Selasa, 25 Jun 2013

Order: Kek birthday Nasuha dan Mini Hokaido

Assalamualaikum...
Hari ni pula berkongsi tempahan kek yang diterima minggu lalu. Kedua2 tempahan  ni diorder sehari sebelum. Nasib tempahan tidak banyak,maka bolehlah menerimanya.



Kek yang pertama ini ditempah oleh kawan dari sekolah suami iaitu Kak Ustazah Asmat sempena dengan hari lahir anaknya yang ke-6. Katanya dah lama anaknya minta tempahkan kek,cuma dia yang lupa sampaikan anaknya merajuk. Mulanya nak tempah sekilo tapi lepas 2 tambah jadi 2 kilo,takut tak cukup katanya.
 Kek span coklat dengan filling blueberry menjadi pilihan cheq da memandangkan dia kata ikut jea kek apa2. So kek ni la menjadi pilihan kerana rasanya sedap untuk budak2.





 Mini hokaido ini pula ditempah oleh Puan Risha sempena dengan hari lahir suaminya katanya. Tempahan ni 50 biji untuk makan-makan katanya/

Terima Kasih kepada semua yang selalu menyokong Cheq da dan sentiasa menempah cheq da. Segala kekurangan minta dihalalkan.

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...