Isnin, 10 Jun 2013

Tempahan sebelum cuti...

Assalamualaikum..
salam sejahtera kepada pengunjung setia blog MKSnya ni...saya dah kembali setelah hampir 2 minggu berehat panjang...tapi ni tak bermakna laptop ni ditutup,ada ketikanya cheq da menjenguk blog kawan2 yang lain walaupun tak berkesempatan nak upload n3 sendiri.

Hari ni pun dah bermula dengan sesi persekolahan penggal kedua. Keadaan pagi agak kelam kabut sedikit walaupun seawal 5.30 am cheq da dah bangun kerana pagi2 sibuk hantar anak ke rumah pengasuh dan selepas 2 bergegas plak ke sekolah yang jaraknya kira2 20 minit memandu kereta sekiranya jalan yg sibuk. 

oklah kita panas n3 dengan tempahan2 yang cheq da terima semasa minggu sebelum cuti hari 2. dah sibuk dengan tempahan dan menanda kertas so n3 pun jadi tertangguh. Apa2 pun yang mana2 terdahulu cheq da uploadkan satu persatu nanti. In Sya Allah

 
kek yang di atas ni adalah order yang diterima  khairul untuk prasekolah isterinya anis..dia minta buatkan kek coklat moist dan cheq da decokan alah2 kanak2 riang.

 Blueberry cheesecake ni plak ditempah oleh pelajar kelas cheq da untuk makan2 bersama2 dengan familynya.

 Kedua2 kek ni ditempah pada hari yang sama


 Kek yang ni plak pecan heaven cake yang diorder oleh kak ct untuk makan2 kat rumahnya. Jamuan ni plak menjemput kawan2nya. Esoknya dia kata licin kek ni..sebab sukatan gula memang cheq da dan kurangkan,jadinya tak la terlampau manis. Ini adalah order yang kedua untuk kek ni.



 Kek blueberry ni plak ditempah oleh kawan sekolah suami untuk makan2 sebelum hari terakhir persekolahan sesi pertama. kek seberat 2 kilo ni adalah untuk makan2 family jea katanya. Secara kebetulannya akak memang selalu tempah kek blueberry dengan cheq da.

 kek blueberry ni jugak menjadi pilih kak ct ustazah sekolah cheq da. kek ni seberat 600gm




kek pecan heaven kek ni plak diorder agak lambat oleh kawan hubby iaitu pok ya,tuan punya ekspo kat ch ni. Memandangkan hari sabtu baru cheq da balik kg,jd cheq da terima la ordernya. Katanya nak kek yang sama cam dia makan kat jamuan rumah kak ct.

Ada satu lagi kek iaitu pandan layer yang ditempah oleh cikien kantin. Tak tau la gambar keknya yang disnap telah hilang tah ke mana. Agak pelik juga cheq da.. Apa2 ribuan terima kasih kepada yang order. Apa yang terkurang minta halal la yea. tq.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...