Jumaat, 22 Mac 2013

N3 sebelum cuti sekolah..

Selamat tengah hari... sukanya cheq da rasa kerana bilangan pageview dah nak menjejak ke 10000..Alhamdulillah. Ada juga yang sudi menjenguk ke blog Cheq da yang tak seberapa ni. Perasaan juga gembira kerana keputusan spm,semua pelajar cheq da untuk subjek sejarah agak memuaskan walaupun mereka kurang minat dengan subjek ni.

Jadi ni adalah merupakan n3 yang agak terakhir untuk minggu ni kerana bila dah cuti sekolah tak tahu bila plak nak update blog. So untuk kesempatan kali ni, Cheq da kongsikan plak tempahan cotton cheesecake yang telah ditempah oleh Cikgu Kelly dari Sk Menson untuk jamuan tempat kerja suaminya di Mardi CH. Katanya suka sangat dan nak tempah lagi...Alhamdullillah Syukur..Tq kerana sudi menempah.




kedua2 kek ni seberat 1.4kg

Khamis, 21 Mac 2013

Tempahan Kek Blueberry

Tempahan yang diterima pada Jumaat yg lalu dari Cikien Kantin. Kek Blueberry seberat 2.2kg. Request nk ada kartun2 untuk ulangtahun kelahiran anaknya yang ke-5.Terima Kasih kerana sudi menempah...




Tempahan hokaiddo mini cupcakes

Assalamualaikum...minggu ni cheq da akan masukkan n3 tempahan saja coz minggu ni setiap hari ada order sampai tak dan nk terima yg lain.Alhamdulillah syukur dan terima kasih kepada yang mengorder.

Untuk malam cheq da masukkan n3 mini hokaiddo yang ditempah oleh  kak ct untuk makan2 50 biji semuanya.






Selasa, 19 Mac 2013

tempahan coklat indulgence

layan jea tempahan...diorder oleh zul...kepenatan nk menaip panjang2..wassalam

 tq kerana sudi menempah..

Isnin, 18 Mac 2013

Exam oh Exam!!!!!

Sedang mengawasi 15 orang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan kerana tidak dapat mengambilnya pada hari sabtu yang lepas kerana terlibat dalam Perkhemahan Pengakap Muda dan Remaja di Temerloh dan juga Peperiksaan Piano (Muzik). Nampaknya semua pelajar sedang bertungkus lumus menjawab soalan peperiksaan.

GOOD LUCK KEPADA SEMUA PELAJAR:)

Khamis, 14 Mac 2013

Suka-suka hias kek bersama Kak Asyikin

Assalamualaikum dan selamat malam kepada warga Malaysia. Apa khabar?Sihat?.Cheq da Alhamdulillah dah bertambah2 sihat selepas demam dalam 2 hari. Cuma sekarang demam menanda kertas peperiksaan jea la,maklumlah markah mesti diselesaikan sebelum cuti penggal pertama(cuti ni nak cuti jea).


Nampak tak kek yang di atas ni. Mestilah nampak kan. Sebenarnya kek ni bukan kek yang ditempah tetapi kek yang dideco dan dihias biasa2 sahaja bersama sahabat cheq da iaitu kak asyikin. Sebenarnya kak asyikin ni dah lama nak belajar menghias kek dengan cheq da tetapi masa selalu tak menyebelahi kami. Lagi pun cheq da pun bukan pandai sangat.,,setakat nak ajar yg mudah2 pun bolehlah,cheq da amatur biasa sahaja.


 Kak Asyikin ni sebenarnya nk belajar sangat cara buat ros dengan menggunakan fresh cream. Bila dah belajar ni arap kak asyikin boleh memdeco ros banyak2 la yea.


Dua biji kek yg cheq da buat kan terlebih dahulu iaitu kek span coklat dan juga kek span strawberi untuk membuat strawberi shortcake.Bila plak beri strawberi dgn uncle velly,besar2 dan manis strawberinya. Sungguh sedap.

ni la 2 kek yang dihias oleh kami berdua...



Ni bahagian dalam selepas dipotong dua untuk dimakan2..separuh untuk cheq da dan separuh lagi untuk kak asyikin dibawa balik.



Pizza yang kat bawah ni plak adalah pizza yang telah dibuat oleh kak asyikin dan dibawa plak mai umah Cheq da untuk diberikan kepada cheq da satu family. Memang sedap dan lembut pizzanya, sampai kami makan 2 ramai2 terus habis...he3..ni kes lama duk mengidam nak makan pizza la ni. Apa2 pun arap kak syikin sentiasa berusaha untuk memantapkan diri dalam bidang hiasan kek ni...


Rabu, 13 Mac 2013

Cuppies for zulaika...

Tempahan daripada Puan Wan Azlina untuk anak kesayangannya Zulaika sempena hari lahirnya yang ke-8.
50 biji mini cupcakes makan2 bersama2 dengan  kawan2nya. Terima kasih kepada Ina keran sudi menempah.



kek coklat span dengan filling strawberi dan fresh cream topping

Selasa, 12 Mac 2013

Tempahan dari 3 serangkai..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Batuk,demam,sakit kepala,sakit tekak dan sakit badan = tak sihat dan selsema. Ini lah yang cheq da rasai setakat malam ni. Muka jadi merah dan badan plak seram sejuk. Sejak 2 mejak ni kesihatan anak2 dan cheq da sekeluarga tak menentu. Bila jumpa doktor pun cakap musim sekarang. Mula2 serang anak kita boleh paksa dia makan ubat. Bila dah kena kat kita,tak larat la plak nak makan ubatnya.

Oklah berbalik kepada n3 malam ni, sebelum nak masuk lena jap lagi,Cheq da postkan dahulu tempahan kek dari 3 serangkai iaitu kak noli,kak tina dan cikien yang merupakan pekerja baru di kantin. Nampaknya n3 sejak 2 mejak ni pasal tempahan jea la yea coz rezeki cheq da tiap minggu dapat tempahan ni. Alhamdulillah. K la tak nak ngomol panjang2,kita layan jea pic sentuhan cheq da yang tak seberapa ni...zaesssssssssss




Kek blueberry dengan blueberry filing dengan permintaan acuan bear dari kak noli.


Kek blueberry dengan design yang sama macam minggu lepas dalam 700 gm

 Kek blackforest plak permintaan cikien  1 kilo setengah




Isnin, 11 Mac 2013

Pizza oh Pizza..

Teringin nak makan pizza....hehehe..memang la teringin. Ianya bermula bila cheq sue buat pizza dan bagikan kepada cheq da satu hiris. Pas makan 2 terus rasa tak puas makan. Balik rumah tengok barang semuanya cuma cheese jea tak ada. Telepon jea suami minta belikan keju. Lalu keluarkan breadmaker yang dah lama tak berfungsi 2 bekerjalah untuk melaksanakan pizza dapat disediakan. Oleh kerana malas nak buat sos yang selalu cheq da,cheq da sapu jea sos tomato dan cili..tabur plak benda alah2 untuk jadikan pizza ala2 seafood. Resepi cam biasa guna yang selalu guna iaitu resepi sedia ada dari dapur tanpa sempadan. Oklah layan pic yang dah lama masuk perut.




sungguh menyelerakan bila dapat menikmatinya puas2. Sedap bila dimakan panas2

Ahad, 10 Mac 2013

Order lagi...

Alhamdulillah syukur.
.ok la n3 untuk pagi yang menyenangkan ni,Cheq da postkan n3 tempahan kek yang telah diterima sepanjang minggu lepas. Kalu tak silap dalam 5 order juga cheq da dapat. Syukurlah masih ada lagi yang mahu merasai air tangan cheq da. Walaupun sibuk dengan persekolahan,namun ianya masih lagi boleh dilaksanakan dengan perangai2 anak2 yang cukup memahami uminya. Untuk n3 kali ni cheq da postkan dulu tempahan kek coklat moist yang ditempah oleh kak ct untuk birthday suaminya dan cikgu din dari Ringlet sempena dengan hari lahir anak yang kedua 1 tahun. Design agak simple kerana no idea untuk deconya.Walauapa pun ribuan terima kasih kerana sudi menempah.






terim

Sabtu, 9 Mac 2013

Cinnamon Roll...

Assalamualaikum dan saat  hari sabtu kepada semua. Alhamdulillah baru berkesempatan untuk cheq da update kan blog pada hari ni. Menu hari ni sekadar berkongsi resepi cinnamon roll yang telah lama dipopulari  oleh Yani. Sebenarnya dah lama buat dan selalu buat roti ni kerana rasanya tak pernah jemu. Malah kalu teringin nak memakannya mesti terus buat,kalau tak asyik teringat jea. Dulu sebelum ada blog kesayangan ni cheq da selalu buat dan biasa postkan dalam my resepi. Tapi sekarang sebab dah ada blog jadi postkan di sini la plak sebagai kenangan pada masa datang. 
Wassalam



   Cinnamon Roll
oleh: yani
 Bahan-bahan ( 10 biji )
  • = Bahan utk Roti =
  • 300g tepung roti
  • 50g butter
  • 1 biji telur
  • 50g gula halus
  • 100ml fresh milk/air (suhu badan)
  • 8g dry yeast
  • 1 sudu kecil garam
  • -----------------------------------------------------
  • = Filling =
  • 2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
  • 60g gula perang
  • 20g butter-suhu bilik
  • -----------------------------------------------------
  • = Icing =
  • 50g cream cheese - suhu bilik
  • 20g butter - suhu bilik
  • 100g gula aising
  • secubit garam
  • beberapa titik vanila esen

Cara-cara

  1. Cara buat roti: Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
  2. Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
  3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
  4. Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
  5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.
  6. Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
  7. Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.
  8. Sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.
  9. Bila roti dan masak( ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yg banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti.

Khamis, 7 Mac 2013

Tempahan dari 2 serangkai


 Assalamualaikum dan salam bahagia. Hari aktiviti ko malas untuk dihadiri oleh cheq da so melepak la kat rumah. Alang2 dah bukak laptop ni..molek rasanya masukkan n3. Malam ni ada kerja menyiapkan kek yang ditempah. Rezeki cheq da la nampaknya,ada saja yang menempah. Alhamdulillah. So n3 kali ni adalah tempahan kek dari 2 rakan yang bekerja di kantin sekolah. 2 biji kek ditempah oleh kak tina dan seorang lagi pekerja baru di kantin sekolah. Ok la cheq da tak nak membebel lebih2..kita tgk pic yea.

 

 


Kek coklat span dengan ganache filling dan freshcream topping



 yang plak kek span oren dengan filing oren dan topping fresh cream. Permintaan nak ada bola


 Kek blueberry dengan blueberry filling dan fresh cream topping


Terima kasih kerana sudi menempah :).

Rabu, 6 Mac 2013

Tempahan Kek span coklat

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua. Malam ni just nak postkan n3 tempahan jea. No idea untuk masukkan n3 masakan coz kepenatan sejak 2 mejak ni. Pe2 pun layan kek coklat span setgh kilo yang ditempah oleh bekas pelajar iaitu Zul  untuk makan2 katanya..Deco pun biasa jea..Penat



Kek span coklat dengan filling coklat ganache dan topping dengan fresh cream perisa coklat.. Tuannya suka jea bila dapat kek ni. Pe2 pun terima kasih kepada Zul kerana sudi menempah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...