Ahad, 23 Jun 2013

0rder: kek birthday Hazirah

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua..
Apa khabar semua??? Hari minggu yang agak sibuk bagi cheq da kerana tugasan harian di rumah perlu disiapkan, apa lagi kalau bukan melipat baju,mengemas rumah,membasuh baju,memasak dan juga 2 tempahan yang perlu disiapkan untuk esok. Semalam pulak adanya sekolah ganti. Jadi sibuk la cikit nak membuat segala2nya. Suami plak turun ke kampung kerana ada urusan so bantuan yang diperlukan tidak la dapat nak membantu.

Oklah bebalik kepada n3 di petang sore ni,cheq da nak uploadkan gambar-gambar tempahan kak noli sempena dengan hari lahir anaknya yang ke sebelas. Agak banyak juga kek yang dimintanya. 
Beliau telah memberitahu seminggu awal untuk kek2 yang diingininya ini.
4 biji kek iaitu satu kek yang biasa sahaja,2 biji doll cake yang kecik dan juga 1 pandan layer.




masih jelas lagi nampak kecatatan...

Kek span coklat ni dengan filling blueberry dan deconya plak cheq da buatkan ala-ala bunga yang berada  dalam raga. Saja gunakan warna lembut untuk nampak tak la meriah sangat.





2 biji mini doll cake ni pula adalah kek span perisa oren dengan filling oren..hiasan agak simple. Bajunya plak cheq da buatkan dengan menggunakan fondant..tp nampak sangat baju 2 pelik...he3 sebab masih lagi kurang mahir bermain dengan fondant ni.





Kek yang keempat pula adalah kek pandan layer dengan hiasan bunga2 cikit nak suruh nampak lawa..
Terima Kasih kepada kak noli dan anak2. Minta halal la apa yang terkurang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...