Rebus sehingga empuk.
  2. Lenyek-lenyekkan ubi kentang dengan garfu.
  3. Panaskan butter, susu dan garam. Apabila butter dah cair, padamkan api. Masukkan ubi kentang yang dah dilenyek tadi. Gaul sehingga serata.
  4. Akhir sekali masukkan daun parsley yang dah dicincang halus. Gaul rata. Siap untuk dihidangkan.

Selasa, 27 Mac 2012

3 cinta berbeza....

Assalamulaikum........
hari ni ada masa luang2  ni cheq da saja nak kongsi tempahan kek yang cheq da buat pada bulan lepas...biasalah dah lapuk2 baru nak upload dalam blog...he3..cam biasa tempahan kali ni daripada 3 orang berbeza...masing-masing semuanya order untuk birthday yang tersayang...ada jgk last minit baru bagitau..esok dah nak kek...suami plak selaku pegawai promosi turut mengambil tempahan..biasanya tempahan ni adalah daripada kawan-kawan sekolahnya...time rajin cam-cam idea nak deco camana...nak kasi customer puas hati sebenarnya...tp kalu tak larat muncul la koleksi hentam kromo cheq da...pe2 p thanks kepada kawan-kawan yang turut menyokong cheq da selama ni n thanks buat suami tersayang yang turut memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada cheq da....








Tempahan Doll Kek...mau warna kuning katanya.........

Jumaat lepas cheq da terima lagi tempahan kek doll daripada kak noli yang merupakan pengusaha kantin sekolah...mulanya agak keberatan nak menerimanya coz petang2 biasanya alahan cheq da tak menentu,ada time sihat ada time penat rasanya...
namun kak noli siap pesan awal2 lagi...pagi isnin dah bagitau siap2..
jadi nak tak nak kena buat jgk kek ni untuk dia...kalu tak kecik hatinya...l
agipun dia plak selalu tempah dengan cheq da kalu nak makan kek...2 la kena jaga jgk hati customer..he3...kla kali ini plak dia mtk nak doll kek warna kuning..nak kuning cantik katanya...
namun tak tahu la cantik ke tak...deco cam biasala masih lagi di tahap belajar2 lagi...
pe2 rasanya kali ni puas la hati cikit jika nak bandingkan dengan doll kek yang sebelum2 ni...he3..
.k layan........




Isnin, 26 Mac 2012

Bila cikgu jadi mak andam...adusssss

Hari ini cheq da nak berkongsi cerita tentang kenduri kahwin pasangan nini dan iwan yang telah selamat diijabkabulkan pada 16hb 3 lepas...nini ni anak buah kepada abang ipar cheq da...memandangkan cheq da duk di tanah tinggi dan bekalan bunga plak senang diperolehi maka cik nini kita mintak la nak hiaskan barang2 hantaran dengan bunga2 hidup...ros la apa lagi...memandangkan plak temanya gold ala-ala kuning...dia mintak carikan ros warna kuning dan putih tp entah camana last minit, warna ros yang dicari tiada bekalan stok..maka terpaksa la 2kar plan...cheq da pilih warna campur2...kalu tak merajuk plak cik nini ni...he3...balik2 kampung plak kereta penuh dengan bunga2 sama ada yang telah digubah n yang belum digubah...sampaikan si afiq 2 kata dia jadi mat bunga...he3...balik2 klate plak kena plak gubah bunga untuk dia bersama2 dengan kakak cheq da yang merupakan mak saudaranya...kami main hentam kromo tp nasib la lawa la jgk...he3..tp aroma bunga hidup ni memang wangi sampaikan tetamu yang hadir turut mencium wangian yang fresh ni....k la kt layan gambar2nya k...

antara hantaran yang telah siap digubah...bunga main letak2 jea








antara gubahan bunga kekwa yang digubah oleh profesional yang sangat berminat dengan gubahan..



kamar pengantin yang dipenuhi dengan bunga hidup....

bunga yang dipegang pengantin turut dihias dengan bunga ros putih dan oren

Ahad, 25 Mac 2012

cream cheese roll......

Salam bersua kembali setelah sekian lama blog ini menyepi...sekarang ini kesihatan dah bertambah ok...boleh la upload gambar2 masakan yang dah lama cheq da simpan...tgk blog kawan2 macam resepi ada...jadi untuk buat hari ini cheq da nak tayangkan cream cheese roll yang diambil daripada blog My resepi oleh Yani...tgk yani buat memang lawa...yang cheq da buat plak...takde la cantik...tapi roti ini memang sedap...


 Cream Cheese Roll...
oleh: Yani (My resepi)

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 160ml susu segar @ 160ml air + 10g susu tepung
  • 230g tepung roti
  • 20g tepung gandum
  • 30g butter
  • 20g gula
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • -----------------------------------
  • *krim
  • 80g cream cheese
  • 20g gula
  • 100ml fresh cream/whipping cream
  • telur
  • chocolate rice secukupnya

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk buat roti ke dalam breadmaker. Pilih menu utk buat doh. ON.
  2. Bila dah siap. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10-15 minit.
  3. Sementara tu, sediakan krim. Pukul semua bahan-bahan untuk krim sehingga jadi krim yg lembut. Simpan dalam peti sejuk sehingga nak digunakan.
  4. Ambik sebiji doh. Uli panjang 32-33cm. Kemudian lilit pada cornet. Buat sampai habis.
  5. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit. Kemudian sejukkan.
  6. Bila roti dah sejuk. Bolehlah paipkan krim ke dalamnya. Hiaskan dengan coklat rice.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...