Jumaat, 7 Ogos 2015

Order 2015: Kek Birthday Afif, Ayub dan Mithali

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sambutan birthday boy dan girl. Order sehari sebelum puasa...
Request spiderman dr Afif.
Kek Ayub dan juga kek Mithali..
Hope diorang gembira..
Makan2 di rumah pengasuh iaitu Mok Ja






Terima kasih kepada Pn. Siti dan Puan Zuraini

Khamis, 6 Ogos 2015

Order 2015: Aneka Kek

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah telah selamat di PPD Raub untuk taklimat pengurusan ujian lisan PT3. Bertolak dari Cameron dengan 3 rakan yang lain seawal pukul 6.00 am lagi. Sebelum menanti dimulakan taklimat..Cheq Da nk publish order masa bulan 5 yang lalu. Masa ni banyak plak ordernya..sampai 5 biji..Alhamdulillah rezeki.


5 biji semuanya..mcm2 versi..


Kek pecan heaven untuk sambutan Hari Guru SK Menson.


Kek mother's day...order dari Kak Shanti untuk jamuan utk program bg masyarakat India. Tertinggal huruf S..sabar jea la..


Kek coklat indulgence..order dari SK Convent untuk jamuan hari guru jgk. Mau yang large saiz.



2 biji kek ini plak dari SJKT Blue Valley...cam biasa lah..tiap2 bulan order kek dengan Cheq Da. Terima kasih kepada cikgu Azizan yang menjadi perantaranya.


Kek yang dah siap di packing dan sedia untuk delivery kpd customer.
Terima kasih byk2 kepada yg sudi order.

Rabu, 5 Ogos 2015

Puding Roti Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Menu di bulan puasa yang lalu. Seingat Cheq Da inilah kali pertama dan kali terakhir Cheq Da bikin kuih di bulan puasa lepas. Bukan malas tapi tak dok orang nk makan nya. Puding roti ini pun sampai 3 hari. Namun ternyata puding roti ini amat sedap dan kena sekali dengan tekak Cheq Da. Terbaik dari Azie Kitchen. Kalau dah cuba pasti mau lagi tau...nak nak bila di makan di kala sejuk..nyaman jea rasa tekak ini.





Puding Roti Mudah Dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 keping roti Gardenia
1/2 cawan kismis - opsyenal
4 biji telur - pukul
1 tin susu cair - boleh ganti 2 cawan susu segar
3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil vanilla extract
2 sudu besar butter

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Potong roti kecil kecil atau potong 2 sahaja. Sapukan butter pada roti. Atau jika suka, butter boleh juga dicairkan dan dituangkan ke atas roti yang telah disusun dalam loyang.

Susun roti dalam loyang yang telah dilenser dengan butter dan tabur kismis. Susun roti dan tabur kismis lagi sehingga habis.

Di dalam bekas lain, satukan telur yang telah dipukul dengan susu, gula, serbuk kayu manis dan vanilla extract. Pukul sebati dan tuang ke dalam loyang.
  
Tekan tekankan roti dengan menggunakan garfu supaya ianya terendam di dalam adunan telur dengan sepenuhnya

Bakar selama 45 minit atau sehingga masak. Sedap dimakan semasa suam suam.

Order 2015: Coklat Indulgence

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kek ini terima order dari kawan suami nun jauh di Nilai. Sebenarnya nk order masa raya tempoh hari tapi Cheq Da tak sempat nk buat. Kebetulan 25hb kami turun ke Bangi untuk angkut barang adik. So dia dtg pick up sendiri di Sungai Ramal..rumah adik ipar Cheq Da.




Harap puas hati...kebetulan rasa gugup jgk sbb kek di bawa dari jauh. Nasib masih ok. Alhamdulillah

Selasa, 4 Ogos 2015

Aduhai periuk Ajaib Noxxa

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Akhirnya dapat jgk memilik periuk ajaib ini. Selalunya duk jenguk kat http://mamajuepapamimi.blogspot.com
Selalu tertanya periuk apa lah noxxa ni. Punya lah tak tahu apa sehingga ada student kat sekolah menunjukkan katalog Amway kepada seorang guru yang lain. Tapi masih tak tahu apa fungsinya sehinggakan diceritakan oleh Kak Rini.


Selain tu jugak..Cheq da banyak jgk google di sana sini kelebihannya. Sememangnya gajet seperti ini amatlah menarik minat cheq da nk kumpulkan alatan rumah yang mempercepatkan kerja kita. Jumlah liternya 8 liter dan agak besar dan berat.



 Walaupun harganya yang agak lumayan jika dikeluarkan..namun digagahkan jua. Kebetulan duit APC yang cheq da terima pada tahun 2013 belum lagi ditunaikan...so ditunaikan juga untuk membeli barangan nampak srperti ini. Dapat bulan puasa tempoh hari dan selamat digunakan sehari dua ni. Memang tersangat mudah. N3 nya nti di lain hari yea.


Masa beli noxxa ni dapatlah hadiah bekas tong beras colour hijau ni...nmpknya dah ada 2 tong beras..1 lagi yg tupperware. Yang ni tak tahu bila nk digunakan.

Isnin, 3 Ogos 2015

Order 2015: Kek Anniversary dan Birthday

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Terima order dari Kak lia iaitu kaunselor sekolah sempena dengan anniversary perkahwinannya dan juga birthday suaminya..
Kek yang diorder ialah kek carrot dengan cream cheese frosting...harap berpuas hati..




Terima kasih sebab sudi order dengan Cheq Da...

Ahad, 2 Ogos 2015

Tart Nenas Cheese

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kongsi biskut raya yang dibuat bulan Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah puasa 6 pun dah hbs semlm...so saki baki biskut yang ada akan diangkut ke sekolah untuk kawan-kawan plak merasa. Bagi Cheq Da...bikin tart nenas chesse ini lagi mudah compare dengan tart nenas gulung. Apa2 resepinya dari Rahel..minta izin sharekan di sini. 2 adunan dapat dalam 5 balang...memang puas hati.





 Tart Nanas Cream Cheese
Sumber:Kak Fida
Copy: Rahel Blogspot

Bahan-bahan:
300g mentega-lembut
250g cream cheese
600g top flour/tepung gandum-diayak
1 sb esen vanila
1 sb gula kastor/gula icing
garam secukup rasa (sy tak gunakan)

inti nanas secukupnya-bulat2kan

Cara-cara:
1.Pukul mentega dan cream cheese hingga rata dan masukkan gula,garam dan vanila dan
   pukul terus hingga kembang.
2.Masukkan pula tepung sedikit2 dan uli hingga mendapat doh yang lembut.
3.Jika adunan masih melekit di tangan,tambah lagi tepung secukupnya dan uli lagi hingga doh
   boleh dibentukkan.
4.Ambil sedikit doh,beri inti nanas,kemudian bulat2kan.Susun di atas dulang pembakar.
   Bakar pada suhu 170'C selama 25-30 minit atau sehingga tart masak.

tips:Sapu tart dengan kuning telur kemudian taburkan keju cheddar parut di atasnya barulah
      tart dibakar.
      Jumlah tart berbeza mengikut saiz yg anda akan buat.

Kek Nur Batrisyia 5 Tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Nampak gayanya duk menayang koleksi kek jea la yea. Semua baru sedut ke lappy. Oklah kek yang seterusnya kek anak Cheq Da sendiri sempena birthdaynya yang ke-5. Buat untuk makan di rumah Mok Ja. Kalau di rumah mmg tak habis nk makan.
Kek ini sebenarnya dalam bulan 5 lagi..



Sebenarnya tak tahu nk buat kek apa..so olah la kek ini. Nampak gegirl cikit. Dia tak kisah pun..tapi ummi dia yang lebih..hihihi




Ini gambar yang Mok Ja snap...terus suruh depa sambut selepas blk sekolah sebab kalau nk tunggu ummi nya..lewat plak nanti. 
Untuk tadika nya..Cheq Da hanya buat goodies 90 bungkus untuk semua pelajar kat sana.
Semoga terus menjadi anak yang soleh.

Sabtu, 1 Ogos 2015

Order 2015: Kek Doremon Afif

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya kek dah lama diorder oleh Cikgu Nurul untuk birthday boy AFIF...kalau tak silap dalam bulan April lagi...tapi apa kan daya, bila kemalasan melanda..gambar terperuk jea dalam dslr ini. Hari ini barulah berkesempatan tranfer gambar2 dalam dslr. Cheq Da kongsikan kek doremon pilihannya.


Kek yang besar ini untuk jamuan makan-makan di pra sekolah Afif.




Kek yang kecik ini plak untuk makan-makan di rumah pengasuhnya..


Terima kasih sebab masih sudi repeat order dengan Cheq Da.

Rabu, 29 Julai 2015

WW...kejutan dari tersayang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Masa birthday tempoh hari...suami buat kejutan..ajak ke Ipoh untuk berbuka puasa. Konon2 nk meraikan birthday yg ke-34...
Ajak pi Jusco Ipoh...suruh plak pilih beg sempena hadiah birthday. Hadiahnya telah selamat di pakai masa raya...pilihannya..ku ikutkan juga..nasib baik dapat less..hihihi
Terima kasih cik abg sayang...

Khamis, 23 Julai 2015

Salam Aidilfitri...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam Aidilfitri buat semua...agak kelewatan memasukkan n3. Faktor kesihatan yang menyebabkan tertundanya segalanya.
Oklah...jamu sedikit gambar hari raya tempoh hari...yg diambil dengan dslr boleh masuk laptop lagi.


Tok ma bersama cucu-cucunya.


Adik dan menantu lelaki.


Anak2 perempuan dengan menantu bongsu.


Abang long satu family...yg ke2 tukang ambil gambar.


Kak rus satu family.


Kak sha satu family.


Ayah chik 1 family.

 
Su yik satu family...tahun ni dapat beraya bersama sebab tahun lepas isteri beraya di UK...lepas ni nk g UK..2 tahun tak blk Malaysia. Bawa sekali bb uzma.


Ini adalah gambar adik beradik cheq da...tahun ni semuanya sepakat memilih warna biru...
Raya pertama pun tak dapat berkumpul semuanya sebab Abang yg sulung bekerja dan yg ke4 terpaksa balik ke Setiu untuk sambutan raya di sana.

Isnin, 13 Julai 2015

Balik kampung...

Assalamualaikum semua...
Dah mood raya...esok dah start sekolah..hbs sekolah terus blk kampung.
Kepada yang balik ke kampung...hati2 di jalan raya dan salam lebaran buat semua..maaf zahir dan batin.


Ini adalah antara biskut raya yang cheq da buat untuk di bawa blk ke kampung...
Selain kerepek yang susah2 beli jea...ramai yg tukang jual di sekolah...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...