Ahad, 30 Oktober 2011

kek karamel.....

kek karamel yang dah lama masuk perut.....baru nk post n3..




KEK KARAMEL
Resepi Asal : Munirah Baharum (FB)


Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Cara-cara :
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Nampak Biru...........

Salam dan selamat pagi..lamanya tak masukkan n3...balik kampung masa nak berblog2 memang tak ada la nampak gayanya...tambahan pula cheq da duk sibuk jahit manik baju untuk dipakai raya korban nanti(baju raya puasa yang tak siap2..he3) pe2pun hari ni cheq da cuma nak kongsikan kek yang ditempah oleh puan hasnah untuk birthday suaminya yang lalu...dia mtk cheq da buatkan cheesecake...so cheq da buatkan cotton jappanese cheesecake yang dan banyak kali cheq da buat untuk tempahan...pah 2 salut jea guna fresh cream..senang..nasib la tuan punya badan kata sedap...Alhamdulillah jadi berkat semua sokongan yang selama ni..cheq da harap minat dalam dunia baking ni akan semakin bertambah2...



Rabu, 19 Oktober 2011

Kenangan bulan ramadan 2011...

Hari ni Cheq da nak masukkan n3 kuih muih yang cheq da niagakan masa bulan ramadan..yang ni sebenarnya bukannya dirancang berbulan2..semuanya on the spot coz suami cheq da la yang dulu berminat nak berniaga jus jambu dan buah jambu...tapi memandangkan kat CH ni sejuk jualan air kurang la cikit...memandangkan tapak dah dibayar...kami bersepakat masuk minggu ke2 2 kami berniaga mini roti john dan kuih muih yang cheq da buat...penat memang la penat coz bangun pagi sediakan makanan sahur dan buat popia n sos...pah 2 pergi plak sekolah..balik sekolah sediakan barang2 yang nak dijual dan kena sediakan plak menu berbuka puasa...tp Alhamdulillah popia  dan roti john tinggi permintaannya...pe2 pun kita layan2 gambar2nya...gerai tak sempat nak upload gambar coz gambar duk simpan dalam hp jea...



kuih ulat bulu-resepi mak saudara yg berniaga di kelantan

agar2 pandan

popia basah salut sos-permintaan ramai(he3 perasan jea)

kuih tukil-beras pulut hitam+beras pulut

agar2 roti

Selasa, 18 Oktober 2011

cupcakes again...tempahan

Share cupcakes order dari Cikgu Halimah (Sk Ringlet) dan Cikgu Din (Sk Menson) untuk isterinya..






.

Puding Kasih Bertaut.........

Salam semua...duk masak apa petang2 ni..hari ni cheq da nak masukkan n3 puding kasih bertaut yang cheq da buat ptg semalam..biasala dah masuk perut baru nak post kat blog...masa mula2 tgk puding ni memang rasa nak buat..bahan p simple plak 2..cara p senang..sebelum 2 cheq sue dah buat terlebih dulu puding ni..rasanya memang  la sedap dan tak muak plak 2...semalam member datang umah sempat la angkat hidang kat dia...
dia kata rasa macam buah mata kucing...dia ingatkan ada masukkan sirap buah mata kucing...bila cakap tak de..terus dia kata sedap...maka sedap la 2... tq la buat penyumbang resepi ni...balik kg nanti boleh la buat untuk ma kat kampung plak...mesti dia suka...

yang ni  lepas keluar dr peti ais

3 colour yg berbeza...nk nmpk cantik
cheq da buat dalam bekas kecik2...   

PUDING KASIH BERTAUT

Bahan-bahan A :
  • 1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
  • 300 ml air
  • 200 ml santan
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)

Cara-cara :
  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
  2. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
  3. Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
  4. Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
Bahan-bahan B :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm
  • 1 liter air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 100 gm gula Melaka atau nise
  • 2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

NOTA :

Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.
Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.

Isnin, 17 Oktober 2011

Bun Kacang.....syoknya...

Sebut pasal roti..dulu cheq da pikir camana depa ni buat roti gebusssssss lagi...kalu makan roti gardenia 2 pulun sakan...teringat juga masa cheq da duk mengajar kat miri..asal jea balik semenanjung nak balik ke miri 2 shopping roti ni sakan coz kat sana roti ni tak dibenarkan masuk untuk dijual agaknya...........
TAPI bila dah ada breadmaker ni cam macam buat roti..
selalu search resepi dalam internet la apa lagi.........
now leh la intai2 roti kacang cheq da...memang puas hati puas hati...
bab kata Aziz Satar dalam bujang lapok.......
resepi ni cheq da tmbh colour hijau coz teringat masa makan roti kg dulu2...

baru keluar oven...

gebussssssssss.....

Bun kacang merah
oleh: Mat Gebu
Bahan-bahan ( 12 biji )
  • 120 ml air
  • 250 g tepung roti
  • 30 g telur
  • 10 g susu tepung
  • 40 g mentega
  • 40 g gula kastor
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh instant yeast
  • 1/2 camca teh bread improver dan 1/2 camca teh bread softerner (optional)
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Inti kacang merah secukupnya
  • Sedikit mentega utk disapu

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan mengikut turutan kecuali "BAHAN2 LAIN", ke dalam bread maker. Pilih setting utk doh dan on kan. Tunggu sampai siap.
  2. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuangkan udara. Bahagi 12 dan bulat2kan. Rehatkan 10 minit.
  3. Isi dgn inti kacang merah dan biarkan naik sekali ganda (lebih kurang 35 minit). Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 12 minit. Keluarkan dan sapu mentega pada permukaan roti ketika roti masih panas.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Apam ladyBird...

salam semua...hari ni cheq da nak masukkan gambar apam versi ladybird yang cheq da buat...
ni kes cheq da tgk bkn main lawa rakan2 masak masukkan apam ni dalam blog mereka...
tapi yang ni dah buat kali yang ke2..kali pertama 2 tak jd lukis coz tak guna nozel..
bila lukis nampak ok tapi bila dah masak kembang semcm jea..he3..
tapi cheq da buat lagi perbaiki kekurangan yang ada...resepinya cheq da guna resepi apam dot2

Apam Dot Dot
oleh:iyne

Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )

3 biji telur
275 gm tepung gandum*
3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
150gm susu segar (fresh milk) .
1 sudu teh ovallete
Filling blueberry secukupnya
(masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna & Esen Vanilla
200 gm gula halus (boleh kurangkan)

Cara-cara
Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit.
Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,
pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu .
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry filling secukupnya
Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
ni yg baru siap touch up rupa



ni masuk dlm kukusan





sudah masak


Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Majlis izin ilmu T3

Pagi ni Cheq da nak masukkan n3 majlis izin ilmu pelajar F3 yang lepas...time ni la kita nak tgk bdk2 ni nangis ke tak pandang muka cikgu...tp bdk2 kat cni cam biasa tak tahu pe2 perasaan..asyik senyum jea..teringat Cheq da dulu masa izin ilmu nangis sampai bengkak mata2..sampai nak pandang muka cikgu pun malu..hahaha..2 kita dulu..pelajar sekarang sebaliknya...walau apapun harap mereka berjaya dalam cemerlang dan prestasi sekolah pun meningkat...2 la yang sepatutnya...pe2 pun layan pic ni k..






Khamis, 13 Oktober 2011

Rezeki tempahan kek....

kek ciffon coklat...cikgu din tempah untuk birthdaynya

blueberry cheesecake juga tempahan cikgu din

Isnin, 3 Oktober 2011

koleksi tempahan kek lagi...

kek cikgu usop ringlet

kek doll princess

kek cikgu usop ringlet untuk hari lahir anaknya...

cuppies danish...5 tahun

blueberry chesscake...tempahan sekolah utk jamuan raya..

kek untuk suami fatanah
posisi lain


belum siap sepenuhnya...

tak boleh nak layan...

Nampaknya cheq da minggu ni sangat sibuk sebab cheq da su peperiksaan..bdk2 plak cibuk nak exam..banyak gambar cheq da tak boleh nak upload coz laptop chargernya rosak...banyak sungguh masalah sampai pening kepala...pe2nya nanti cheq da akan upload pada masa akan datang...insyaAllah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...